SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Friday 3 May 2013

SURAT ULAMA SOKONG ANWAR JADI PM







PKR mahu menggunakan surat sokongan Ulama tersohor, Dr Yusuf Qardhawi bagi meraih undi  kerana parti itu merasakan tidak mendapat sokongan dari kaum Melayu sepenuhnyauntuk mengangkat Ketua Umumnya sebagai perdana menteri pertama Pakatan Rakyat.

Pemimpin PAS sebelum ini enggan mengulas kesahihan surat itu yang didakwa menyokong Anwar menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Bagaimanapun, secara tiba-tiba Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dilapor melancarkan surat sokongan itu ketika menghadiri program bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Pantai Dalam baru-baru ini. 

Pemerhati politik menyifatkan tindakan Nik Aziz itu sebagai membelakangkan keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain.

Datuk Nakhaie Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS, berkata Nik Aziz terpaksa berbuat demikian bagi meraih undi orang melayu demi menjamin kemenangan pembangkang.

Pihak luar termasuk Yusuf Qardhawi tidak perlu masuk campur dalam urusan politik negara biar rakyat Malaysia yang menentukan kepimpinan dan kerajaan yang akan dipilih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...