SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Monday 31 March 2014

HEBAT !!!!! ORANG-ORANG MALAYSIA RAMAI YANG ' PROFESIONAL'



Jangan kata di Malaysia malah pakar penerbangan seluruh dunia makin bingung memikirkan apa yang terjadi pada penerbangan yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ini.

Namun dicelah-celah operasi besar-besaran yang melibatkan kerjasama 12 negara termasuk Amerika dengan pengunaan berpuluh buah kapal kecil besar serta kepala terbang muncul semakin ramai 'professor serba tahu'.

Cara mereka komen dan tunjuk pandai seolah kerajaan tengah duduk goyang kaki dan hisap curut sambil menikmati pemandangan indah di luat luasa.

Cuba tengok apa yang berlaku di Dewan Rakyat Rabu.Kalangan Ahli Parlimen pembangkang saja nak cari point untuk mendakwa konon kerajaan gagal mengendalikan insiden kehilangan MH370.

Mohamad Imran Abd Hamid (PKR-Lumut) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke dewan bagi memberi penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kejadian itu.

"Selepas lima hari, apa yang berlaku..kemungkinan kapal terbang itu berada di dasar laut. Beri penjelasan, kalau boleh Perdana Menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein datang ke dewan esok," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Diraja ,Rabu.

Khalid Samad (PAS-Shah Alam) ketika mencelah perbahasan itu berkata kerajaan perlu bertanggungjawab dan menerima teguran pelbagai pihak di atas kelemahan dan kekurangan ketika mengendalikan kes kehilangan pesawat itu.



Beliau turut mendakwa kerajaan dan pihak berkuasa lambat bertindak sebaik sahaja menerima laporan kehilangan pesawat itu menyebabkan masyarakat antarabangsa mengkritik kemampuan negara.

Tuduhan dan dakwaan bertubi-tubi itu menyebabkan berlaku pertikaman lidah di antara pembangkang dan penyokong kerajaan yang meminta semua anggota Parlimen khususnya pembangkang agar tidak menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak.

Di pihak penyokong kerajaan,Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata adalah lebih baik semua pihak tanpa mengira perbezaan latar belakang politik untuk bersama-sama memikirkan penyelesaian terbaik dalam mencari pesawat yang hilang itu.

"Ini masalah negara, masalah bersama, sepatutnya perkara seumpama ini tanpa kita kira latar belakang politik kita mesti selesaikan secara bersama dan tidak ada masa untuk kita tuding menuding dan salah menyalah.

"Ini mana boleh sebut kemungkinan (pesawat) jatuh, kemungkinan itu, kemungkinan ini, kerana ia soal krisis jadi mana boleh kita buat andaian, mesti ada bukti yang sahih baru boleh buat pengumuman," katanya.

Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) pula mengingatkan semua wakil rakyat pembangkang supaya berhenti mempersoalkan cara kerajaan bertindak dalam insiden itu sebaliknya bersama-sama bermuhasabah diri dan berdoa untuk kebaikan semua pihak.

Dalam pada itu ada juga media pro-pembangkang dan antarabangsa yang membuat spekulasi macam-macam untuk mengambarkan seolah kerajaan tak tentu arah mengendalikan tragedi ini.

Kata orang mau cakap senang sajalah.Apa lagi kalau nak politikan hal-hal seperti ini.

Seperti kata Pemangku Menteri Pengangkutan ,Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pada sidang akhbar Rabu ia akan mengelirukan jika kita hendak mengelirukan.

Beliau berulangkali mengingatkan fokus utama ialah mencari pesawat yang hilang itu.

Katanya kalau jumpa barulah pelbagai misteri mengenai kehilangannya dapat dirungkai.

Hishamuddin juga berkata tiada apa yang hendak disorok mengenai operasi ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini memberi penuh perhatian pada usaha mencari MH370 telah mengajak seluruh rakyat berdoa agar ia dapat ditemui.

Puak-puak yang sengaja nak spin ini sebenarnya bukan bodoh.Namun buat-buat bodoh kerana ada kepentingan politik.

Kehilangan MH370 memang pelik.Ini kerana ia ghaib begitu saja tanpa membuat sebarang panggilan kecemasan.

Namun kehilangan pesawat penumpang begini bukanlah pertama kali berlaku.

Sejarah sudah ada.Lihat apa yang berlaku pada nahas Air France di Laut Atlantik pada 1 Jun 2009 dan Adam Air di Laut Sulawesi pada 1 Januari 2007.

Suruh puak-puak yang cakap pandai ini lihat balik fakta bagaimana dalam kes Air France cuma lima hari selepas nahas baru ada jumpa secebis bangkai pesawat.Kemudianya selepas pencarian dua tahun lamanya baru ditemui bangkainya di dasar laut.

Dalam kes Adam Air,pesawat tambang murah Indonesia ini yang membawa 96 penumpang hanya selepas 10 hari baru nelayan jumpa secebis bangkai pesawat.Kemudiannya selepas enam tujuh bulan baru kota hitam.

Namun bangkai penuh Adam Air hingga ke hari ini tidak ditemui.

Kalau Peranchis negara besar dan mempunyai pelbagai peralatan canggih ambil masa dua tahun nak cari pesawat Air France...apa sangat Malaysia.

Kalangan pakar penerbangan antarabangsa pun mengakui untuk mencari MH370 ia bagai 'needle in a haystack'....cukuplah kalau sekadar bayangkan laut luas yang dalam di luar sana.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya cukup realistik dalam hal ini.

Beliau berkata adalah tidak wajar mengkritik Malaysia dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani kehilangan pesawat penerbangan MH370.

"Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.

"Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga," katanya kepada pemberita selepas menjadi anggota panel dalam program Siri Bicara Profesional bersama Tun Dr Mahathir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam Rabu.

Dr Mahathir berkata misi mencari dan menyelamat pesawat itu dikendalikan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Dr Mahathir berkata beliau telah melawat anggota keluarga penumpang penerbangan itu dan keperluan mereka dijaga dengan baik oleh Malaysia Airlines, kerana mereka juga memenuhi permintaan untuk menjaga sehingga lima orang bagi setiap keluarga.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang teori berhubung operasi mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu kerana ia tidak membantu keadaan.

"Dapatkan fakta dan jangan kita suka membuat teori, ia tidak membantu sesiapapun," katanya.-13/3/2014





Hari kelima...pencarian MH370 masih meraba dalam gelap



Pencarian pesawat MH370 yang masuk hari ke lima pada Rabu boleh diibaratkan 'meraba-raba dalam kegelapan' berikutan tidak ada petunjuk baru ke mana dan bagaimana sebuah pesawat canggih B777 boleh hilang begitu sahaja dari radar sehingga membingungkan pakar-pakar penerbangan seluruh dunia.

Selepas lima hari, masih belum ada penjelasan saintifik mengenai kehilangan tersebut, menyebabkan orang ramai kini beralih meminta pertolongan secara spritual mengikut kaedah agama masing-masing.

Ini berikutan tidak ada penjelasan logik kehilangan pesawat itu selain menyebabkan 'tension' sehingga ada yang mula mencari salah di sana sini.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengulangi komitmen bahawa Malaysia sedang berusaha habis-habisan untuk mencari pesawat hilang MH370.

Dalam masa yang sama, beliau berharap rakyat Malaysia bertenang, bersabar dan berdoa kepada Allah agar pesawat MH370 dapat ditemui segera.

Menurut Perdana Menteri, pencarian pesawat yang hilang itu tidak hanya memerlukan usaha melalui peralatan dan teknologi canggih, tetapi juga pertolongan Allah.

"Tawakal adalah prinsip orang Islam yang beriman, jangan kita tidak berusaha kerana berusaha itu juga adalah perintah Allah.

"Kita telah lakukannya secara besar-besaran, kita telah tambah pesawat dan kapal dengan peralatan canggih. Saya yakin lambat laun kita akan jumpa juga, tetapi persoalannya bila? Sekarang kita kena bersabar, berdoa dan insya-Allah kita akan jumpa," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Assalamualaikum Khas di stesen tv AlHijrah Rabu.

Operasi mencari diperluas ke barat daya semenanjung sehingga perairan Selat Melaka.



Setakat ini, jumlah aset yang digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat meningkat kepada 42 kapal laut dan 35 pesawat dari Angkatan Tentera Malaysia serta angkatan tentera asing dari negara China, Amerika Syarikat, Vietnam, Thailand, Indonesia, Singapura, New Zealand dan Australia.

Malaysia menggerakkan 15 pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725 dan dua helikopter Augusta selain sembilan kapal laut iaitu enam dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta tiga dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Qatar turut menawarkan bantuan kepada Malaysia bagi mengesan pesawat itu yang hilang sejak awal pagi Sabtu.

Selain itu, Persatuan Nelayan Kuala Kedah menggunakan peralatan teknologi sonar yang terdapat dalam bot mereka bagi membantu mengesan pesawat milik MAS itu atau objek berkaitan dalam laut.

Lebih 30 bot nelayan yang beroperasi di zon C dan C2 Selat Melaka di Kedah dan Perlis diminta membantu mengesan pesawat itu, kata Timbalan Pengurus Besar persatuan itu Mohd Sam Mohd Zuki.



Beliau berkata selain Sistem Kedudukan Global (GPS), peralatan sonar yang mampu mengesan objek di dasar laut juga boleh mengesan haba atau tindak balas arus udara panas pesawat berkenaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapa, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi Sabtu. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Pesawat itu dilapor hilang pada kira-kira 1.30 pagi ketika terbang merentasi Laut China Selatan di antara pantai timur Malaysia dan pantai bahagian selatan Vietnam.

Perkara ini turut disokong laporan polis beberapa penduduk di kawasan pantai timur yang mendakwa mereka ternampak cahaya daripada lampu besar dan sebuah pesawat terbang dianggar pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut di Kota Baharu, Kelantan.

Selasa, lapan penduduk kampung di pesisir pantai Terengganu membuat laporan polis mendakwa mereka terdengar bunyi kuat pada Sabtu lepas dari arah Pulau Kapas yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat berkenaan.

Bagaimanapun pihak berkuasa operasi SAR gagal menjumpai sebarang petanda yang menunjukkan pesawat itu berada di perairan Laut China Selatan.

Indikasi bahawa penerbangan MH370 mungkin berpatah balik setakat ini menyebabkan operasi SAR diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman.



MAS telahpun menolak kemungkinan bahawa isu teknikal adalah punca kehilangan misteri MH370 kerana pesawat berusia 11 itu diselenggara 10 hari sebelum insiden berkenaan. Sementara itu, pihak berkuasa Vietnam berikrar akan terus berusaha mengesan pesawat terbabit dan memperluas lokasi pencarian.

Timbalan Komander Tentera Udara Vietnam Do Minh Tuan juga berkata Singapura akan menyertai pencarian dalam laut esok dari Ca Mau sehingga selatan Pulau Con Son.

"Kami tidak akan berhenti mencari sehingga menemui sesuatu kerana kami mempunyai tanggungjawab di peringkat antarabangsa," katanya.

China pula melahirkan rasa puas hati dengan usaha kerajaan Malaysia mencari pesawat yang membawa penumpang terbanyak dari negara itu setakat ini.

Duta China ke Malaysia Dr Huang Hukiang berkata meskipun terdapat kritikan daripada pihak berkuasa dan anggota keluarga mangsa di negara itu berhubung kelewatan dalam kes ini, namun perkara itu sudah diperjelas kepada mereka.

Sementara itu, MH370 terus membingungkan pakar-pakar penerbangan serata dunia.



Di tahap ini, seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat Boeing 777-200ER berusia 11 tahun itu.

Sebab-sebab itu merupakan gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat.

Menurut Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram, tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, tetapi gabungan kerosakan teknikal dan keputusan juruterbang.

Dalam satu kenyataan Selasa, beliau berkata kerosakan dan keputusan jika berlaku bersendirian tidak membahayakan.

"Ini yang berlaku kepada Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana pilot (juruterbang) tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku," jelas beliau.

Mengenai kerosakan struktur, Madavaram berkata kegagalan struktur pesawat boleh menyebabkan pilot hilang kawalan.

"Ini yang berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.



Menyentuh faktor kemanusiaan, beliau menegaskan tindakan yang disengajakan seumpamanya oleh penumpang atau pilot hingga menyebabkan pesawat terhempas telah ditonjolkan dalam insiden World Trade Centre 9/11.

Pakar itu menyatakan keadaan cuaca buruk seperti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejas prestasi pesawat, yang berkemungkinan mengakibatkan pesawat terhempas.

"Ini berlaku pada penerbangan sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok. Pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU)," katanya.

Madavaram menolak kemungkinan MH370 dirampas, kerana adalah mustahil bagi pesawat itu terlepas dari semua imbasan radar dalam kawasan penerbangannya.

Menjelas lanjut, beliau berkata setiap pesawat sivil komersial mempunyai alat pengesan, Emergency Locator Transmitters (ELT), dan ia akan diaktifkan semasa pesawat terhempas bergantung pada kekuatan hentakan atau maklumat diberikan juruterbang.



Beliau berkata satu lagi lampu isyarat (beacon) dilekatkan pada alat perakam penerbangan atau kotak hitam dipanggil Underwater Locator Beacon (ULB), dan lampur isyarat ini akan diaktifkan sebaik saja ia bersentuh dengan air.

"Andainya pesawat terhempas di air, ELT akan menghantar isyarat, tetapi ia tidak kalis air. ULB mula menghantar isyarat sebaik saja ia tersentuh dengan air," kata beliau.

ELT dan beacon menggunakan bateri sendiri dan kegagalan elektrik tidak menjejas alat-alat ini.

"Bateri beacon atau beacon kotak hitam direka untuk hayat 28 hari. Jika beacon kotak hitam padam dan pesawat tidak dikesan dalam tempoh tersebut, maka satu-satunya harapan ialah mencari serpihan dan dari situ cuba mengesannya dengan gerak berundur," kata beliau.-12/3/2014

SUMBER MAKLUMAT - (klik disini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...