SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday 14 May 2013

MEROYAN LEBIH-LEBIH SANGAT..





Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai ketentuan takdir. Sebagai rakyat di sebuah negara mengamalkan sistem demokrasi, Anwar perlu menganggap kekalahan tersebut sebagai percaturan yang telah ditentukan Allah. Rakyat telah membuat pilihan dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negara dan semua pihak termasuk pembangkang patut menghormatinya.

Tapi oleh kerana tidak dapat mencapai cita-citanya sebagai PM Malaysia Yang Ke 7 pada PRU Yang Ke 13 meroyannya menjadi-jadi untuk menunggu 5 tahun lagi mungkin kehebatannya tidak dapat dibandingkan sekarang walaupun ia tahu sokongan dari penyokong semakin merosot. Mungkin penyokongnya sudah muak dengan segala janji-janji yang ditaburkannya dan fitnah yang diciptakan, tuhan maha mengetahui akhirnya doa-doa insan yang teranaiya akan dikabulkan juga oleh tuhan. Renung-renungkanlah.........

Kita sudah nampak, niat siri perhimpunan Anwar Spring yang akan dianjurkannya bukan untuk membela rakyat dan keamanan negara, bukan untuk keadilan, sebaliknya usaha menimbulkan gelombang permusuhan antara dua pihak - mungkin BN dengan pembangkang atau Melayu dengan Cina.

Tidak bolehkah rakyat Malaysia, usah ambil peduli apa yang Anwar lakukan, biarkan dia dengan angan-angannya! 


Saturday 4 May 2013

TERDESAK.....PELBAGAI CARA DILAKUKAN












Pembangkang terdesak setelah tidak mendapat sokongan dari pengundi. Pelbagai cara dilakukan termasuk menghantar sms kepada mengundi ' Berita baik Bajet sudah turun , datang ambil saguhati anda RM300 di bilik gerakan PDM BN anda jam 8 malam hari ini (Sabtu), 4 mei, simpan sms ini untuk claim ' kerja kotor mereka jangan terpedaya. 

Mereka juga berkumpul beramai-ramai di persimpangan jalan dan di lampu-lampu isyarat terjerit-jerit, berlari-lari kesana kemari dengan membawa bendera DAP......menunjuk-nunjuk sepanduk yang berbunyi kalu sokong PR bunyikan hon...kesian anak-anak Melayu ni terpedaya dengan hasutan dan fitnah pihak pembangkang, menjatuhkan akhlak dan budi bahasa mereka sendiri.

Esok adalah hari mengundi, banyak lagi insiden-insiden yang akan berlaku..............berhati-hati le !!

Friday 3 May 2013

BIG SPENDAR......







' Hallo, Hai Baby....mlm ni yang free tk ? '

' Free, nape...'

' I de kt KL ni...'

' Kita jumpa mlm ni, tempat biasa '

' K yang, jumpa u disana....'

Klu bini perlu ke buat temujanji......kecuali le KG. Mengaku dirinya benar didalam video sensasi tu tapi bersama bini no. 2, orang luar negara. Secara logiknya bini kena bayar duit ke untuk service.....

Dah banyak kali kita ditontonkan dengan adegan-adegan yang panas oleh pemimpin-pemimpin atasan PR......free pulak tu. Adakah pemimpin seperti ini yang kita pilih untuk mewakili kita ke Parlimen dengan keruntuhan moral yang teruk sekali tetapi bercakap mengenai Islam. Cukup-cukup  lah sudah....nak terasa termuntah bila memikirkannya klu mereka memerintah negara yang kita cintai ini.

SURAT ULAMA SOKONG ANWAR JADI PM







PKR mahu menggunakan surat sokongan Ulama tersohor, Dr Yusuf Qardhawi bagi meraih undi  kerana parti itu merasakan tidak mendapat sokongan dari kaum Melayu sepenuhnyauntuk mengangkat Ketua Umumnya sebagai perdana menteri pertama Pakatan Rakyat.

Pemimpin PAS sebelum ini enggan mengulas kesahihan surat itu yang didakwa menyokong Anwar menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Bagaimanapun, secara tiba-tiba Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dilapor melancarkan surat sokongan itu ketika menghadiri program bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Pantai Dalam baru-baru ini. 

Pemerhati politik menyifatkan tindakan Nik Aziz itu sebagai membelakangkan keputusan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan pemimpin PAS yang lain.

Datuk Nakhaie Ahmad yang juga bekas naib presiden PAS, berkata Nik Aziz terpaksa berbuat demikian bagi meraih undi orang melayu demi menjamin kemenangan pembangkang.

Pihak luar termasuk Yusuf Qardhawi tidak perlu masuk campur dalam urusan politik negara biar rakyat Malaysia yang menentukan kepimpinan dan kerajaan yang akan dipilih.

SANGGUPKAH ANDA DIGELAR SEBAGAI KERA.......








Kenyataan calon kawasan Parlimen Johor Baharu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang menyifatkan penjawat awam sebagai 'kera' kepada penjawat awam seramai 1.42 juta orang. Bekas jeneral itu seperti orang kecewa, namun walaupun kecewa, janganlah cemuh. Cuba tengok muka calon PKR dekat atas tu, sikit pun tak rasa bersalah bila menggelar dan melabelkan penjawat awam sebagai kera belaan yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa. Kenapa lah pemimpin PR suka sangat membuat perbandingan atau perumpaan manusia dengan haiwan seperti ayam dan kambing?

Adakah calon seperti ini yang kita nak pilih kelak? Tak tahu lah sekiranya masih ada penjawat awam yang buta hati buta mata, pekak telinga sanggup mengundi bekas Jeneral ini yang mana satu sen haram pun tak berguna.

Penjawat awam yang bengang dengan kenyataan biadap dan tak berotak yang dilempar calon PKR terhadap mereka. Sekarang semua dah jelas, terpulang pada penjawat awam samada mahu duduk dalam sangkar macam kera yang diberi makan pisang, kacang dan kelapa seperti yang dibayangkan oleh Jeneral bersara itu atau terus mengekalan BN sebagai sebuah kerajaan yang telah banyak memberi manfaat kepada penjawat awam selama ini. 

POLITIK, POLITIK LE.....TAPI AGAMA JANGAN DI PERMAINKAN.....






Memetik kata-kata seorang pemimpin ' politik, politik le......agama jangan dipermainkan' tapi bagi puak-puak ni menghalalkan cara asalkan berjaya ke Putrajaya. Bukan setakat mengeluarkan fatwa-fatwa yang mengelirukan kepada ahli-ahlinya, perbuatan maksiat pemimpin atasannya begitu ketara, apakata cakap tak serupa bikin atau bikin tak serupa apa yang dicakap....bertopengkan agama, mereka boleh mencaci hamun dan menfitnah kepada sesiapa saya yang mereka rasakan akan menggugat gerakerja parti mereka. Mereka tidak akan mengambil kira hati-hati yang akan tersinggung, sakit hati, geram, marah dan berbagai lagi. Mereka memikirkan kenyataan atau percakapan yang mereka keluarkan akan mendapat sambutan dari pendengar, penonton atau pembaca apa yang nak dicakap dah dicakap......orang akan bertepuk tangan dan menjerit-jerit. Inikah pemimpin yang akan kita pilih rasis, penipu dan berpura-pura.



Rasanya itu semua telah berlalu, rakyat Malaysia sudah pandai menilai pemimpin yang perlu mereka pilih bagi meneruskan tranformasi negara. Keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati sekarang tak kan nak kita musnahkan demi masa depan anak-anak cucu kita. Cuma segelintir masyarakat Malaysia yang masih berfahaman kolot dan perkauman , ingin meluaskan pengaruh mereka di negara kita yang kita cintai ini, negara yang memberi mereka peluang untuk hidup selesa dan kaya raya , berkongsi kuasa tetapi mereka tidak mengenang budi umpama diberi betis nak peha.....fikir-fikirkah lah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Angan-Angan Mat Jenin ......





"Apa lagi yang tak kena....macam-macam fitnah dah aku buat mereka masih tak suka aku...."



"Kena mandi dengan air bunga kut...."


"Apa kata aku jumpa dengan nujum Pak Belalang boleh tak aku menang kali ini...."

Penolakan golongan ulama di dalam Pas terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memegang jawatan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Anwar telah meminta Haron Din memujuk Dewan Syura Ulama Pas berhubung penetapan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri pembangkang seperti diputuskan dalam mesyuarat 3 Februari lalu. Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar menduduki jawatan berkenaan didalam keputusan tersebut didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan. Penolakan Majlis Syura Ulama Pas terhadap Anwar ketika ini semakin kuat keadaan itu berlaku ekoran percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis itu dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...