SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday 24 June 2014

INSTITUSI RAJA PERLEMBAGAAN DI HINA....

MELAMPAU ! DYMM AGUNG & KESULTANAN DIHINA...
Portal pro-pembangkang, Malaysian Insider sangat melampau. Bukan sahaja mereka menghina keputusan Mahkamah tentang kes kalimah Allah dan The Herald tetapi jauh lebih jijik daripada itu?

Mereka seperti menghina dan memperlekeh-lekehkan institusi raja perlembagaan negara ini.

Di antara kenyataan Malaysian Insider yang ditulis di dalam bahasa Inggeris tetapi tidak disiarkan dalam bahasa Malaysia :

" Today, it is the use of the word Allah. Tomorrow it will be something else. The food that you can consume. The books you can read. The places where churches and temples can be built. The clothes you can wear".

       Kenyataan di atas adalah berniat jahat untuk menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat. Selain daripada itu :
" So now that the courts have failed to protect the religious rights of Sabahans and Sarawakians, it is time for the Christians in East Malaysia to stand up and be counted.
The courts can't help. The royalty is consumed by their own affairs. The government of the day is bent on dividing the country further more..."

Bagaimana pula dengan hak penganut Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini?

Dan bukankah ayat 'The courts can't help' dan beberapa lagi kenyataan sedap mulut portal pro-pembangkang itu merupakan satu penghinaan terhadap sistem perundangan dan mahkamah negara ini?

Bagaimana pula dengan ayat 'The royalty is consumed by their own affairs'?
1. Apakah ianya bermaksud kesultanan dan DYMM Agung hanya sibuk dengan hal ehwal diri masing-masing?
2. Apakah ianya juga bermakna kesultanan dan DYMM Agung tidak mempedulikan isu rakyat ?
Malaysian Insider.... you are too much ! Minta maaf dan tarik balik artikel tersebut dengan segera.

Sudah secara jelas dalam perlembagaan ada perkataan tertentu yang tidak boleh digunapakai oleh penganut bukan Islam termasuk perkataan Allah.

Berdasarkan perkara tersebut dalam Perlembagaan, siapa yang memulakan isu ini. Kerajaan? Penganut Islam? Penganut Kristian? Ahli Politik? Atau penulis Bible tersebut?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...