SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.



Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz

Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Aliturut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994

Pendidikan 

Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
Kerjaya
 
Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
Menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...