SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Saturday, 9 March 2013

KERANA KUASA AGAMA DAN BANGSA DIKETEPIKAN



MARANG 9 Mac -Jalan keluar bagi mengatasi masalah perpecahan yang kian ketara di kalangan orang Melayu sehingga begitu melemahkan mereka kini hanyalah dengan menghukum Pas melalui kekalahan teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, parti itu yang jelas mengetepikan kepentingan bangsa dan tuntutan agama kerana keghairahan untuk berkuasa menjadi halangan terbesar ke arah perpaduan.

"Adilkah dengan sewanang-wengannya tiga juta orang Melayu (UMNO) dikafirkan sedangkan mereka beragama Islam. Selagi dia ada (Pas), selama itu kita akan terus berpecah, semakin lemah dan mengemis (untuk berkuasa),'" ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika menjawab satu soalan dalam sesi program Amanat Negarawan Kepada Rakyat di Dewan Majlis Daerah di sini hari ini.

Kepada satu soalan lain, Dr. Mahathir berkata, sekiranya orang Melayu membuat pertimbangan yang silap dengan membenarkan pakatan pembangkang berkuasa, mereka akan menjadi mangsa kerana salah satu langkah pertama yang kemungkinan besar diambil adalah menghapuskan dasar ekonomi baru.

Katanya, inilah dasar yang selama ini dianggap memberi keuntungan kepada orang Melayu dan kedudukan mereka juga atas nama bangsa kemungkinan akan turut terhapus tanpa sebarang keistimewaan lagi. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...