SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Friday 30 May 2014

MAH MESTI MENANGGGGG... DEMI PENDUDUK TELUK INTAN.



Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

Thursday 29 May 2014

Kemasyuran DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Sultan Perak Yang Ke 35.



Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atau Raja Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956  merupakan  DYMM Sultan Perak Yang Ke 35. Baginda merupakan putera sulung Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai. Baginda sering memberi ucapan dan pandangan di seminar-seminar yang dianjurkan peringkat Nasional atau luar negara.

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah

PRK TELUK INTAN JANGAN KAU MUSNAH IKATAN KASIH YANG TELAH DIPUPUK SEKIAN LAMANYA



Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.








UMNO DAN DAP JAUH BEZANYA .........#PRKTELUKINTAN#JOMPILIHMAH..



P076 PRK TELUK INTAN – Belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini sesi bergambar atau istilah baru ‘berselfie’ dengan calon diadakan sebagai satu cara untuk memancing pengundi .

Tetapi Admin pm pelik melihat gelagat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang perasan cantik ni dengan mencetuskan tanda tanya pada kita semua apabila dia mengadakan sesi tersebut di Dataran Teluk Intan Menara Condong dengan dihadiri lebih 500 anak muda untuk bergambar dengannya dan untuk menambahkan kebebalan mereka ni perkara sebegini menjadi ikutan bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar


Hanya kerana Dyana Sofya kononya cantik menjadi gelombang baru yang digunakan oleh DAP untuk menyuburkan dan mengukuhkan pegangan mereka terhadap Malaysian Malaysia, konsep yang sama sekali menolak, menafikan dan sangat perkauman terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam, maka dia menjadi sanjungan.

Sedangkan sepanjang berkempen untuk tempoh beberapa minggu ini, Dyana Sofya lebih banyak bertumpu kepada masyarakat Cina di kawasan bandar, bercakap bagi pihak Cina-Cina kaya dan orang berkepentingan, menampilkan diri sebagai ikon untuk memujuk golongan muda agar memilih hiburan dan keseronokan serta terang terangan menolak hudud jika di bentangkan di parlimen nanti. 

Paling menarik perhatian umat islam pada Dyana ini apabila Dyana Sofya sanggup menjadi orang yang bermuka-muka, dari tidak bertudung kepada berselendang dan bertudung apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu atau berucap di atas pentas PAS, menjadi tersangat liberal sehinggakan boleh berkempen di dalam kedai menjual daging babi

Adakah pentaksub Politik pakatan pembangkang sudah semakin meninggalkan kepentingan agama sehinggakan mereka mudah terpedaya untuk berfikir dalam membuat pertimbangan sewajarnya untuk menilai siapa Dyana ini dan bagi admin pm di hanyalah sebagai talibarut bangsanya sendiri sahaja jadi gunakanlah akal secantik minda nescaya cahaya kebenaran terserlah jua
MELAYU MUDAH LUPA !!!!!

Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.



Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz

Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Aliturut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994

Pendidikan 

Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
Kerjaya
 
Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
Al-Fatihah.

KENAPA PERLU SAKIT HATI....TERBUKTI DI PRK TELUK INTAN.



Malaysia merupakan  salah satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana perbezaan identiti ,pengenalan kaum dan kerencaman budaya tidak menjadi penghalang kepada rakyatnya untuk bersifat pluralistik hidup didalam keadaan yang amat damai dan setiap orang boleh bekerja dan menjalani kehidupan tanpa menghadapi sebarang gangguan dari mana mana pihak.
Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera   harus dihapuskan tidak timbul lagi. perkaran yang penting lagi ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui.
Hak golongan bukan bumiputera dijamin dan dipelihara oleh perlembagaan. Sebarang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan  tidak sepatutnya bercanggah  dengan peruntukkan  yang terkandung didalam perlembagaan.
Oleh sebab itu, tiadak ada sebab kenapa perkara ini perlu dijadikan isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Jadi isu hak keistimewaan  orang Melayu ini tidak harus dipolitikkan ataupun dijadikan sebagi isu politik oleh mana mana pihak.Persoalan yang penting ialah mengwujudkan persefahaman dan sikap saling  hormat menghormati diantara satu dengan yang lain dengan memastikan hak setiap pihak dipelihara dan perhatian yang sewajarnya.
Barangkali itu lah seharusnya dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah dengan pihak tertentu dan membiarkan diri mereka hilang rasional kerana dikuasai oleh emosi.
Sekian lama ianya terpelihara selama 57 tahun, hidup dalam keharmonian dan perpaduan . Kenapa bibit bibit kebencian kepada kepimpinan BN ditabur dan difitnah terhadap pengundi pengundi di PRK P076 Teluk Intan. Kali ini DAP meletakkan calon Melayu sebagai percubaan untuk menarik orang melayu yang mula tertarik kepada janji janji manis dan kata kata kebencian. Adakah track sokongan orang cina kepada calon Melayu akan berjaya dalam parti DAP ? 

DILUAR CANTIK DALAMNYA BUSUK MERONGGE.....






Di manakah suara-suara kepimpinan DAP Teluk Intan dan juga DAP negeri Perak?

Lebih perit lagi apabila Lim Kit Siang melantik kroni beliau sebagai calon PRK.Mustahil tidak ada kepimpinan DAP yang melompat marah dan mempertikaikan keputusan itu.

Kita tunggu dan lihat, sama ada benar wujud sabotaj dengan tidak keluar mengundi atau pun mengundi pihak lawan oleh penyokong DAP tempatan.

Dan sebenarnya, segala pembohongan calon 'hingusan' parti DAP itu sudah memudahkan pengundi-pengundi Teluk Intan untuk tidak mengundi calon tersebut.KILIK SINI

Thursday 22 May 2014

DIMANA SILAPNYA ADAKAH SALAH UMNO.....



Kedua-duanya membesar di dalam persekitaran melayu moden dan mendapat pendidikan serupa di sekolah bantuan penuh kerajaan. Mereka juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Dyana diberi Peluang melanjutkan pelajaran di Universiti yang memperjuangkan nasib Orang Melayu iaitu Universiti Teknologi Mara. Dyana melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang dan kini menjadi seorang Peguam sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan yang ketara. Kedua-duanya merupakan Pegawai Khas kepada Pemimpin Parti Politik. Hazimi merupakan pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor manakala Dyana merupakan Setiausaha Politik Kepada Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Merupakan Penasihat Parti DAP. Keakraban mereka semasa kecil dan juga perjalanan hidup mereka tidak menjanjikan siapa mereka pada hari ini.

Dyana merupakan calon kepada Parti DAP untuk Pilihanraya Kecil P076 Parlimen Teluk Intan menentang Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional. Diusia yang masih muda, peluang ini mungkin tidak akan ditolak oleh Dyana tetapi andai pengalaman diambil kira, pastinya ianya merupakan tugas berat kepada Beliau. Ideologi yang dibawa oleh Dyana sama sekali tidak sama dengan sepupunya dimana Dyana lebih membawa Ideologi Parti DAP yang mana dikenali dengan Ideologi Komunis. Menuntut kesamarataan untuk semua merupakan agenda penting Parti DAP sekaligus menafikan Hak bumiputera seperti terkandung di dalam kontrak sosial semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Hakikat yang perlu diketahui tentang tujuan utama Parti DAP di dalam politik Malaysia ialah untuk menafikan hak milik Bumiputera iaitu Bangsa Melayu yang terkandung di dalam Perlembagaan dan juga Hak Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Akibat daripada prinsip keterbukaan yang diamalkan, maka sesorang mungkin mudah melupakan perjuangan nenek moyangnya untuk memastikan generasi muda hidup dalam keadaan harmoni, tenteram dan juga mampu bersaing dengn bangsa lain. Perbezaan ketara diantara dua individu ini dimana Hazimi lebih mengerti keperitan pejuang terdahulu dalam memastikan kehidupan mereka dan keturunan mereka terbela di tanah air sendiri. Tidak seperti Dyana yang seakan kacang lupakan kulit kerana setelah berjaya mencapai cita-citanya, beliau sudah tidak mahu memperdulikan nasib bangsanya.


Adakah salah ibu mengandung...........


Monday 19 May 2014

"Saya hanya menyokong anak saya bukannya parti DAP"




"Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat. Saya dah kena,dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,"
Tunku Aziz juga turut mendedahkan perkara yang memang diketahui ramai iaitu Kit Siang menjadikan parti itu sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam pentadbiran parti itu.

Ini adalah pendedahan yang dilakukan oleh Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz, ini juga tidak mendatangkan kesan kepada penyokong penyokong orang Melayu Islam yang merasakan DAP relevan untuk memperjuangkan kesamarataan dan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh DAP.

Perancangan dan strategi yang cukup terancang untuk menarik orang-orang melayu bagi menyokong calon DAP.

Ini bukan soal strategi, ini bukan soal siapa calon, ianya soal ideologi. Ideologi Kominis tetap kita tidak boleh menerimanya.

Yang penting agenda mereka berjalan dan meleburkan ketuanan bangsa asal di sesebuah negara. Komunis berjalan sebegitu rupa, membawa ideologi ' SAMA RATA SAMA RASA.

Klu dikatakan tidak menyokong DAP bagaimana ?

Anaknya mewakili Parti DAP dan menyokong kepada ideologi DAP... 
Dengan mengaku menyokong dengan penuh bangga dan merestui anaknya menjadi calon DAP bermakna ......orang bodoh pun pandai menjawabnya....HIPOKRIT.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...