SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday, 28 March 2013

NEGERIKU YANG BERKILAUAN






Menteri Besar Perak ialah orang yang bertanggungjawab mentadbir Negeri Perak. Zambry Abdul Kadir disahkan sebagai Menteri Besar setelah keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memberikan status memihak kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada 11 Mei 2009 berjaya ditangguhkan dan kemudian Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diputuskan sebagai menteri besar yang sah setelah mendengar rayuannya[1]

Mengikut Perlembagaan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar mestilah merupakan seseorang daripada Melayu-Bumiputera untuk menjawat-jawatan ini selama 5 tahun. Kecuali atas perkenan Sultan Perak untuk melantik seseorang bukan Melayu-Bumiputera menjawat jawatan ini.
Senarai Menteri Besar

Berikut merupakan senarai Yang Amat Berhormat Menteri Besar Negeri Perak:[2]
NoNamaTempoh perkhidmatanTempoh menjawatParti
1Datuk Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz[3]1948 - 19579 TahunNAP
2Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi[4]1957 - 19603 TahunUMNO
3Datuk Seri Shaari Shafie1960 - 19644 TahunUMNO
4Datuk Seri Ahmad Said1964 - 19706 TahunUMNO
5Datuk Seri Kamaruddin Mohd Isa1970 - 19744 TahunUMNO
6Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi (kali kedua)1974 - 19773 TahunUMNO
7Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh1977 - 19836 TahunUMNO
8Tan Sri Datuk Seri Ramli Ngah Talib1983 - 199916 TahunUMNO
9Datuk Seri Diraja Mohd Tajol Rosli Ghazali1999 - 20089 TahunUMNO
10Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin*2008 - 20092 TahunPAS
11Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir**2009 - kinimasih menjawatUMNO


Nota:
* Kerajaan Perak yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat telah diambil alih oleh Barisan Nasional selepas 3 ADUNnya keluar parti dan menjadi ahli Bebas.
** Zambry Abdul Kadir dilantik oleh Sultan Perak menjadi Menteri Besar namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur[5]
*** Zambry Abdul Kadir kekal de facto menjadi Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi KL[6] dan kemudian disahkan sebagai menteri besar.[1]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...