SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday, 29 May 2014

Kemasyuran DYMM Raja Dr. Nazrin Shah, Sultan Perak Yang Ke 35.



Duli Yang Teramat Mulia Raja Pemangku Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah atau Raja Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956  merupakan  DYMM Sultan Perak Yang Ke 35. Baginda merupakan putera sulung Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.

Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat. Baginda juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England pada 1979 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat pada 1984.

Putera raja yang berjiwa rakyat, Raja Dr. Nazrin terlibat dalam program amal dan kemasyarakatan untuk kepentingan rakyat, khususnya bagi membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Putera raja berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai. Baginda sering memberi ucapan dan pandangan di seminar-seminar yang dianjurkan peringkat Nasional atau luar negara.

Raja Dr. Nazrin amat disenangi pelbagai lapisan masyarakat dan dibuktikan apabila berita perkahwinannya dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson disambut dengan penuh kesyukuran dan perasaan teruja, hasil perkahwinan, dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...