SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday 14 May 2013

MEROYAN LEBIH-LEBIH SANGAT..





Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir. Sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah. Rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Tapi oleh kerana tidak dapat mencapai cita-citanya sebagai PM Malaysia Yang Ke 7 pada PRU Yang Ke 13 meroyannya menjadi-jadi untuk menunggu 5 tahun lagi mungkin kehebatannya tidak dapat dibandingkan sekarang walaupun ia tahu sokongan dari penyokong semakin merosot. Mungkin penyokongnya sudah muak dengan segala janji-janji yang ditaburkannya dan fitnah yang diciptakan, tuhan maha mengetahui akhirnya doa-doa insan yang teranaiya akan dikabulkan juga oleh tuhan. Renung-renungkanlah.........

Kita sudah nampak, niat siri perhimpunan Anwar Spring yang akan dianjurkannya bukan untuk membela rakyat dan keamanan negara, bukan untuk keadilan, sebaliknya usaha menimbulkan gelombang permusuhan antara dua pihak - mungkin BN dengan pembangkang atau Melayu dengan Cina.

Tidak bolehkah rakyat Malaysia, usah ambil peduli apa yang Anwar lakukan, biarkan dia dengan angan-angannya! 


1 comment:

  1. Kenapa begitu sekali meroyan nak jadi PM sehingga tak hormat langsung suara rakyat yang menolaknya untuk ke Putrajaya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...