SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday 7 March 2013

Ni Ape Ni Kejap Boleh Kejap Tak Boleh....Boleh Le Bangggg !!!!




KUALA LUMPUR, 7 Mac —- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata operasi kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan boleh diteruskan, sekiranya kilang berkenaan terbukti selamat, lapor akhbar Australia.

Dipetik portal The Age, Anwar yang sebelum ini membantah operasi kilang dari Australia itu dilaporkan berkata Lynas boleh terus beroperasi sekiranya inkuiri awam membuktikan kilang itu mematuhi piawai dan syarat dalam menguruskan nadir bumi berkenaan.

Malah akhbar berkenaan turut melaporkan sekiranya Anwar berkuasa merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013 akan datang, beliau akan menyegerakan inkuiri tersebut, namun sebelum itu, beliau akan menutup operasi kilang tersebut.

“Saya tidak bersedia mengambil risiko dengan keselamatan penduduk di sekitar Kuantan,” katanya, dan menambah beliau juga bukanlah anti pembangunan.

Anwar (gambar) dalam satu temuramah turut berkata beliau “mempunyai sebab untuk percaya” kebimbangan penduduk berhubung isu alam sekitar yang bakal dicetuskan kilang berkenaan berdasarkan lokasinya, dikawasan paya berhampiran sungai, kira-kira tiga kilometer dari Laut Cina Selatan.

Anwar juga turut dilaporkan berkata beliau tidak mempercayai agensi kerajaan meluluskan operasi syarikat tersebut kerana kelahiran bayi yang mengalami kecacatan dan leukimia oleh penduduk berhampiran kilang Mitsubishi di Perak pada 1982, yang telah ditutup.

“Jika Lynas boleh mengemukakan hujah dan bukti kukuh tiada ancaman terhadap keselamatan penduduk, saya yang mula-mula akan menyokong kilang itu beroperasi,” katanya yang juga turut akan memberikan peluang kepada kilang berkenaan untuk memberikan keterangan sebelum sebarang inkuiri dilakukan.

Beliau juga akan mendapatkan keterangan pakar-pakar nadir bumi yang kebiasaannya digunakan dalam industri teknologi seperti iPod, TV paparan rata, kereta hybrid, telefon pintar, dan termasuk juga peluru berpandu.

Jurucakap Lynas, bagaimanapun dipetik akhbar itu berkata, Lynas dikategorikan sebagai selamat, tidak mengandungi toksik, dan tidak merbahaya.

Bercakap berkenaan cadangan inkuiri tersebut, jurucakap Lynas itu berkata kilang itu telah menjalani semakan bebas pelbagai pihak, termasuk Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Kilang Lynas di Kuantan mula menjadi perhatian umum apabila didakwa bakal menyebabkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar dan kawasan perairan kerana didakwa mengandungi radioaktif.

Malah, badan bukan kerajaan seperti Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) turut membantah penubuhan kilang tersebut, yang mana turut beberapa kalimengadakan protes menyuarakan bantahan mereka.

Selain projek pemprosesan nadir bumi ini, Putrajaya turut menerima tekanan dalam pembangunan projek penapisan petroleum bersepadu di Pengerang, Johor, apabila pemimpin pembangkang dan aktivis alam sekitar mendakwa projek berkenaan akan membahayakan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...