SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Friday 29 March 2013

BONGKAR....!!!!!!! PINJAMAN RM445 JUTA MENAKUTKAN ANWAR ?




MENGAPA Anwar Ibrahim mengelak untuk hadir ke mahkamah dan dilihat begitu takut untuk menjadi saksi berhubung perbicaraan kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta, kira-kira 14 tahun lalu?


Apakah ada rahsia yang beliau bimbangi akan terbongkar apabila beliau bersetuju untuk jadi saksi dan sekali lagi menelanjangi kerakusan serta kejahatan moralnya sebagai bekas pemimpin kerajaan yang kononnya bersih dari rasuah serta penyelewengan?

Apakah kes ini akan membongkar hubungan serta perancangan Anwar untuk mengguling Tun Dr Mahathir satu ketika dulu atau adakah kes ini akan membongkarkan bahawa Vincent Tan di arahkan berundur dari cubaan mengambil alih MUI Bank (kini dikenali sebagai Hong Leong Bank Berhad (HLBB) oleh Anwar Ibrahim dan sebagai balasan, Vincent Tan diberikan lesen perjudian besar, The Sports Toto oleh Anwar Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangi?

Adakah kes ini akan membongkar bahawa kroni dan taikun Cina Anwar Ibrahim, Quek Leng Chan diberi lampu hijau mengambil alih MUI Bank Berhad melalui Hong Leong Credit Berhad dengan satu pinjaman bersindiket (syndicated loan) berjumlah RM 420 juta ( 8 penama ) dengan tambahan RM 25 juta diberikan kepada kroni Anwar Ibrahim, Faiz Ibrahim.Adakah ini yang Anwar bimbangkan?

Adakah kes ini akan membongkarkan pinjaman pada awalnya bertujuan untuk membeli saham dalam Inchcape Timuran dan untuk pembelian Kewangan Bersatu Berhad ( KBB), yang mempunyai lesen kewangan hanyalah satu 'diversion'?.

Adakah kes ini akan membongkarkan tentang syarikat kewangan KBB ini diterajui oleh Ishak Ismail, kroni Anwar Ibrahim dan Bendahari Umno Pulau Pinang yang turut menguasai Idris Hydraulic sewaktu Anwar Ibrahim bertindak sebagai Menteri Kewangan Malaysia dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang?

Sedangkan pembelian KBB tidak berlaku sebaliknya wang ratusan jutaan ringgit ini digunakan untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan politik wang paling kotor dalam sejarah Umno didakwa dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan menabur RM 200 juta untuk melobi perwakilan dan kroni-kroni untuk menyingkirkan Tun Ghafar Baba dari jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Dan adakah akan membongkarkan bahawa Quek Leng Chan yang mendapat kembali MUI bank hasil kerja Anwar Ibrahim, bertindak sebagai pelobi dan pembiaya terbesar dalam usaha menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari jawatan Presiden Umno.

Adakah kes ini juga bakal membongkarkan betapa Warlord terbesar Anwar Ibrahim, Nazri Abdullah bersama warlord Quek Leng Chan, Seow Lun Hoo bertindak sebagai penyelaras projek untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir dari kerusi Presiden Umno?

Dan dengan tersingkirnya Tun Dr Mahathir ,projek yang bakal diterima oleh kroni-kroni Anwar Ibrahim adalah tanah RRI (Rubber Research Institute) di Sungai Buloh berjumlah RM 625 juta dan kalau tiada kes mengapa kes saman berhubung perjanjian kemudahan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta timbul kembali setelah 14 tahun berlalu?

Adakah kes ini bakal dijadikan peluang terbaik Quek Leng Chan mendedahkan dalam mahkamah kesemua ini adalah rancangan Anwar Ibrahim dalam keghairahan untuk menjadi Perdana Menteri apabila Quek Leng Chan sudah tahu Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sampai bila-bila sekalipun.

Quek Leng Chan tahu dan menyedari bahawa Pakatan pembangkang tidak akan menang pada pilihanraya umum ke-13 nanti dan adakah Quek akan menggunakan kes ini akan membuktikan Anwar Ibrahim adalah dalang dan perancang utama mengapa pinjaman bersindiket berjumlah ratusan juta ringgit dikeluarkan hanya untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir dari menjadi Presiden Umno.

Tindakan Anwar yang enggan menjadi saksi (bukan beliau yang dituduh)menimbulkan banyak persoalan malah Anwar menggunakan pasukan Peguamnya untuk menghalang sapina diserahkan kepada beliau sehingga Peguam dikatakan akan menggunakan kuasa makamah untuk membawa Anwar ke kadang saksi.

Thursday 28 March 2013

CUBAAN YANG CUKUP BERANI..


Puak-puak ni mula merasa punggung panas dan tido tak lena, dah tahu kali ini  bukan senang untuk menawan   dan menambat hati pengundi-pengundi yang dah pandai menilai antara emas permata dan batu akid. Berbagai cara telah dilakukan tapi masih tak lut lagi untuk menembusi hati-hati yang dilindungi oleh allah.

" Macam mana caranya pun aku mesti juga menawan PUTRAJAYA..."  bisik hatinya yang telah hitam legam dengan nafsu yang membuak-buak tidak dapat dibendungkannya lagi.

Agama, bangsa dan negara menjadi pertaruhan asalkan segala cita-cita dan keinginannya tercapai. Ingin membukti kepada dunia bahawa dia selayak-layak manusia untuk menjadi PM MALAYSIA. Untuk mencapai cita-citanya pada PRU KE 13 ini apa saja akan dilakukan , mengharu-harakan keadaan di PDM2,   MENCULIK PENGUNDI-PENGUNDI, MENGUJUDKAN KESESAKAN DIJALAN-JALAN, MENYAMAR SEBAGAI JENTERA BN, KEKACOHAN DI TEMPAT PEMBUANGAN UNDI, BLA BLA BLA........

Kita sebagai rakyat MALAYSIA sanggupkah diperlakukan sebegitu rupa ? Kerana wang ringgit sanggup ke menjadi pencacai PR ? KEAMANAN DAN PERPADUAN yang dikecapi selama ini sanggup digadai ke ?

' DEMI MU ALIF, BA, TA AKU SANGGUP KORBANKAN SEGALA TENAGA YANG ADA UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARAKU MALAYSIA AGAR ANAK CUCU TIDAK MEREMPAT DITANAH AIR SENDIRI.......YA ALLAH KAU BERIKAN KEKUATAN, KEIMANAN DAN KESETIAAN BAGI AKU MEMPERTAHANKAN AGAMA , BANGSA DAN NEGARA DALAM PERLINDUNGAN MU YA ALLAH.....AMIN.


NEGERIKU YANG BERKILAUAN






Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir Negeri Perak. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya[1]

Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat-jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.
Senarai Menteri Besar

Berikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[2]
NoNamaTempoh perkhidmatanTempoh menjawatParti
1Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz[3]1948 - 19579 TahunNAP
2Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi[4]1957 - 19603 TahunUMNO
3Datuk Seri Shaari Shafie1960 - 19644 TahunUMNO
4Datuk Seri Ahmad Said1964 - 19706 TahunUMNO
5Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa1970 - 19744 TahunUMNO
6Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi (kali kedua)1974 - 19773 TahunUMNO
7Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh1977 - 19836 TahunUMNO
8Tan Sri Datuk Seri Ramli Ngah Talib1983 - 199916 TahunUMNO
9Datuk Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali1999 - 20089 TahunUMNO
10Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin*2008 - 20092 TahunPAS
11Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir**2009 - kinimasih menjawatUMNO


Nota:
* Kerajaan Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah diambil alih oleh Barisan Nasional selepas 3 ADUNnya keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
** Zambry Abdul Kadir dilantik oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur[5]
*** Zambry Abdul Kadir kekal de facto menjadi Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi KL[6] dan kemudian disahkan sebagai menteri besar.[1]

Wednesday 27 March 2013

SAYA HANYA TUNAI AMANAH








Beliau menegaskan, ia bukanlah satu keistimewaan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan penuh rasa amanah dan ikhlas.

Hasil pentadbiran dan pengurusan yang cekap, kerajaan negeri Perak terus melakar kejayaan demi kejayaan yang pastinya dicemburui pihak luar terutamanya pembangkang.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 contohnya memuji pengurusan kewangan kerajaan Perak, jabatan dan agensi di bawahnya kerana prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Laporan itu turut menunjukkan rekod baik dicapai hasil tindakan kerajaan negeri dan jabatan negeri yang memberi tumpuan dan fokus sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bermula 2007.Ia juga memperlihatkan tahap prestasi prestasi pengurusan kewangan di 11 jabatan dan agensi negeri bagi 2011 juga berada pada tahap baik dengan dua lagi menerima penarafan sangat baik.

Selain itu, semakan di tujuh jabatan pula mendapati kawalan bajet, terimaan dan perbelanjaan berada pada tahap sangat baik manakala kawalan pengurusan di tahap baik. Tidak dinafikan, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Penerokaan sumber baru seperti sektor pelancongan dan perkhidmatan secara tidak langsung menambah hasil negeri yang sedia ada kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan berasaskan mineral. Bukan setakat cemerlang dalam pengurusan kewangan, Perak juga menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Transformasi Secara Menyeluruh (SWAT) dan bakal dicontohi negeri-negeri lain selepas ini.

Negeri Perak juga berjaya memastikan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri memiliki Pelan Strategik Organisasi dan Pelan Strategik ICT yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selain itu, Pejabat SUK Perak menjadi pejabat pertama yang mempunyai Pelan Pengurusan Risiko tersendiri selain menjadi negeri pertama yang memiliki Pelan Kesinambungan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh MAMPU.

Kini, jelas terbukti pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap oleh kerajaan negeri mampu merealisasikan sasaran gagasan Perak Amanjaya.

Dengan transformasi yang dilaksanakan di peringkat negeri dengan slogan Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, rakyat Perak seharusnya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar bagi memastikan negeri ini terus maju, aman dan makmur. Perak juga menjadi satu-satunya negeri yang menganjurkan Hari Bertemu Rakyat bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah mereka secara terbuka kepada Menteri Besar. Sejak diperkenalkan kira-kira empat, 75 peratus daripada lebih 25,000 aduan rakyat berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Di bawah gagasan Perak Amanjaya yang menggariskan tujuh teras upaya, rakyat Perak berpeluang meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui pelbagai pendekatan dan bantuan yang disalurkan melalui agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

INGATKAN BIJAK SANA DAN GELIGA RUPA-RUPANYA...




Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri.
"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya. 

"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya. 

"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya. 

Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara. 

Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya. 

Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.  "Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya. - Sinar Harian



Monday 25 March 2013

JANGAN DI ULANG LAGI SEJARAH HITAM

Cukup, cukup sudah ,,,, biar sampai disini saje................jangan diulang lagi. Kesedihan dan kemuraman yang dihadapi orang yang merasa bimbang adakah akan ujud lagi ke masa depan untuk anak cucu hidup atau merempat ditanah sendiri yang ekonomi dan kuasa milik orang lain. Adakah situasi ini cukup-cukup mengajar kita erti kemerdekaan, mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan menjaga kesucian Agama Islam yang kita anuti. Atau kita sudah lupa selama 11 bulan yang mengetuk kekepala kita atau ketukannya tidak begitu kuat untuk menyedarkan kita. Cukup....cukup sudah ....apa gunanya merebut kuasa yang belum tentu kita dapat sedangkan agama dan negara dirobek-robek pengtualang bangsa yang kita biarkan meharaja lela menabur fitnah dipelusuk negara. Percayalah jika dibiarkan.....negara milik kita ini akan terlepas ketangan orang, walaupun menangis air mata darah sekalipun ia tidak akan kembali lagi. Marilah kita bersama-sama menyatukan tenaga dan usaha mempertahankan agama, bangsa dan negara mengikut kemahiran masing-masing. Biarlah enau dengan belukar mengeluarkan  pucuk masing-masing....perpaduan dan penyatuan akan membina benteng yang kuat untuk mempertahankan dari serangan musuh...

bangunlah bangsa ku, ayuh
sama-sama menyelengsengkan tangan....
jangan biarkan negaramu diratah dan dirobek..
Guna apa saja yang ada...
Menentang musuh ......
Demi Agama, Bangsa dan Negara.....


KEBIADAPAN DALAM SIDANG DUN PERAK 



MEROYAN MB PERAK DS NIZAR

DI SEBALIK AURAT KU YANG TERTUTUP.......OOO PANAS.




Dia menjadi pujaan ramai, sebaliknya bila dah tak laku dia mengambil jalan pintas dengan menceburi bidang politik untuk megembalikan popularitinya yang semakin dilupakan, pernah hangat dan menjadi perhatian ramai terutamanya wartawan hiburan dengan pelbagai tingkah lakunya yang begitu ketara tahap tertinggi meroyan, pada awalnya dia mendapat simpati ramai peminat seolah beliau diinayakan

Paling mengejutkan bila menukar imej sebagai muslimah dan sebaik menjanda kononnya menerima wahyu dan sedar yang amat sangat dengan pelbagai kesilapannya yang lalu, beralih menjadi model dengan memperagakan pakaian muslimah atau ratu tudung morden yang sebenarnya tak pun berapa nak menjadi.

Bukan itu sahaja malah sifat mencaci dan fitnah sudah menjadi kegemarannya kerana cara begini nampaknya boleh mempopularkannya kembali sebagai artis pencen yang dah lapok. beberpa gelaran atau award oleh rakyat dimenanginya termasuk juara pencalonan sebagai Ustazah megi @ segera, ustazah Buwah dan macam-macam lagi sekalipun setiap kali berceramah boleh buat orang ngantuk popular hanya setaraf Muka JERUK HANTU yang berangan 'cantik tak muka ka bie?' jual kosmetik.

Semakin kerap mencaci, fitnah, menghina, memuji diri sendiri menampakan betapa meroyannya janda nie, secara tak lansung peminatnya dulu sudah mula memahami kenapa dia boleh jadi menjanda. bukan sahaja memfitnah derta mencaci pemimpin kesayangan rakyat malah ada ketika menghina kematian perwira yang terkorban, mengeluarkan fatwa ikut sedap mulut bangkainya jer. kita cukup faham demi popular dia kekadang diluar dugaan buat kenyataan yang tiada akidah sambil membandingkan dia lah yang terbaik

Dengan kuasa tuhan akhirnya baru-baru ini beberapa siri pendedahan terbongkar, disebalik muslimahnya dia sudah ada yang mula mendedahkan pelbagai sifat tersembunyinya sebelum ini, rupanya dia juga paling buruk dan busuk, rupanya sebelum nie dia juga berniaga daging, bukan macam daging biasa yang reganya 20 atau 30 sekilo, sebaliknya boleh mencecacah nilai puluhan ribu Ringgit yang hanya boleh dimamah dan tak boleh dibuat gulai, adoiiii apa dah jadi nie?

Malah tanpa disedarinya pelbagai bukti mula didedahkan sehingga rakaman dailog atau sms yang selepas service seperti "Your service is very good sir" yang kononnya mengiktirafkan kehebatan pelangannya atau mungkin sekadar tidak mahu pelanggannya lari kot! sekalipun bahasa orang putihnya standard bangla jual strawberry di Cameroon Higland jer! jelas dia bukan baru dan dah bukan janggal dalam kerja nie. lebih menggemparkan bila khabarnya bakal ada pendedahan bukti dia terlibat dalam menjual daging untuk dimamah semasa berhias menjadi Artis Janda.

Dari orang tertarik kini dah mula yang muak dan trauma dengan perangai gampang dia, sesedap mulut jer nak caci dan buat kenyataan haram jadahnya, tunggu ler nanti bila dibongkar! tau ler nanti, kalau tak nyusahkan orang islam atau melayu tak boleh ker?.

Friday 15 March 2013

NAPE PERLU TAKUT!!!!!!

SiChua ni tk perlu le takut......klu berani mengeluarkan kenyataan dan mengutuk perwira-perwira yang sedang mempertahankan keselamatan negara, mesti le berani menghadapi kutukan dan cemuhan dari rakyat. Tunjukkan le kejantanan tu bahawa dialah hero yang akan memporakperandakan negara, penyelamat kepada LBGT, membahagikan harta-harta negara samarata kepada rakyat tidak mengira bangsa................


Ini baru pihak berkuasa ambil tindakan untuk soalsiasat dah mengetor telor......jgn le berani cakap dilayar media maya je, profesional le sikit.....ini kah orang yang layak untuk memerintah negara ?

Thursday 14 March 2013

MR. MANSUH........ARE U HERO OR .......???????

Anda adalah perancang utama krisis di LD....tiba-tiba nak saman utusan dan TV3 kerana di fitnah tapi takut untuk menyaman media luar negara dan Kerajaan Filipina. Naib Presidennya pula kata semua itu adalah sandiwara UMNO dan BN...anaknya pun mengeluarkan kenyataan yang sama. Itu semua tak penting baginya dia dapat menghuru-harakan negara yang dibencikan ini. Memuaskan  nafsu serakahnya untuk membuktikan yang dia mampu untuk menjadi PM dan menakluki Putrajaya. Untuk menghalalkan cara tidak kira samaada agamanya dicabuli, bangsanya dicerca makihamun dan negaranya hancur  porakperanda yang dia tahu matlamatnya tercapai. IKUTI LE TAYANGAN VIDEO INI http://www.youtube.com/watch?v=Tse1vXSAq64&feature=youtu.be


Tuesday 12 March 2013

JENDELA TOK KI




Tanya pada pokok
Apa pasal goyang
Anwar nanti jawab
Hatiku bimbang

Apa tidak bimbang
Undi sudah dekat
Orang makin tahu
Wajah yang tersirat

Apa tidak bimbang
Sokongan sudah merosot
Cari jalan lain
Arahnya herot

Tanya pada pokok
Kenapa jadi goyang
Anwar nanti jawab
Aku lebai malang

Apa tidak malang
Cerita timpa menimpa
Satu tak selesai
Datang lain pula

Yang lama tak terlerai
Baru datang terpa
Keliru tak terurai
Orang  hilang percaya

Tanya pada pokok
Apa pasal malang
Mana tidak malang
Rancangan kecundang

Apa tak kecundang
Pilih jalan songsang
Punca tak dicari
Dalih yang diberi

Cuba pertahan diri
Kalimah Allah kalimah suci
Syura ke belakang politik didahului
Pasti akhirnya kecundang lagi.

Tanya pada pokok
Apa pasal goyang
Anwar selalu jawab
Konspirasi menghalang

Halang cita-cita
Sampai ke Putrajaya
Pas mula kata
Dia bukan orangnya

Kenapa jadi begitu
Orang ingin tahu
Jalan makin kabur
Pakatan bakal lebur

Tanya pada Hadi
Mana Negara Islam
Hadi nanti kata
Tiada dalam Quran

Tanya pada Hati
Khabar Buku Jingga
Hadi nanti kata
Berkebajikan gantinya

Tanya pada Karpal
Tentang Negara Islam
Karpal nanti kata
Langkah mayat hamba
Hadi terus akur
Ikut cakap Anwar
Manifesto yang baru
Mana agenda Islamnya

Tanya pada pokok
Apa pasal goyang
Anwar nanti jawab
Sabah akan hilang

Sabahkah yang hilang
Atau Anwar akan kecundang
Ramai semakin tahu
Dia buat-buat kelu.

Mimpi ke Putrajaya
Igau makin nyata
Mereka tidur sebantal
Mimpi lain-lain pula

Tanya pada pokok
Apa pasal goyang
Anwar semakin tahu
Ia bakal kecundang

Mengapa tidak kecundang
Integriti tak dijaga
Pengundi makin cerdik
Beza intan dan kaca.

Monday 11 March 2013


Wajarkah bayar tuntutan pengganas Sulu?




RAMAI yang barangkali sekadar bertanya, terdetik di hati atau mengandaikan begini: "Kalau tindakan kerajaan Malaysia terus membayar 'pajak' sebanyak RM5,300 setahun kepada waris 'kesultanan' Sulu, maka ini sudah tentu bermakna Filipina ada hak untuk menuntut Sabah.

"Atau setidak-tidaknya waris kesultanan itu ada hak berlebihan ke atas Sabah atas alasan penyerahan Sabah kepada saudagar Eropah pada 1878 hanyalah sekadar 'pajakan sementara'."

Mengupas persoalan itu, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang merupakan penyelidik undang-undang antarabangsa dan bekas Menteri Luar menarik perhatian bagaimana 'isu andaian' di atas tadi bermula. Beliau yang banyak membuat kajian sejarah dan perundangan antarabangsa mahu rakyat Malaysia memahami dahulu perjalanan sejarah isu Sabah ini.

Semasa itu pada 1878, pihak berkuasa Sulu yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' memberikan hak kedaulatan sebuah wilayah yang dianggap Sabah atau dikenali Borneo Utara dalam satu perjanjian dengan dua saudagar Inggeris bernama Gustavus Von Overbeck dan Alfred Dent.

Kedua-dua individu ini memperoleh apa yang dianggap 'pajakan' dari kesultanan Sulu dengan membayar wang ehsan kepada waris kesultanan itu yang berjumlah RM5,300 setahun. Kandungan 'pajakan' itu berhubung kait hak untuk berniaga dan pengawasan pantai Sabah yang diserahkan kepada kedua-dua saudagar berkenaan (antaranya untuk kelancaran pengurusan perniagaan mereka).

Setahun kemudian, Overbeck dilantik sebagai Raja Sandakan. Apabila perjanjian itu diiktiraf, maka elemen 'pajakan' menuju ke fasa pemberian kedaulatan kepada Overbeck untuk mentadbir. Dan dari segi undang-undang meskipun disebut sebagai pajakan, kedua-dua saudagar itu beroleh 'hak tanpa tarikh' atau sampai bila-bila ke atas kepentingan wilayah Sabah.

Menjelang 1905, seluruh kuasa ke atas hak dan kepentingan Sabah yang dikawal oleh Overbeck diserah kepada North Borneo British Company (NBBC). Hal ini terkandung dalam perjanjian yang menterjemahkan perkataan 'pajak' itu kepada penyerahan (grant and cede) kawasan, kuasa dan hak. Pertukaran kedaulatan ini disokong oleh kerajaan British yang menguasai NBBC. Sebelum 1878, Sulu sebenarnya pun pernah bertukar tangan di bawah pemerintahan Sepanyol, diikuti Amerika Syarikat. Senario itu diperhitungkan oleh sejarawan mengikut ungkapan latin 'utis possidetis juris' - prinsip di mana apabila bertukar tangan sesuatu entiti atau negara sama ada melalui peperangan atau bertukar ganti kuasa perjanjian, maka semua sempadan terserah kepada pihak yang baru.

Justeru, tidak timbul soal bagaimana hak di bawah Sultan Sulu sebenar tidak ada. Dengan membayar RM5,300 setahun, maka Sabah menjadi hak kekal sehingga bila-bila kepada Overbeck, kemudian NBBC dan diikuti British, sebelum hak mutlak Malaysia melalui pungutan suara penduduk Sabah oleh Suruhanjaya Cobbold pada 1963.

Kata Rais, isu wang 'ehsan atau pajakan' itu bagaimanapun dicetuskan semula pada 1939. Ia berpunca dari kes yang dibawa Dayang Haji Piandau. Dayang menuntut penerusan duit yang dibayar oleh Overbeck sebelum ini. Atas rasa kehakiman, Hakim Makarskie bersetuju melalui Mahkamah North Borneo untuk meneruskan pembayaran. Namun, pembayaran wang ehsan itu realitinya tidak perlu diiktiraf.

"Ini kerana ia cuma bayaran ehsan dan tidak menukar taraf sebenar kepada pajakan atau situasi lain apabila pada 1878, dicapai perjanjian semua hak dan kepentingan Sabah diserah sampai bila-bila kepada Overbeck. Ini diperkuatkan dengan keputusan kerajaan Filipina pada 1936 yang tidak mengiktiraf kesultanan Sulu melalui sepucuk surat kepada Gabenor Sandakan," katanya.

Rais dalam temu bual dengan penulis, turut menolak tanggapan isu tuntutan pihak berkuasa Sulu ke atas Sabah sama dengan isu pengembalian Hong Kong kepada China - yang fakta sebenar lebih berlingkar soal pajakan.

" Saya berpandangan pembayaran wang ehsan RM5,300 setahun kepada waris kesultanan Sulu tidak wajar diteruskan, ditambah kesultanan itu tidak diiktiraf Manila. Dahulu, pembayaran ini dibuat atas rasa kemanusiaan British. Namun hari ini, ia dikusutkan dengan soal ke mana wang ini hendak dihalakan, sebab ada lapan jurai keturunan Sultan Sulu," katanya.

Kerana itu berpegang kepada prinsip-prinsip di atas - kalau pun timbul sekarang tuntutan daripada penyangak atau pengganas Sulu ke atas Sabah, ia hanya berunsur nostalgia lama. Dan lebih penting, tidak berasaskan undang-undang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130309/re_03/Wajarkah-bayar-tuntutan-pengganas-Sulu#ixzz2NByclEdG
© Utusan Melayu (M) Bhd 




ADA KER..................



Sunday 10 March 2013

JANGAN IKUT NAFSU


Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak mengikut nafsu sebaliknya menggunakan akal ketika memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata, rakyat perlu bijak memilih kerajaan yang mereka fikir dapat menentukan hala tuju nasib mereka dan generasi akan datang. 

"Kita harus menggunakan akal kita untuk menilai prestasi sesebuah kerajaan dan sekiranya kita taksub memilih kerajaan mengikut emosi ataupun nafsu serta tanpa penilaian, maka kita akan memilih sebuah kerajaan yang tidak sesuai untuk kita. 

"Jangan membenarkan nafsu kita tentukan (siapa patut memerintah) sebab ia boleh membawa mudarat kepada kita. Pilihlah parti yang terbukti bertanggungjawab kepada pengundi dan sanggup berkhidmat untuk rakyat," katanya ketika berucap pada Forum Strategik bertajuk 'Masa Depan Bangsa Malaysia'.

7 WASIAT RAJA MELAYU

Wasiat itu disampaikan ketika raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Apakah wasiat itu?


• Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
• Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
• Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
• Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. • Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. 
• Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
• Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Hakikatnya Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat sembilan Raja Melayu dari empat negeri Melayu Bersekutu dan lima tidak Bersekutu itu, disampaikan sebelum merdeka kepada rakyat Melayu, yang juga rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu


PESANAN YANG SANGAT BERMAKNA......

Rakyat khususnya kaum Cina tidak boleh membiarkan pakatan pembangkang terus mentadbir negeri ini kerana mereka akan mendatangkan lebih banyak 'kerosakan'. Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, mereka tidak boleh lagi memperjudikan nasib mengharapkan perubahan besar yang kononnya akan dibawa oleh pembangkang kerana itu hanya janji-janji kosong.


Menurutnya, jika mereka terus membiarkan pembangkang memerintah, beliau percaya rakyat akan menyesal apabila tiba masanya nanti. "Fikir betul-betul. Jangan percaya perjanjian daripada pembangkang. Kalau percaya cakap mereka, Pulau Pinang akan rosak "Janganlah sampai kita putih mata kerana jika sudah sampai tahap itu, kita semua sudah habis," katanya ketika berceramah di Jalan Perak di sini malam tadi.

Saturday 9 March 2013

KERANA MU TING CHUAK, IPOH MENGAMUK LAGI

Lagi kecaman dan bantahan dibuat terhadap Timbalan Presiden PKR, Tian Chua kerana kenyataan biadapnya yang menganggap insiden pencerobohan pengganas di Lahat Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Kali ini seramai 200 aktivis muda Perak yang diketuai Muhd Adib Khairulnaim Dato’ Ahmad berkumpul di depan pejabat PKR Perak di Medan Istana, Ipoh petang semalam menzahirkan bantahan keras mereka terhadap Ahli Parlimen Batu itu.

Sambil memegang poster yang tertulis antaranya Tian Chua Pengkhianat Negara dan Tian Chua Biadap mereka membakar gambar-gambar Tian Chua dan sebuah patung menyerupai Tian Chua dikhalayak ramai.
Mereka meminta supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Tian Chua untuk memberi pengajaran kepada yang lain.

"Kami menyeru Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein supaya mengambil tindakan yang cepat dan tegas terhadap Tian Chua ini.

"Jangan ada lagi yang menyambung lagi mempermain-mainkan lagi maruah bangsa kita, Negara kita, perwira kita. Ini adalah Negara kita, kita perlu bersatu itu yang utama,’’ kata Muhd Adib.




Inilah tanda bantahan anak-anak muda keatas kenyataan Ting Chuak yang biadap , memchuit hati setiap hati rakyat Malaysia , anggota PDRM dan tentera yang bertugas di LD.

KERANA KUASA AGAMA DAN BANGSA DIKETEPIKAN



MARANG 9 Mac -Jalan keluar bagi mengatasi masalah perpecahan yang kian ketara di kalangan orang Melayu sehingga begitu melemahkan mereka kini hanyalah dengan menghukum Pas melalui kekalahan teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu yang jelas mengetepikan kepentingan bangsa dan tuntutan agama kerana keghairahan untuk berkuasa menjadi halangan terbesar ke arah perpaduan.

"Adilkah dengan sewanang-wengannya tiga juta orang Melayu (UMNO) dikafirkan sedangkan mereka beragama Islam. Selagi dia ada (Pas), selama itu kita akan terus berpecah, semakin lemah dan mengemis (untuk berkuasa),'" ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab satu soalan dalam sesi program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.

Kepada satu soalan lain, Dr. Mahathir berkata, sekiranya orang Melayu membuat pertimbangan yang silap dengan membenarkan pakatan pembangkang berkuasa, mereka akan menjadi mangsa kerana salah satu langkah pertama yang kemungkinan besar diambil adalah menghapuskan dasar ekonomi baru.

Katanya, inilah dasar yang selama ini dianggap memberi keuntungan kepada orang Melayu dan kedudukan mereka juga atas nama bangsa kemungkinan akan turut terhapus tanpa sebarang keistimewaan lagi. 




DEMI MU AKU BERSUMPAH.....



SAJAK BUAT TANAH AIR 

Nafas jihadmu tetap panas
sewaktu tanah milikmu dicakar durjana
namun kau masih sempat
mengikir mata akal:
Sebilah belati
peluru tetap kau asah
bangkit dengan semangat mata batin
selamanya. 

WAN MARZUKI WAN RAMLI
SK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas.





AKU AKAN TETAP MELANGKAH MELAWAN MUSUH WALAUPUN HATI KU BERAT UNTUK MENINGGALKAN ANAK ISTERI DAN KELUARGA, DEMI MU MALAYSIA.

LAFAZ YANG DI LUPAKAN SELEPAS AKAD NIKAH



Lafaz merupakan suatu kata-kata yang diucapkan oleh seseorang bagi menyampaikan maksud yang hendak dikatakan. Dalam perkahwinan, lafaz memainkan peranan penting bagi menjayakan acara akad nikah dan juga memberikan kesan dalam hati atas apa yang diucapkan. Masa kini yakni zaman serba moden, lafaz-lafaz akujanji dan pengakuan makin ditinggalkan serta tidak dipedulikan. Lalu ia tidak memberikan kesan dan impak dalam hati seseorang yang berkahwin. Mari kita lihat dan baca antara lafaz yang baik untuk suatu majlis akad nikah. 

1. LAFAZ PENYERAHAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN LELAKI SELEPAS SELESAI AKAD NIKAH) 

Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin kepada pengantin perempuan dengan membaca: 

“Adalah saya (nama pengantin lelaki) suami kepada (nama pengantin perempuan) yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku mas kahwin (nilai mas kahwin) tunai. Oleh itu isteriku hendaklah dikau menunjukkan taat setia kepada diriku sebagai suami dan mengikut segala perintah dan nasihatku selagimana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam..” 

Kemudian dikehendaki suami memegang ubun-ubun isteri dengan tangan kanan lalu membaca ‘Basmalah’ dan doa berikut: 

“Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya.” 

2. LAFAZ PENERIMAAN MAS KAHWIN (DIBACA OLEH PENGANTIN PEREMPUAN) 

Setelah selesai penyerahan tersebut isteri hendaklah mencium tangan suami dengan berdoa di dalam hati: 

“Ya Allah, jadikanlah suamiku ini suami yang soleh dan pembimbing yang baik di dunia dan akhirat..” 

Kemudian barulah isteri membaca lafaz penerimaan mas kahwin: 

“Adalah saya (nama pengantin perempuan), isteri kepada (nama pengantin lelaki) dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci. Saya akan menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suamiku dan mengharapkan agar suamiku sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah s.w.t..” 



3. PENYERAHAN TANGGUNGJAWAB WALI KEPADA PENGANTIN LELAKI (DIBACA OLEH WALI KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN) 



Dilakukan oleh wali perempuan atau wakilnya dan disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Lafaz penyerahan tanggungjawab adalah seperti berikut : 

“Adalah saya (nama wali pengantin perempuan), wali kepada nama pengantin perempuan dari saat ini menyerahkan tanggungjawab nafkah, perlindungan, keselamatan, kasih sayang dan tanggungjawab agama Islam kepada kamu (nama pengantin lelaki) sebagai suami yang sah. Semoga diberkati oleh Allah s.w.t ke atas kamu dan orang yang di bawah tanggungan kamu serta zuriat keturunan kamu. Amin..” 



4. PESANAN IBU KEPADA ANAK PEREMPUAN (DIBACA OLEH IBU KEPADA PENGANTIN PEREMPUAN) 



“Anakku (nama pengantin perempuan), hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah ibu ke suatu alam yang baru di bawah naungan suamimu. Ayah ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu seorang anak yang solehah. Hari ini ayah ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ayah ibu selama ini. Jadikanlah dirimu seorang isteri yang solehah nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. Berikanlah khidmat dan ketaatanmu kepadanya dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkahlaku terhadapnya. Jagalah maruah dirimu dan jagalah maruah keluargamu. Taatilah Allah sepanjang hidupmu, semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada kamu. Ayah ibu memohon kemaafan di atas segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu..”

Thursday 7 March 2013

PR sudah mula spin isu yang negatif mengenai insiden Sulu.




' PENING-PENING!!!!!!!!!!   SEMUANYA TAK MENJADI '

Ini semua modal yang dimainkan di dalam media baru. Samada ianya akan backfire kepada PR, itu belum dalam kajian. Tak penting. Yang lebih penting adalah kutuk dan caci usaha yang dilakukan PDRM dan ATM. Di antaranya isu-isu yang dipermainkan oleh pihak PR ialah 

  1. Rakyat tak diberikan bantuan makanan dan kewangan di Lahad Datu, Semporna dan Kunak;
  2. Pemindahan orang kampung tidak dilakukan dengan baik;
  3. Penggunaan jentera canggih adalah satu pembaziran;
  4. Polis bertindak kejam terhadap rakyat Sulu di Sabah;
  5. Kutuk Menteri yang terlibat;
  6. PAT tidak mengikut prosedur;
  7. IGP lemah

' TANGAN AKU NI DAH TAK KUAT LAGI...HAMPA LE PULAK SPIN....'

KICK....KICK....KICK..



5 Mar – Jackie Chan may have felt honoured at being elected to join China's top political advisory organisation, CPPCC, but it seems that the appointment does not sit well with the residents of his hometown.

According to Groove Asia website, the actor has been facing backlashes from Hong Kong citizens for joining the organisation. His appointment was accepted with increasing scepticism, as Hong Kong political analysts saw it as Beijing's soft power effort to develop unity between itself and the former British colony.

With his recent statements - such as calling for limits on the right to protests and the need for the citizens to be controlled, has been seen as pro-Beijing, adding to Jackie's appointment being met with contempt.

Pro-democracy Hong Kong lawmaker Emily Lau explained the derision, stating, "Jackie's appointment is more evidence that Beijing was not prepared to take our concerns seriously. He may be representing a certain segment of the population but he has also upset quite a number of people."

"So if Beijing decides to appoint him, it shows you what kind of views they want to listen to, which is quite unfortunate," she added.

At the moment, the CPPCC has 2,000-strong advisory members which include a few celebrities such as Eric Tsang and Stephen Chow, and former NBA basketball star Yao Ming.

Ni Ape Ni Kejap Boleh Kejap Tak Boleh....Boleh Le Bangggg !!!!




KUALA LUMPUR, 7 Mac —- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan boleh diteruskan, sekiranya kilang berkenaan terbukti selamat, lapor akhbar Australia.

Dipetik portal The Age, Anwar yang sebelum ini membantah operasi kilang dari Australia itu dilaporkan berkata Lynas boleh terus beroperasi sekiranya inkuiri awam membuktikan kilang itu mematuhi piawai dan syarat dalam menguruskan nadir bumi berkenaan.

Malah akhbar berkenaan turut melaporkan sekiranya Anwar berkuasa merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013 akan datang, beliau akan menyegerakan inkuiri tersebut, namun sebelum itu, beliau akan menutup operasi kilang tersebut.

“Saya tidak bersedia mengambil risiko dengan keselamatan penduduk di sekitar Kuantan,” katanya, dan menambah beliau juga bukanlah anti pembangunan.

Anwar (gambar) dalam satu temuramah turut berkata beliau “mempunyai sebab untuk percaya” kebimbangan penduduk berhubung isu alam sekitar yang bakal dicetuskan kilang berkenaan berdasarkan lokasinya, dikawasan paya berhampiran sungai, kira-kira tiga kilometer dari Laut Cina Selatan.

Anwar juga turut dilaporkan berkata beliau tidak mempercayai agensi kerajaan meluluskan operasi syarikat tersebut kerana kelahiran bayi yang mengalami kecacatan dan leukimia oleh penduduk berhampiran kilang Mitsubishi di Perak pada 1982, yang telah ditutup.

“Jika Lynas boleh mengemukakan hujah dan bukti kukuh tiada ancaman terhadap keselamatan penduduk, saya yang mula-mula akan menyokong kilang itu beroperasi,” katanya yang juga turut akan memberikan peluang kepada kilang berkenaan untuk memberikan keterangan sebelum sebarang inkuiri dilakukan.

Beliau juga akan mendapatkan keterangan pakar-pakar nadir bumi yang kebiasaannya digunakan dalam industri teknologi seperti iPod, TV paparan rata, kereta hybrid, telefon pintar, dan termasuk juga peluru berpandu.

Jurucakap Lynas, bagaimanapun dipetik akhbar itu berkata, Lynas dikategorikan sebagai selamat, tidak mengandungi toksik, dan tidak merbahaya.

Bercakap berkenaan cadangan inkuiri tersebut, jurucakap Lynas itu berkata kilang itu telah menjalani semakan bebas pelbagai pihak, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Kilang Lynas di Kuantan mula menjadi perhatian umum apabila didakwa bakal menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar dan kawasan perairan kerana didakwa mengandungi radioaktif.

Malah, badan bukan kerajaan seperti Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) turut membantah penubuhan kilang tersebut, yang mana turut beberapa kalimengadakan protes menyuarakan bantahan mereka.

Selain projek pemprosesan nadir bumi ini, Putrajaya turut menerima tekanan dalam pembangunan projek penapisan petroleum bersepadu di Pengerang, Johor, apabila pemimpin pembangkang dan aktivis alam sekitar mendakwa projek berkenaan akan membahayakan alam sekitar.

Saturday 2 March 2013

MEMANG PANDAI BUAT FITNAH, TAPI BILA DAH TERKANTOI !!!!!!


SIAPA SEBENARNYA YANG MERANCANG........




Di atas telah dimuat naik PASSPORT milik Encik Latigu Bin Laando yang didakwa oleh penghantar sms tersebut sebagai bapa kepada Ketua Pemuda PAS Sabah, saudara Lahirul Latigu.

http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/09/gempar-anak-senyap-isu-rci-pati-rupa.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...