SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday, 18 December 2014

TAHUKAH ANDA ?

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya yg diharamkan.

Tahukah korang semuan apa kaitan Chin Peng ni dgn Ngeh Koo Ham?

Chin Peng adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak tu.

Tahukah korang semua apa pertalian antara Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming?

Mereka adalah sepupu yg tentunya berkongsi bapa saudara yg sama, si Chin Peng tu.

Dan tahukah anda apa hubungan Nizar Jamaludin, bekas MB Perak tu?

Ibu Nizar Jamaludin adalah ibu saudara kepada Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming

Ini bermakna Nizar Jamaludin, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming adalah sepupu

Manakala ibu Nizar juga adalah sepupu kepada Chin Peng!!!!!

Apa pula kaitan mereka dgn Mat Sabu yg menganggap pengganas komunis tu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenarnya?

Dan apakah alasan Mat Sabu dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Pihak Bekalan Air Pulau Pinang dgn elaun sebanyak RM15,000 sebulan?

Jawapanya tidak lain dan tidak bukan adalah Mat Sabu diumpan wang ringgit oleh DAP utk menjadi ayam jantan berkokok utk cuba membersihkan imej ganas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya di mata rakyat Malaysia dgn cuba mewujudkan gambaran bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan negara yg sebenarnya, bagi tujuan membawa balik Chin Peng dan bekas anggota PKM pulang ke Malaysia tanpa tentangan rakyat.
Bukalah mata wahai orang-orang Melayu PR, terutamanya PAS bagaimana pemimpin korang digunakan oleh cina DAP bagi menjayakan agenda mereka.

Wednesday, 26 November 2014

NASIHAT TUN MAHATHIR KPD PERWAKILAN DAN PEMBAHAS PAU

1.Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong UMNO kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir Insya’allah! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2.Sebagai orang tua, dan orang tua UMNO pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3.Semua tahu UMNO sekarang tidak popular seperti UMNO dahulu. Ada yang berkata UMNO tidak lagi relevan.

4.Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika UMNO dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli UMNO tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5.Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli UMNO?

6.Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7.UMNO hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8.Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9.Oleh itu yang dapat masuk UMNO hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10.Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11.Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan UMNO untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk UMNO. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12.Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam UMNO. “UMNO saya punya.” “ Bahagian ini saya punya.”

13.Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa UMNO menyertai parti lain. Maka akan merosotlah UMNO dan akan hilanglah parti keramat ini.

14.Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15.Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16.Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputra dan UMNO. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17.Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18.Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19.Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

Dr Mahathir Bin Mohamed

Sunday, 16 November 2014

SAMUN JANGAN TAK SAMUN RUGI....

PM kita bercakap termasuk baru kejap tadi dalam Buletin TV3... betapa dia menegaskan berkali-kali sebelum dan sebentar tadi.. PENTING NYA MEDIA SOSIAL... Yang disebalik ketegasan dan harapan PM kita rasanya korang pun tahu.

Mungkin itu harapan PM kita serta penghargaan buat usaha kita dan jasa meneuteralkan serangan dan isu mainan pembangkang...  berita GUMBIRA diterima bila sebaik apa yg Najib katakan secara jujur... tapi PENYAMUN dah tentulah suka giller... perghhh rezeki lagi.. samun jangan tak samun... Alaaa setakat bloggers cabuk bukan boleh buat apa pun. Lama mana sangat nak kecoh. Lagi pun pegi mampuslah korang. Yg penting boleh samun dan samun...

Apa pun aku tetap sokong dan berbangga dengan DS Najib dan berterima kasih kerana penghargaan kepada pejuang maya sekali pun rasanya tak harap lah kesudahan seperti diharapkan. Hehehe penyamun dah boleh lah carik katalog atau pemplet keta atau banglo baru.. Kita tunggu ler nanti berapa kerat yg terbela... rasanya banyak yg bungkus dan tumpor belake....

Monday, 13 October 2014

KLU TIDO DENGAR PEMBENTANGAN BELANJAWAN 2015 INILAH JADINYA....

" PERMATA yang dapat bajet RM 711juta dalam pembentangan Bajet 2015."

Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri adalah satu jabatan kerajaan yang diwujudkan melalui Keputusan Jemaah Menteri bertarikh 21 Jun 2006. Bahagian PERMATA bertanggungjawab menyelia dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak. 

Perjawatan pendidik dalam W.P Bil A 161/2014 adalah 468. Pengisian terkini pendidik adalah 457 jawatan pendidik dan 20 jawatan lain. Oleh yang demikian sebagai sebuah jabatan kerajaan Bahagian ini tidak perlu mendaftar pertubuhan melalui ROS. Bahagian ini telah diaudit pengurusan kewangan oleh pihak Bahagian Ketua Audit Negara Cawangan JPM pada tahun 2010 dan 2012 dan audit seterusnya adalah pada tahun 2015.

Sunday, 12 October 2014

TANYA UMNO, SIAPA DIA ?

Salahkah kerana dia seorang MELAYU ?
Salahkah kerana dia seorang ISLAM ?
Salahkah kerana dia seorang UMNO ?
Salahkah kerana dia bumiputera berjaya dalam perniagaan ?
Salahkah kerana dia digelar seorang jutawan ?
Apa masalah koooo...

Wednesday, 8 October 2014

KERANA 20 SEN, RAKYAT JATUH MISKIN

Kira-kira seramai 70 orang berkumpul hari ini dihadapan bangunan Parlimen sebagai tanda protes diatas penarikan semula subsidi terhadap petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen.

Demonstrasi protes itu disertai antaranya Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.

Peserta himpunan berarak sehingga ke pagar masuk utama bangunan Parlimen sambil membawa plakad dan poster mendakwa ditindas ekoran kenaikan harga minyak.

Turut kelihatan beberapa orang kanak-kanak turut sama menyertai himpunan tersebut.

Thursday, 2 October 2014

WALAUPUN PAHIT, PENURUNAN SUBSIDI

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg kurang sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklum di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja ialah rm24.8 billion & tahun ini sekitar rm21-22 billion. Purata rm2b sebulan!! Ini kerana ketika minyak tinggi harganya, subsidi seliter adalah juga tinggi antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik subsidi 20 sen, maka RON95 berharga 2.30 seliter & diesel 2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah 2.58 seliter, tapi harga Msia 2.30. Bermakna Kjaan masih beri 28 sen seliter subsidi. Utk diesel pula harga terkini sebenar 2.52. Harga Msia 2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir rm2 ribu juta sebulan dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". Rm2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga rm1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 universiti sebulan dgn harga rm500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dibuat sbb kita beri subsidi utk RON95 & diesel.

5. Siapakah penerima terbesar subsidi rm2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka miliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak kini, subsidi minyak cuma rm2 billion sebulan yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil, subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga utk pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

Wednesday, 1 October 2014

SIAPA SBENARNYA YANG RACIS ?





Adakah bercakap tentang hak bangsa sendiri sepertimana termaktub dalam perlembagaan menjadikan ianya rasis ?

Ambiga merupakan rasis yang sebenar.

Cuba menghasut rakyat menjadi tidak patriotik serta tidak pedulikan tentang perpaduan nasional dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Tuesday, 30 September 2014

PRKPENGKALANKUBOR

PRKPENGKALANKUBOR......Pada 25 September 2014 sekali lagi BN memenangi kerusi N 01 DUN Pengkalan Kubor dengan selesa. Walaupun semua jentera UMNO seluruh negara turun berkampong ke kawasan Pengkalan Kubor untuk berkempen memastikan DUN tersebut kekal di tangan BN. Tetapi ade sesetengah pihak mengatakan orang Kelantan memang pandai berpoliitik. Sahaja diberi kemenangan kepada BN  kerana ia tidak dapat mengubah struktur kerajaan negeri. Tetapi mereka mengharapkan pembangunan dapat terus disalurkan ke DUN Pengkalan Kubor yang selama ini mereka kecapi. Tambahan apabila berlakunya PRK banyaklah janji-janji pembangunan yang diberi oleh menteri-menteri yang turun berkempen. Bila janji diberi mestilah ditepati......jadi siapalah yg untung ?

Monday, 11 August 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA.........





Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan, dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China. Pendek kata, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu. Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol.

Dari bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang kita ada hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan kita semua patut berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi ini. Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya. Bidang pertanian dan komoditi utama juga berkembang dengan pesat selain bidang perlancongan serta perdagangan antarabangsa negara yang juga turut meningkat. Apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ia sudah pasti turut memberi impak sosial yang baik.

Tidak kira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan. Ini kerana, dengan hanya melalui perpaduan sahajalah seperti semangat 1Malaysia sahaja yang membolehkan negara menjadi semakin baik di masa akan datang. Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama merempuh segala dugaan dan cabaran bersama sejak 57 tahun lalu. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya dari pelbagai etnik untuk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlit negara di Sukan Komenwealth dan meraikan kejayaan negara seperti mana yang kita boleh lihat di negara ini.

Janganlah di musnahkan oleh si kitol dizaman moden kerana kepentingan peribadi. WALLAHUA'LAM....

Wednesday, 6 August 2014

PEREBUTAN KUASA

Krisis politik di Selangor yang melibatkan perebutan kuasa dalam PKR mendedahkan betapa buruknya amalan politik dalam parti itu dan malang sekali Abdul Khalid menjadi 'mangsanya'.

Apa pun, sama-samalah kita nanti kesudahan perebutan kuasa politik PKR di Selangor, sama ada Abdul Khalid mempunyai ketahanan diri atau mengundur diri, yang pasti rakyat Selangor tidak berhak menyaksikan negeri itu ditadbir oleh mereka yang tiada kredibiliti

Kesimpulan perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah "belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB kerana jawatan itu cukup powerful dan berprestaj.

Monday, 14 July 2014

NUZUL ALQURAN


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Saturday, 5 July 2014

HARI MAHSYAR

Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar.

Para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane?

Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.

Lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita?

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

Rujuk surah yasin ayat 52-54.

Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluq pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.

Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.

Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.

Jawab nabi adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.
Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh,musa,isa, dan ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada nabi muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah mintak kat Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je, dek padatnya manusia pada hari tu.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
Sebelum hisab bermula, kitab3 amalan kite akan turun dari arash. Mase tu tahulah kite tangan mane yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kite, masih tak menjamin kite ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah mule hisab, Allah suruh kite bace semua amalan yang tercatat dalam buku kite disaksikan semua manusia. Tidak ade satu pun tertinggal. lepas habis bace Allah akan tanye kite 3 soalan.  
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                2)Tidak ingat                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 3)Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kite melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kite ke syurga, tetapi final check Allah buat.

Allah tanye kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc. jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kite tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.          Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kite kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannye kat akhirat nanti.          Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kite sebab pada hari tu amanah dan kejujuran Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jgk simply boleh masuk dengan baik sorang2.. so jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nt. Amin..                                                                                                                                    

Sunday, 29 June 2014

MENCARI KEREDHAAN MU ALLAH...

FADHILAT SOLAT TERAWIH

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 – Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 – Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 – Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama Al-Kauthar.”

Semoga amalan kita dalam bulan ini diterima-Nya..Amin

Tuesday, 24 June 2014

INSTITUSI RAJA PERLEMBAGAAN DI HINA....

MELAMPAU ! DYMM AGUNG & KESULTANAN DIHINA...
Portal pro-pembangkang, Malaysian Insider sangat melampau. Bukan sahaja mereka menghina keputusan Mahkamah tentang kes kalimah Allah dan The Herald tetapi jauh lebih jijik daripada itu?

Mereka seperti menghina dan memperlekeh-lekehkan institusi raja perlembagaan negara ini.

Di antara kenyataan Malaysian Insider yang ditulis di dalam bahasa Inggeris tetapi tidak disiarkan dalam bahasa Malaysia :

" Today, it is the use of the word Allah. Tomorrow it will be something else. The food that you can consume. The books you can read. The places where churches and temples can be built. The clothes you can wear".

       Kenyataan di atas adalah berniat jahat untuk menimbulkan persepsi buruk kepada rakyat. Selain daripada itu :
" So now that the courts have failed to protect the religious rights of Sabahans and Sarawakians, it is time for the Christians in East Malaysia to stand up and be counted.
The courts can't help. The royalty is consumed by their own affairs. The government of the day is bent on dividing the country further more..."

Bagaimana pula dengan hak penganut Islam yang merupakan golongan majoriti di negara ini?

Dan bukankah ayat 'The courts can't help' dan beberapa lagi kenyataan sedap mulut portal pro-pembangkang itu merupakan satu penghinaan terhadap sistem perundangan dan mahkamah negara ini?

Bagaimana pula dengan ayat 'The royalty is consumed by their own affairs'?
1. Apakah ianya bermaksud kesultanan dan DYMM Agung hanya sibuk dengan hal ehwal diri masing-masing?
2. Apakah ianya juga bermakna kesultanan dan DYMM Agung tidak mempedulikan isu rakyat ?
Malaysian Insider.... you are too much ! Minta maaf dan tarik balik artikel tersebut dengan segera.

Sudah secara jelas dalam perlembagaan ada perkataan tertentu yang tidak boleh digunapakai oleh penganut bukan Islam termasuk perkataan Allah.

Berdasarkan perkara tersebut dalam Perlembagaan, siapa yang memulakan isu ini. Kerajaan? Penganut Islam? Penganut Kristian? Ahli Politik? Atau penulis Bible tersebut?

Monday, 23 June 2014

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB.



Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di Masjid. Baca al Quran. Umur 70an.

Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan rm35 juta.

Pendapatan pasif kutip sewa rm70k sebulan. Belanja rm20k. rm50k sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.



Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15.

Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

2. Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

3. Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

4. Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

"Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.

Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

5. Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.

6. Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Mkan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka.

7. Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan untuk kerja esok hari.

8. Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri. Tenung mata dan baca "ayat ayat pengasih". Hehehe.

9. Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kiat maafkan semua orang.

10. Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna. Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

*Catatan ini tulisan Dato' Roslan Ab Hamid.

Friday, 20 June 2014

Malaysia negara Islam atau sekular terus dicanang oleh parti rasis DAP.

Di bawah adalah jawapan bertulis DS Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada isu fundamental ini seperti yang dilaporkan oleh Bernama :

Malaysia bukan merupakan sebuah negara sekular berdasarkan :

1. Fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
2. Perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan.
3. Kedudukan ini juga dizahirkan dengan adanya peruntukan lain seperti dalam Fasal (4) Perkara 11 berkenaan dengan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan penganut agama Islam oleh undang-undang Negeri dan Persekutuan.
4. Dalam Fasal (2) Perkara 12 tentang hak berkenaan dengan pendidikan, di mana sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan, menyenggarakan, membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau membantu untuk mengadakan ajaran dalam agama Islam serta melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu.
5. Dalam Fasal (1A) perkara 121 juga menyebut bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
6. Dalam butiran 1 senarai negeri jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan antaranya termasuk hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam dan mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan orang yang menganut agama Islam serta ikrar Yang di-Pertuan Agong dalam jadual keempat untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.

Monday, 16 June 2014

PROGRAM PENERANGAN DAN BENGKEL KEIBUBAPAAN KEMAS IPOH TIMOR

Majlis Penerangan dan Bengkel Keibubapaan Kemas Ipoh Timor  yang  telah diadakan pada 26 April 2016  bertempat di Dewan Komuniti Kg. Cempaka Sari, Parlimen Ipoh Timor. Tujuan program ini di adakan bagi menerangkan dan mewar warkan kepada ibu bapa dan masyarakat pengisian dan aktiviti yang diadakan dalam unit Pra-Sekolah Kemas Malaysia.  Demontrasi masakan menu sihat untuk kanak-kanak Tabika seluruh Kemas Malaysia telah diadakan.  Program telah dirasmikan oleh En. Mohd Syukri bin Ibrahim , Penolong Pengarah Latihan dan Koparat  Kemas Negeri Perak mewakili Pengarah Kemas Perak. Beberapa pengisian telah diadakan seperti Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun hingga 5 tahun dan Pertandingan Membuat Sandwich.








Friday, 13 June 2014

KHIANAT




Khianat adalah sifat jelek yang terdapat dalam diri manusia. Khianat artinya bahwa seseorang yang menyeru kepada kebaikan tapi dia sendiri tidak melakukan kebaikan itu sendiri. Itulah salah satu ciri-ciri orang yang khianat. Sedangkan para pelaku khianat adalah pengkhianat. Dan kelak di akhirat para pengkhianat tersebut akan mendapatkan azab yang sangat pedih.

Dalam kitab tersebut dijelaskan bahwa siksa Allah SWT akan sangat berat kepada orang-orang yang banyak menganjurkan pada kebaikan dan mencegah kemungkaran, akan tetapi ia sendiri justru lalai untuk mengerjakan kebaikan itu sebagaimana yang dianjurkannya kepada orang lain.

Mereka yang berkhianat atas ucapannya sendiri itu kelak di neraka akan disiksa. Tubuh mereka akan dilempar dengan sangat keras sehingga ususnya keluar dan mereka kekal dengan berputar-putar di neraka.

Apa lagi yang meroyannya Ngeh ni.



KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang wakil rakyat DAP hari ini mencetuskan kontroversi apabila meminta umat Islam di negara ini menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) berkata, perkara itu berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

"Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

"Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka, yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Sementara itu, Khoo Ham yang juga Pengerusi DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

"Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, Khoo Ham turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

"Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju tindakan undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini," katanya.

Kenapa CinaPIG ini berani bercakap begini ? 

Kerana orang Melayu Islam juga yang  memberi muka kepada mereka untuk selenang lenang mempermain dan memperlekehkan ayat ayat al-quran tanpa ade sekatan dan bantahan ....ini lah yang terjadi. Mereka cukup berani mempertikaikan perlembagaan persekutuan belum lagi memerintah negara..klu mereka yg memerintah, habis ......semoga Allah melindungi negara ini dari malapetaka yang dasyat untuk umat Islam semua....Amin.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20140612/pa_05/Koo-Ham-mahu-umat-Islam-hormati-murtad#ixzz34U4mzZOy 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Wednesday, 4 June 2014

U'R CAR A SILENCE KILLER

Please circulate...

To every car user, Now this is a very interesting & a MUST READ article, as it's for HEALTH !...

Every car's manual says to roll down the windows to let out all the hot air before turning on the A/C. ...but WHY ?

No wonder more folks are dying from cancer than ever before. We wonder where this stuff comes from, but here is an example that explains a lot of the cancer-causing incidents.

Many people are in their cars the first thing in the morning, and the last thing at night, 7 days a week.

Please do NOT turn on the A/Cond as soon as you enter the car.

Pls open the windows right after you enter your car and then after a couple of minutes, turn ON the AC .

Here's why: According to research, the car's dashboard, seats, a/c ducts, in fact ALL of the plastic objects in your vehicle, emit Benzene,
a Cancer causing toxin. A BIG CARCINOGEN. Take the time to observe the smell of heated plastic in your car when you open it, and BEFORE you start it up.

In addition to causing cancer, Benzene poisons your bones, causes anaemia and reduces white blood cells. Prolonged exposure can
cause Leukemia and increases the risk of some cancers. It can also cause miscarriages in pregnant women.

The "acceptable" Benzene level indoors is: 50mg per sq.ft.

A car parked indoors, with windows closed, will contain 400-800 mg of Benzene - 8 times the acceptable level.

If parked outdoors in the sun, at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level.

People who get into the car, keeping the windows closed, will eventually INHALE excessive amounts of the BENZENE toxin.

Benzene is a toxin that affects your kidneys and liver. What's worse, it is extremely difficult for your body to expel this toxic stuff.

So friends, please open the windows and doors of your car - give it some time for the interior to air out (dispel the deadly stuff) before you enter the vehicle.

Thought: 'When someone shares something of value with you and you benefit from it, you have a moral obligation to share it with others'...tq
It sounds true. Remember the smell of it.

Monday, 2 June 2014

BENAR ATAU SATU TOMAHAN ?

Yammy Samat,berani jawab tak?

Yammy samat bekas SU Wanita Bahagian.
Pernah mendapat beberapa kekayaan :
1. 6 permit taxi di Ipoh
2. 1,500 ekar kompartment balak-HS Kroh. 3. rumah kedai 1 unit (3 tingkat) di Pusing, Ipoh
4. rumah Semi-D di Gopeng.
5. Pinjaman MARA sebanyak RM750,000
6. AP beras Siam
7. Pajakan 100 ekar tanah lombong besi di Kinta
8. Kos pelajaran 3 org anak2 dari 7 tahun hingga ke IPTA ditanggung oleh Yayasan MB Perak
9. Dapat kemudahan pembelian sebuah kilang di Taman Industri Sri Iskandar

ANAK2 :

1. Tak pernah membayar sebarang yuran pelajaran
2. Dapat biasiswa kecil kerajaan Negeri Perak (Form 1 - Form 5)
3. Dapat tajaan biasiswa khas kerajaan Negeri Perak bg pelajar IPTA (nilai-setahun RM24,000.00)
4. Dapat bantuan khas pelajar cemerlang - anak2 negeri Perak (setahun RM12,000.00)

Kesemua kos pelajaran di UITM percuma ... kerana dia anak kpd seorang pejuang Wanita UMNO di negeri Perak

2013 - dia (anak/ Dyna) umumkan kpd media apa yg dia dapat, selama ini adalah ... (biasiswa & lain2) ...
Tapi apa balasannya kepada kerajaan yg ada....
1. sesuatu yg tidak adil
2. kerajaan BN zalim kerana cina tidak dapat apa yg dia dapat
3. kerajaan BN tidak bertimbang rasa kerana menutup pintu UiTM kpd cina
4. dia bersumpah akan perjuangkan hak asasi kaum cina bg mendapat pelajaran, hak seperti Melayu & peluang ke UiTM via parti DAP
5. dia bersumpah akan berjuang selama2nya hancurkan UMNO, sebuah parti rasis

Andainya engkau seorang melayu duduk didalam negeri atau negara yg diperintah oleh cina...adakah semua keistimewaan itu akan engkau dapat...lihatlah engkau berbangsa melayu mewakili parti cina..org cina pun x nk mengundi engko
Siapa yang sabenarnya rasis !!!!!!.

Sunday, 1 June 2014

DAP MENANG DI TELUK INTAN

DAP MENANG DI TELUK INTAN

Dalam pilihanraya kecil di Teluk Intan, pemenangnya ialah DAP.

Pertama, DAP menang dalam persaingannya dengan PAS. Ia berjaya meletakkan lawannya dalam PR dalam keadaan tersepit dan tercalar imej. PAS hilang kredibiliti sebagai sebuah parti berprinsip dan bermaruah apabila ia cuba mempertahankan calon DAP yang tidak bertudung dan dikatakan menolak hudud.

Kedua, DAP menang dalam usaha menjadikan Barisan Nasional kelihatan tidak mampu melakukan transformasi dan gagal meletakkan calon muda (walaupun hakikatnya, Lim Kit Siang adalah dinasour!).

Ketiga, DAP menang kerana berjaya meletakkan dua orang Cina dalam kabinet, apabila PM mengumumkan ahli parlimen Teluk Intan sebagai seorang lagi menteri, bersama MCA. Walaupun bilangan ahli parlimen Cina sedikit, namun secara proporsi ia mempunyai perwakilan yang tinggi dalam kabinet.

Keempat, DAP menang kerana berjaya menunjukkan bahawa ia tidak rasis dengan memberikan peluang kepada calon Melayu, malangnya calon Melayu itu tidak mempunyai kredibiliti (bukan salah DAP, tetapi salah Melayu!) Dia bukan peguam seperti Ramkarpal Singh Deo. Dia juga tidak sedar asal usul apabila mencerca UITM yang memberikannya ilmu. Selain rupa, calon Melayu DAP tidak ada apa-apa yang boleh ditawarkan.

Kelima, DAP berjaya menunjukkan kepada rakyat Sarawak yang akan menghadapi pilihanraya dua tahun lagi bahawa ia adalah sebuah parti yang progresif dan multi-racial. Ramai orang, termasuklah dalam Barisan Nasional, yang tertarik dan "geli-geli" dengan imej muda yang ditampilkan oleh DAP di Teluk Intan, terutama pada peringkat awal kempen. Tak mustahil itu jugalah yang akan dirasai oleh pengundi pilihanraya negeri di Sarawak dua tahun lagi!

Friday, 30 May 2014

MAH MESTI MENANGGGGG... DEMI PENDUDUK TELUK INTAN.



Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu sdengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

Thursday, 29 May 2014

Kemasyuran DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Sultan Perak Yang Ke 35.



Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atau Raja Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956  merupakan  DYMM Sultan Perak Yang Ke 35. Baginda merupakan putera sulung Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai. Baginda sering memberi ucapan dan pandangan di seminar-seminar yang dianjurkan peringkat Nasional atau luar negara.

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah

PRK TELUK INTAN JANGAN KAU MUSNAH IKATAN KASIH YANG TELAH DIPUPUK SEKIAN LAMANYA



Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India.

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.

Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa, Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N. Arseculeratne,1991:10).

keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.








UMNO DAN DAP JAUH BEZANYA .........#PRKTELUKINTAN#JOMPILIHMAH..



P076 PRK TELUK INTAN – Belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini sesi bergambar atau istilah baru ‘berselfie’ dengan calon diadakan sebagai satu cara untuk memancing pengundi .

Tetapi Admin pm pelik melihat gelagat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang perasan cantik ni dengan mencetuskan tanda tanya pada kita semua apabila dia mengadakan sesi tersebut di Dataran Teluk Intan Menara Condong dengan dihadiri lebih 500 anak muda untuk bergambar dengannya dan untuk menambahkan kebebalan mereka ni perkara sebegini menjadi ikutan bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar


Hanya kerana Dyana Sofya kononya cantik menjadi gelombang baru yang digunakan oleh DAP untuk menyuburkan dan mengukuhkan pegangan mereka terhadap Malaysian Malaysia, konsep yang sama sekali menolak, menafikan dan sangat perkauman terhadap Melayu-Bumiputera dan Islam, maka dia menjadi sanjungan.

Sedangkan sepanjang berkempen untuk tempoh beberapa minggu ini, Dyana Sofya lebih banyak bertumpu kepada masyarakat Cina di kawasan bandar, bercakap bagi pihak Cina-Cina kaya dan orang berkepentingan, menampilkan diri sebagai ikon untuk memujuk golongan muda agar memilih hiburan dan keseronokan serta terang terangan menolak hudud jika di bentangkan di parlimen nanti. 

Paling menarik perhatian umat islam pada Dyana ini apabila Dyana Sofya sanggup menjadi orang yang bermuka-muka, dari tidak bertudung kepada berselendang dan bertudung apabila berhadapan dengan masyarakat Melayu atau berucap di atas pentas PAS, menjadi tersangat liberal sehinggakan boleh berkempen di dalam kedai menjual daging babi

Adakah pentaksub Politik pakatan pembangkang sudah semakin meninggalkan kepentingan agama sehinggakan mereka mudah terpedaya untuk berfikir dalam membuat pertimbangan sewajarnya untuk menilai siapa Dyana ini dan bagi admin pm di hanyalah sebagai talibarut bangsanya sendiri sahaja jadi gunakanlah akal secantik minda nescaya cahaya kebenaran terserlah jua
MELAYU MUDAH LUPA !!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...