SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Wednesday 9 April 2014

PROTES !!!!!! PROTES !!!!! PROTES !!!!!!

Pada 6 April 2014 hampir 300 orang penduduk Kg. Ara Payung  membantah pelantik Ketua Kampung  yang baru.  Beberapa perkara yang dibangkitkan oleh penduduk kampung diatas penolakan pelantikkan tersebut ialah ketua kampong yang dilantik bukan orang tempatan /penduduk asal kampung tersebut.





Mempunyai rekod yang kurang baik semasa dilantik menjadi pengerusi surau dan pernah dibuang sebagai tenaga pengajar  di Sekolah Agama Rakyat dan pusat pengajian. Beliau tidak tinggal di kampung dan menyewa rumah di Taman Mewah. Selepas pelantikan pada 4 April 2014 beliau tidak pernah turun ke kampung  atau ke surau bertemu dengan penduduk kampung.





Perhimpunan terdiri dari berbagai parti demi memperjuangkan penduduk Kg. Ara Payung.


Monday 7 April 2014

Masihkah ada lagi harapan ?

Kehilangan MH370 masih lagi menjadi misteri. Petunjuk-petunjuk yang dikatakan menjurus kepada MH370 masih lagi tidak dapat menyatakan ketepatan tempat kehilangan pesawat tersebut. Saban hari seluruh penduduk dunia menanti-menanti akan berita penemuan pesawat tersebut.

Masih adakah harapan bagi keluarga dan waris mangsa-mangsa penumpang MH370 menemui mereka semua dalam keadaan hidup ?

misteri mh370 terkinisenarai petunjuk dan teori misteri kehilangan mh370 pesawat mas

Bagaimana pun setiap petunjuk itu turut dinafikan oleh pihak yang terlibat dan sehingga kini belum ada bukti mahupun petunjuk konkrit yang dapat menentukan dimana kedudukan sebenar MH370 sekali gus kehilangan MH370 itu kekal menjadi “misteri"

Marilah kita sama-sama berdoa keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Berharap semua pihak dapat melakukan yang terbaik dalam waktu-waktu sukar ini.

Ataupun ini adalah dugaan dari Allah kepada rakyat Malaysia ?

Kehilangan MH 370 adalah suatu muhasabah ,pengajaran dan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa menegakkan keadilan dan menolak kezaliman serta kemungkaran agar bala bencana
kepada negara dan rakyat dapat dihindari.

Marilah kita bersatu demi keamanan dan kesejahteraan Negara yang kita amat cintai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...