SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday 22 May 2014

DIMANA SILAPNYA ADAKAH SALAH UMNO.....



Kedua-duanya membesar di dalam persekitaran melayu moden dan mendapat pendidikan serupa di sekolah bantuan penuh kerajaan. Mereka juga diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran lebih tinggi. Dyana diberi Peluang melanjutkan pelajaran di Universiti yang memperjuangkan nasib Orang Melayu iaitu Universiti Teknologi Mara. Dyana melanjutkan pelajaran di bidang undang-undang dan kini menjadi seorang Peguam sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan yang ketara. Kedua-duanya merupakan Pegawai Khas kepada Pemimpin Parti Politik. Hazimi merupakan pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor manakala Dyana merupakan Setiausaha Politik Kepada Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga Merupakan Penasihat Parti DAP. Keakraban mereka semasa kecil dan juga perjalanan hidup mereka tidak menjanjikan siapa mereka pada hari ini.

Dyana merupakan calon kepada Parti DAP untuk Pilihanraya Kecil P076 Parlimen Teluk Intan menentang Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili Barisan Nasional. Diusia yang masih muda, peluang ini mungkin tidak akan ditolak oleh Dyana tetapi andai pengalaman diambil kira, pastinya ianya merupakan tugas berat kepada Beliau. Ideologi yang dibawa oleh Dyana sama sekali tidak sama dengan sepupunya dimana Dyana lebih membawa Ideologi Parti DAP yang mana dikenali dengan Ideologi Komunis. Menuntut kesamarataan untuk semua merupakan agenda penting Parti DAP sekaligus menafikan Hak bumiputera seperti terkandung di dalam kontrak sosial semasa penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Hakikat yang perlu diketahui tentang tujuan utama Parti DAP di dalam politik Malaysia ialah untuk menafikan hak milik Bumiputera iaitu Bangsa Melayu yang terkandung di dalam Perlembagaan dan juga Hak Agama Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia. Akibat daripada prinsip keterbukaan yang diamalkan, maka sesorang mungkin mudah melupakan perjuangan nenek moyangnya untuk memastikan generasi muda hidup dalam keadaan harmoni, tenteram dan juga mampu bersaing dengn bangsa lain. Perbezaan ketara diantara dua individu ini dimana Hazimi lebih mengerti keperitan pejuang terdahulu dalam memastikan kehidupan mereka dan keturunan mereka terbela di tanah air sendiri. Tidak seperti Dyana yang seakan kacang lupakan kulit kerana setelah berjaya mencapai cita-citanya, beliau sudah tidak mahu memperdulikan nasib bangsanya.


Adakah salah ibu mengandung...........


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...