SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday 18 July 2013

COPY PASTE DIGUNAKAN DISETIAP PRK.


Pada 24 Julai 2013 bersamaan 15 Ramadhan 1434 H penduduk DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab memilih seorang wakil rakyat bagi mewakili mereka di Dewan Rakyat, Terengganu. Kebetulan umat Islam sudah berpuasa 15 hari. 

Rasulullah SAW pernah bersabda ketika menjelang kehadiran bulan Ramadhan : “Wahai manusia, sesungguhnya akan didatangi oleh bulan yang sangat agung lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu kewajiban dan qiyam Ramadhan pada malam harinya merupakan sunnah. 

Barang siapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan didalamnya, samalah dia dengan orang mengerjakan kewajiban di bulan lain. Dan barangsiapa menunaikan kewajiban di bulan Ramadhan, samalah dia mengerjakan tujuh puluh kewajiban di bulan lain. Bulan Ramadhan itu bulan sabar, sedangkan sabar pahalanya adalah surga….. (HR. Ibnu Khuzaimah).


Puasa yang mencapai derajat taqwa adalah puasa yang bernilai tidak hanya sekedar dahaga saja. Karena ibadah itu ada yang hanya melepaskan kewajiban, dan ada ibadah yang bernilai. Nilai ibadah puasa itu diberikan kepada orang yang menahan lapar, haus, juga mengendalikan liasan dari perkataan sia-sia dan kotor.

PRK DUN Kuala Besut merupakan satu ujian kepada umat Islam Malaysia terutama jentera-jentera parti yang bertugas berkempen bagi pihak parti masing-masing. Cabaran-cabaran dan ujian yang datang harus di tangani dengan sebaik-baiknya jangan sampai mengurang pahala puasa dan terbatal. Yang penting jangan sampai terikut-ikut rentak parti lawan yang sudah biasa melakukan perkara-perkara yang mencabar kesabaran kita disetiap adanya PRK di Malaysia. Biar mereka buat jangan kita buat, tunjukan bahawa keimanan kita tidak juga hebat kalu dibandingkan dengan ulama-ulama yang mereka sanjung dan taksub tu.

Pengundi di DUN Kuala Besut sudah pandai untuk menilai siapa yang layak untuk mewakili mereka, jangan tertipu lagi, tunjukkan kepada mereka bahawa penduduk Kuala Besut ada impian dan harapan yang tinggi untuk maju kehadapan, menikmati kehidupan yang lebih baik, tidak ingin dipinggirkan lagi agar generasi yang akan datang berpeluang menikmati kehidupan yang lebih selesa dan bermaruah. 

Pilihlah wakil rakyat yang selari dengan kerajaan pusat agar peruntukan pembangunan senang disalurkan kepada penduduk dan kerajaan negeri supaya tidak ada pembangunan rohani dan fizikal tertunggak atau tersadai.

PILIHAN DI TANGAN MU PENDUDUK DUN  KUALA BESUT.....GUNAKAN AKAL DAN FIKIRAN JANGAN MENGIKUT EMOSI.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...