SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Wednesday 28 May 2014

KENAPA PERLU SAKIT HATI....TERBUKTI DI PRK TELUK INTAN.



Malaysia merupakan  salah satu negara yang boleh dijadikan contoh bagaimana perbezaan identiti ,pengenalan kaum dan kerencaman budaya tidak menjadi penghalang kepada rakyatnya untuk bersifat pluralistik hidup didalam keadaan yang amat damai dan setiap orang boleh bekerja dan menjalani kehidupan tanpa menghadapi sebarang gangguan dari mana mana pihak.
Jadi persoalan bumiputera atau bukan bumiputera   harus dihapuskan tidak timbul lagi. perkaran yang penting lagi ialah setiap pihak harus berpegang kepada perjanjian dan semangat setia kawan yang telah tersedia termaktub didalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA dan penduduk peribumi yang lain sebagai golongan bumiputera perlu diakui.
Hak golongan bukan bumiputera dijamin dan dipelihara oleh perlembagaan. Sebarang dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan  tidak sepatutnya bercanggah  dengan peruntukkan  yang terkandung didalam perlembagaan.
Oleh sebab itu, tiadak ada sebab kenapa perkara ini perlu dijadikan isu yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.
Jadi isu hak keistimewaan  orang Melayu ini tidak harus dipolitikkan ataupun dijadikan sebagi isu politik oleh mana mana pihak.Persoalan yang penting ialah mengwujudkan persefahaman dan sikap saling  hormat menghormati diantara satu dengan yang lain dengan memastikan hak setiap pihak dipelihara dan perhatian yang sewajarnya.
Barangkali itu lah seharusnya dilakukan oleh semua pihak yang bertelagah dengan pihak tertentu dan membiarkan diri mereka hilang rasional kerana dikuasai oleh emosi.
Sekian lama ianya terpelihara selama 57 tahun, hidup dalam keharmonian dan perpaduan . Kenapa bibit bibit kebencian kepada kepimpinan BN ditabur dan difitnah terhadap pengundi pengundi di PRK P076 Teluk Intan. Kali ini DAP meletakkan calon Melayu sebagai percubaan untuk menarik orang melayu yang mula tertarik kepada janji janji manis dan kata kata kebencian. Adakah track sokongan orang cina kepada calon Melayu akan berjaya dalam parti DAP ? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...