SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Monday 31 December 2012

PERGIMU DITANGISI....2012. DATANGMU DINANTI.....2013..

2012......Tahun penuh dengan tanda tanya, adakah tahun akan diadakan PRU Ke 13 ?
Adakah rakyat sudah berubah arah ? . Adakah rakyat menyedari akan tektik PR untuk memikat bagi menyokong mereka ?. Atau rakyat masih marah, benci, muak dengan kerajaan sekarang ?. Adakah masih tidak cukup dengan janji yang ditepati ? Apa lagi perlu yang dikorbankan bagi memenuhi kehendak rakyat ?. Masih adakah kesedaran dikalangan rakyat bawa kasih sayang, jatidiri dan berkorban untuk negara yang kita payungi ini perlukan imbuhan ?. Melayu perlu sedar sekiranya negara ini perlu dikuasai oleh orang Melayu, Melayu mesti pertahankan tidak kira siapa kamu memdokong parti mana biru, merah, hijau atau kelabu. Kita mesti dilandasan yang betul andai kita adalah seagama, sebangsa dan senegara! Jangan kira kita di pihak yang mana, sama-sama pertahankan agar negara ini tidak dicerobohi oleh musuh yang sentiasa menunggu peluang untuk merobek-robek negara ini........................MALAYSIA.

Kita nantikan 2013!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

'SELAMAT TAHUN BARU'

Tuesday 18 December 2012

NGA KOR MING BERBOHONG DALAM SIDANG DEWAN



Pembohongan didalam DEWAN SIDANG DUN PERAK. Sekiranya didalam sidang DUN pun beliau boleh berbohong apakah lagi diluar sana, dalam ceramah-ceramahnya. Adakah ini pemimpin yang kita sanjung ? Sepatutnya jangan diberi ruang langsung kepada mereka!!!!!!!!!

Monday 17 December 2012

MELAYU MUDAH LUPA.......

" Rasis dan cauvinis sudah tentu melekat di dahi kepimpinan dan parti DAP itu sehinggalah ke musim pilihanraya umum tidak lama lagi. Tunku Aziz yang mengatakan perlara ini."

 Melayu mudah lupa, hanya dengan sogokan RM100 boleh memperjudikan nasib agama, bangsa dan masa depan negara. Track rekod pemerintahan kepimpinan yang ada sekarang sudah cukup membukti bahawa MALAYSIA berada dilandasan yang betul. Tapi kerana ada kelemahan disana sini pihak-pihak yang tertentu mengambil kesempatan menguar-uarkan seolah-olah perkara tersebut merupakan satu ancaman kepada agama, bangsa dan negara. Nampaknya sejarah tidak dapat mengajar apa erti toleransi, perpaduan dan bertolak ansur diantara kaum. Untuk membina tamaddun manusia di sesuatu negara amatlah sukar tapi untuk meruntuhkannya amatlah senang. Fikir-fikirkanlah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.
Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.
Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

Friday 7 December 2012

PENTINGNYA MENGETAHUI ASALUSULMU...........




Januari 25, 2010

HAIKU ANAK BANGSA

Anak bangsaku
padam bara hatimu
sedingin salju.

Anak bangsaku
siramilah budimu
subur selalu.

Anak bangsaku
terangilah dadamu
iman di kalbu.

Anak pertiwi
hidup biar memberi
amalan diri.

Menerimalah
segala rasa payah
tiada gundah.

Anak bangsaku
yang perlu engkau tahu
usul dirimu.

ZULFAZLAN JUMRAH
Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...