SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday, 25 August 2015

UMNO TIADA MELAYU TERBANGSAT


Bukan main lagi sensitif apabila Perdana Menteri menyatakan, tanpa UMNO, Melayu akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT.

Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan menjadi sangat popular.

Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau 'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini, dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru tanpa ketentuan.
Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini.

MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi, Pulau Pinang hari ini.
Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.

Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.
Perkampungan tersebut merupakan perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008.

Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara Semenanjung ` The FlyingKick

Nak menangis aku baca.. sedih tak terkira bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau..

Thursday, 6 August 2015

#1MDB


SEJARAH PENUBUHAN 1MDB DAN APAKAH 1MDB

Sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia begitu trauma dan paranoid apabila di sebut tentang 1MDB. Tapi tahukah kalian apakah sebenarnya syarikat pembangunan milik kerajaan ini? Adakah ianya seburuk yang di sangka? Apakah itu 1MDB dan luangkan masa anda untuk memahaminya dari terus menerus mendengar pendapat yang salah berkaitan Syarikat Pelaburan milik Kerajaan ini.




Sejarah awal penubuhan 1MDB bermula sekitar Januari 2009, di mana Kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan seterusnya menjadikan lembaga itu sebagai sebuah syarikat berhad yang di aspirasikan dari slogan 1 Malaysia dan seterusnya di namakan 1 Malaysia Developement Berhed (1MDB). Pengambil alihan tersebut oleh Kerajaan bertujuan untuk melibatkan diri dalam sektor pelaburan sovereign wealth fund iaitu 1 perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri atau negara. Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri atau negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya. Secara amnya, modal niaga untuk sovereign wealth fund ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri.


Lembaga Pelaburan Terengganu yang telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan seterusnya di jadikan sebuah syarikat berhad dengan melibatkan diri dlm aktiviti pelaburan sovereign wealth fund daripada hasil royalti minyak negeri itu. Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low. Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan di jadikan 1MDB, LPT mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM 1 billion dan cagaran nilai RM 6 billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM 5 billion. Secara dasarnya pengambil alihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat ini direstui oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga ketika itu adalah Sultan Terengganu.


Siapakah Jho Low


Jho low merupakan penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada tahun 2008 ketika itu di era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jho low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWE Berhad yang terlibat dalam sektor kontraktor engineering. Beliau adalah lepasan pelajar Universiti Amerika Syarikat dan berkawan baik dengan keluarga Di Raja Jordan dan beberapa Negara Arab yang mana hubungan ini terjalin sewaktu mereka belajar di universiti yang sama dengan beliau. Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD $25 juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di Timur Tengah. Di atas faktor ini, Jho Low mendapatkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

ASAS PERNIAGAAN 1MDB

Seperti sedia maklum, asas perniagaan 1MDB terdiri daripada 5 segmen pelaburan iaitu Sektor pelaburan, Sektor tenaga, Sektor hartanah, Sektor pelancongan dan Sektor pertanian. Melalui pelaburan dalam masa singkat, 1MDB telah berjaya dalam beberapa pelaburan di sektor hartanah antaranya :

1.Tun Razak Exchange (TRX)


Tun Razak Exchange (TRX) ialah sebuah projek zon kewangan antarabangsa seperti mana Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain lagi. Menerusi TRX, aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini.

2. Bandar Di Malaysia

Sebuah kawasan 162 hektar yang dahulunya Pengakalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan untuk Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority yang terdiri daripada Pusat Komersial, Perumahan Mewah dan sebagainya.

3. Pelaburan dalam sektor tenaga IPP dan pelaburan IPP dalam jaringan SCORE di Sarawak.


4. Aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Limited dan lain-lain lagi.

Bagi memahami teras perniagaan 1MDB, ianya menyediakan sektor pembagunan strategik dimana ianya berasaskan penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon saham sukuk dan sebagainya. Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah 1 aktiviti pelaburan jangka panjang. Inilah yang membuatkan penulis jelas kesal dengan tanggapa negatif yang di lemparkan oleh Pembangkang dan juga Tun Dr Mahathir Mohamed.


Peranan bebas 1MDB dalam pembangunan kepelbagaian infrastruktur ini secara jelas di politikkan oleh sesetengah pihak yang jelas tidak faham perjalanan sesebuah syarikat. 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya 15tahun untuk menampakkan hasil. Adalah amat malang bagi sesetengah rakyat Malaysia apabila melihat 1MDB satu lialibiliti tambahan bagi kerajaan tanpa memahami gerak kerja dan perjalanan 1MDB. Jelas sekali orang-orang seperti Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli dan beberapa orang yang sentiasa menjaja fitnah berkaitan 1MDB, tidak memahami impian dan hasrat Perdana Menteri dalam membangunkan serta menambah pendapatan Negara menerusi pelaburan jangka panjang. 

JELAS MENYEDIHKAN APABILA TERDAPAT RAKYAT MALAYSIA BERPENGARUH BEGINI...

#1MDB ADALAH PEMBANGUNAN UNTUK ORANG MELAYU......
#1MDB BERJAYA ADALAH KEKUATAN KEPADA KERAJAAN..
BILA KERAJAAN KUAT DAN KUKUH DARI SEGI KEWANGAN SUSAH UNTUK DISINGKIRKAN....
PERCAYALAH ISU APE YANG BERLAKU SEKARANG UNTUK MEMECAHBELAH ORANG MELAYU .....JALAN TERAKHIR UNTUK MENGUASAI DAN MEMERINTAH MALAYSIA. 
FIKIR2KAN LAHHHHH.

#MH370

Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu akhir terjawab apabila serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik pesawat berkenaan.

Keputusan hasil siasatan mengenai serpihan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi, Khamis.

“Selepas 550 hari kehilangan pesawat MAS, dengan rendah hati dimaklumkan pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan yang ditemui itu milik MH370, kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di Lautan Hindi.

“Bagi pihak Malaysia, terima kasih kepada semua yang membantu dalam operasi mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang tragis dan menyedihkan tetapi tentu dapat memberi kelegaan kepada mereka.

Penantian rakyat Malaysia selama 550 hari telah terjawap dan melegakan semua pihak. Rasa syukur dan muhasabah diri amat dituntut setelah Allah menunjukkan kebenarannya yang selama ini menjadi tanda tanya kepada kita semua.

Bila Allah menunjukkan kebesarannya kita semua perlu percaya, walau sehebat mana manusia pun walau secanggih mana peralatan jika Allah tidak mengizinkan. Allahhuwaalam.


Tuesday, 26 May 2015

SALAH IBU MENGANDONG ATAU DITARBIAH ?


PETALING JAYA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menentang pelaksanaan hudud di negara ini.

Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau tidak akan meninggalkan negara ini malah berjuang supaya undang-undang berkenaan tidak dilaksanakan.

"Saya tidak boleh hidup di negara di mana orang mahu memotong tangan atau rejam dengan batu seseorang itu sampai mati. Saya akan terus tinggal di sini dan berjuang," katanya.

Undang-undang hudud diamalkan di negara-negara seperti Arab Saudi.

Di Malaysia, Kelantan mengambil langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu apabila pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac lalu.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syaria
h.

Nampak betol x faham atau buat2 x faham .....
Adakah ini hasil didikan yang diberi oleh kedua ibubapanya yang intelektual dan dihormati oleh rakyat Malaysia......

Bab x bertudung ....tu antara dia dengan Allah.

Mempertikaikan hukum Allah .....Subhanallah.

Monday, 25 May 2015

Tersurat dan tersirat....

Tolong lah kalau boleh jangan cerita isu sokong sapa lagi...

-Macam lah kita dah ada penganti najib yg lebih hebat dari tu.
-Macam la ada parti yg lebih teguh dari UMNO
-Macam lah selama ini mereka bersengketa...
-Macam lah tabung haji kerugian dgn pelaburan THP
-Macamlah kita dapat wujud parti tanpa ada hilap dan tak pernah berbuat salah
-Macamlah kita mampu membina parti baru yg 10 kali ganda lebih hebat dan mantap dari UMNO
-Macamlah kita boleh janji aman kan dunia utk bangsa sekalipun penyamun dah tunjuk, muka, jasa dan dia sudah berbakti...
-macamlah kita boleh buat sejarah berpuluh kali hebat dari sejarah kita memerdekakan negara

Banyak lagi.... yg terhimpun dan yg tersirat dan rasanya terutama troopers perak memang tahu sejarahnya...

Jadi harap kita semua boleh dewasa utk menyebelahi sesiapa pun... tak lama mana pun wawasan 2020 yg makin menghampir... najib juga tetap meneruskan usaha mencapainya... tetapi penyamun juga yg porak peranda kerana yg dulu makin susut... kena cari yg baru utk menambah berlipat kali ganda...

Cara paling efisen dan mudah... jual maruah bangsa dan hancurka ukhuwah sesama kita... lama sikit kenyang kali nie...

Sorry ker kengkawan... bukan meluahkan rasa tak puas hati taoi sekadar mahu semua saksama. Kita pun bukan baru mengenal mereka...

Sunday, 24 May 2015

1MDB Selamatkan Puluhan Bilion Wang Negara Dari Masuk Ke Kantung IPP


KUALA LUMPUR – Pendapat seorang pengguna laman sosial Facebook, Eol Zari mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimuat naik pada 18 Mei lalu mendapat reaksi dari pelbagai pihak dan menjadi viral.

Tulisan pendapat Eol Zari berkisar isu dana dalam projek tersebut telah pun dikongsi di laman sosial yang sama sebanyak 247 dalam waktu yang singkat.

Tegas Eol Zari yang berkerja sebagai perunding cecair gas asli (LNG), 1MDB yang menjadi isu utama ketika ini menyebabkan beliau mahu mengutarakan pendapat dirinya sendiri berdasarkan pengalaman pernah bekerja sama dengan syarikat gergasi dalam industri yang sama seperti Petronas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pemandu.

Tulisan pendapat beliau boleh dilihat di pautan ini: https://goo.gl/jhhvvr

Berikut adalah terjemahan pendapat Eol Zari yang diambil dari laman Facebooknya sendiri:

Sebelum ini, saya tidak memberikan pandangan tentang isu kontroversi mengenai 1MDB. Mengapa 1MDB? Apakah peranan 1MDB dan sumbangannya kepada ekonomi negara kita?

Saya mempunyai pelbagai maklumat berkaitan 1MDB dan saya simpan hanya untuk diri sendiri memandangkan keadaan masa yang tidak begitu sesuai untuk dikongsi bersama pembaca saya. Bagaimanapun, hari ini saya telah mendapat maklumat mengenai 1MDB dari sahabat saya sendiri dan mendapati ia hampir sama dengan yang saya simpan selama ini.

Saya yakin, maklumat-maklumat ini bukanlah bersifat tidak adil mahu pun berat sebelah. Sebagai seorang perunding cecair gas asli sejak tiga tahun lalu, saya mempunyai peluang berkerjasama dan berinteraksi dengan Petronas, TNB, Pemandu, Suruhanjaya Tenaga dan organisasi lain hampir tiga tahun sejak tahun 2011 menceburi bidang kerjaya ini.

Saya banyak membantu dalam memberikan pendidikan kepada kakitangan Pemandu, TNB, Suruhanjaya Tenaga mengenai sumber tenaga baru iaitu cecair gas asli sebagai bahan utama untuk loji kuasa gas.

Kepakaran saya dalam bidang ini adalah sumber tenaga. Pengalaman saya adalah pernah menjadi ketua pakar dalam operasi perkapalan LNG di Petronas. Sudah hampir 35 tahun saya telah berkecimpung dalam bidang ini. Sumber tenaga merupakan perkara tunjang dalam pembangunan infrastruktur dan menjadi perkara utama bagi negara kita untuk mencapai peningkatan ekonomi dalam memacu negara ke arah sebuah negara yang maju.

Saya serahkan kepada pembaca saya yang setia untuk mentafsir mengenai apa yang saya telah digariskan. Kita adalah manusia biasa dan saya berpendapat setiap seorang daripada kita mempunyai pandangan yang tersendiri.

1. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah memperkenalkan konsep Loji Tenaga Bebas (IPP) untuk penjanaan elektrik. Inisiatif ini adalah perlaksanaan di bawah bekas Perdana Menteri kita, Tun Mahathir.

Peneraju utama yang memiliki IPP ialah Tan Sri Syed Mokhtar, kumpulan YTL, Genting dan Tan Sri Ananda Krishna. Sime Darby juga salah satu pemegang IPP tetapi tidak diberikan perhatian penuh memandangkan syarikat ini adalah sebauh syarikat yang berkaitan kerajaan (Government Link Company).

Peneraju-peneraju ini mendapat perjanjian menarik dan ia berpihak kepada satu pihak. Bekas pengerusi TNB, Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang lelaki yang berintegriti enggan menandatangani perjanjian dan secara sukarela meletak jawatan sebagai tanda protes.

Parti-parti pembangkang mengambil peluang menghentam kerajaan kerana memberikan satu perjanjian bersifat berat sebelah. Mereka tegas menyatakan bahawa ia adalah “perjanjian kroni ” dan mempersoalkan keperluan tindakan kerajaan untuk memberikan subsidi yang besar kepada IPP.

Malah pada Mei tahun 2011, salah seorang ahli pembangkang menganggap IPP ini sebagai “sebuah kilang dadah utama” yang memerlukan subsidi yang besar daripada Kerajaan dianggarkan RM19 bilion setahun.

2. Pada pertengahan tahun 2011, saya telah diambil bekerja sebagai Perunding LNG untuk mengkaji kemungkinan mengimport LNG melalui Terminal Regas Melaka di Sungei Udang.
Terminal ini merupakan laluan terbuka sama seperti yang saya telah lakukan di United Kingdom – LNG Regas Terminal Dragon terletak di Milford Haven di Wales. LNG Regas Terminal Sungei Udang yang dimiliki oleh PETRONAS dan LNG yang diimport diwap sebagai gas untuk dialirkan ke dalam saluran paip PGU.

Ini merupakan pandangan di mana gas domestik yang tidak mencukupi dari Pantai Timur iaitu kira-kira sebanyak 950 mmscfd. TNB pula memerlukan kira-kira 1350 mmscfd.

Kapasiti sumber tenaga untuk Sungei Udang kira-kira 500mmscfd atau bersamaan dengan kira-kira 40 kargo LNG yang diimport melalui kapal Q Flex LNG kapasiti 210,000 m3 setiap.

“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menyatakan bahawa konsep simpanan terapung LNG menggunakan dua kapal LNG lama kami dengan pulau jeti, yang pertama di dunia telah diilhamkan oleh saya untuk Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Gas yang juga pemilik projek ini.”

Idea untuk konsep ini telah dibincangkan bersama beliau ketika dalam kereta dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Narita dari Tokyo. Dengan idea ini, Petronas telah diselamatkan untuk tidak melakukan projek pengorekan dan kawasan penyimpanan LNG greenfield pantai yang menelan kos sangat besar.

3. Hasil daripada perbezaan yang disenaraikan antara LNG yang diimport dan harga gas domestik, TNB memperolehi margin tipis daripada IPP tidak dapat menyerap perbezaan harga ini dan menyebabkan situasi di mana tidak mampu membeli gas dari LNG yang diimport secara langsung. Akhirnya, PETRONAS telah menjadi pengimport dan juga pengeluar subsidi.

4. Sebuah syarikat, My Power telah ditubuhkan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Najib untuk memulakan rundingan semula dengan IPP bagi mendapatkan perjanjian yang seimbang.

5. Selepas itu, 1MDB membeli IPP dari Ananda pada Mac 2012 dan diikuti oleh pembelian Genting pada bulan Ogos 2012. Selepas itu, pada bulan Oktober 2012, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP.

Seperti yang digariskan dalam perjanjian ini, tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB.

Susunan baru ini akan memastikan bahawa syarikat-syarikat swasta tidak akan mendapat perolehan berlebihan atas perbelanjaan subsidi Kerajaan.

6. Disebabkan kesilapan yang dilakukan sejak tahun 1990-an, kerugian dialami oleh Petronas dan TNB dianggarkan sebanyak RM100 billion kerana perjanjian yang lemah ini sejak 20 tahun.

7. Sebenarnya, penghargaan harus diberikan kepada Najib, Suruhanjata Tenaga dan 1MDB kerana telah menyelamatkan negara ini dari subsidi berlebihan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang melakukan perjanjian tersebut.

8. Hakikatnya, kadar tarif bagi pengguna di Semenanjung Malaysia perlu ditambah pada Julai 2014 dan Januari 2015 di bawah Fuel Cost Pass Through (FCPT).

Tetapi ia tidak pernah meningkat kerana perjanjian baru yang disemak semula telah bertambah baik dan seimbang kepada TNB iaitu pembeli akhir. Sebaliknya, tarif elektrik dikurangkan daripada Mac 2015 disebabkan oleh pengurangan harga arang batu dan pengurangan tarif IPP ini.

8. Di bawah perjanjian baru ini, TNB mula mencatatkan keuntungan yang besar daripada tahun 2013, 2014 dan suku pertama 2015.

Ia mencatat keuntungan sebanyak RM2.3 bilion dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2015.

Oleh itu, pensttrukturan semula ini memberi faedah-faedah yang sangat baik antaranya, :
1. TNB mendapat keuntungan yang lebih tinggi.
2. Pengguna Malaysia mendapat faedah daripada tarif yang lebih rendah disebabkan oleh pengurangan harga minyak.
3. PETRONAS tidak perlu menanggung subsidi yang tinggi di mana manfaat hanya diperolehi oleh syarikat-syarikat swasta, dan,
4. Pengguna elektrik adalah pemenang utama.

9. Yang rugi adalah pemilik asal IPP. Dan ini mungkin menjadi sebab mengapa mereka yang juga dari pemimpin tertinggi UMNO tidak gembira dengan 1MDB dan Najib.
10. Isu Tun Razak Exchange (TRX) dan pembelian tanah oleh Tabung Haji adalah tidak penting berbanding dengan jumlah yang dijimatkan oleh semakan semula perjanjian itu yang dimulakan oleh pimpinan Kerajaan sekarang.

11. Di sebalik cerita lain, terdapat dakwaan dari pembangkang pula mengenai dana yang disalah guna oleh 1MDB, peranan yang dimainkan oleh Jholow, kehilangan hasil daripada pelaburan Petro Saudi dan terkini isu kontroversi mengenai penjualan sebidang tanah kira-kira 1.5 ekar bernilai RM188 juta kepada anak syarikat Tabung Haji.

12. Isu ini mula ditimbulkan pada penghujung tahun lepas apabila 1MDB dilihat sudah tidak mampu meningkatkan dana untuk membayar ansuran pinjaman mereka.

13. Isu ini semakin menjadi isu panas dengan maklumat yang telah diputar belit bagi memperlihatkan 1MDB telah kerugian RM42 bilion (ed.) yang mana ia bukan fakta sebenar.

Sebenarnya, 1MDB tidak mengalami kerugiaan sebanyak RM42 bilion (ed.) seperti yang didakwa. Apa yang berlaku ialah mereka mengalami kerugian kerana perlu mencari dana untuk membayar ansuran pinjaman. Buat sementara waktu, pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung ansuran pinjaman dan perbelanjaan pengurusan.

Namun jika diberi masa mereka akan berupaya memulihkan keadaan. Malangnya, dengan segala publisiti buruk yang dicipta, 1MDB mungkin berhadapan dengan masalah tambahan kerana terdapat khabar angin Deutsche Bank mahukan pembayaran awal dilakukan jika 1MDB tidak mendapat jaminan cagaran tambahan.

Justeru jika mahu 1MDB berjaya, kita perlu untuk mengelak dari membuat sebarang spekulasi sementara menunggu hasil siasatan Ketua Audit Negara yang dijangka selesai pada akhir bulan Jun 2015.

14. Tokoh-tokoh lain termasuk peguam terkemuka dan bekas menteri, Zaid Ibrahim mengulas bahawa sebagai Pengerusi 1MDB, Najib perlu mengharungi cabaran ini dengan memberikan maklum balas terhadap dakwaan tersebut.

Begitu juga dengan Pengerusi CIMB iaitu adik Najib memberitahu kepada Pengerusi Lembaga Pengarah dan ahli-ahli 1MDB untuk melakukan perkara yang sama ketika mesyuarat majlis makan tengah hari diadakan.

15. Penghargaan yang harus diberikan kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana telah menyelamatkan negara ini dalam berhadapan usaha pembangkang untuk merosak dan menutup 1MDB.

16. Ironinya semasa pentadbiran Tun Mahathir dan Tun Abdullah, pembangkang adalah pihak yang sangat lantang bersuara mengenai layanan istimewa yang diberikan kepada pemilik IPP.

17. Dan kini, mereka pula telah bersuara mengkritik dan menjatuhkan PM yang berusaha menyelamatkan negara dari menanggung subsidi yang besar melalui 1MDB.

18. Namun satu perkara yang pasti, agenda utama pihak pembangkang adalah untuk mencari kesalahan dan membesarkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan mahu pun GLC untuk mendapat kelebihan termasuklah meraih undi kepada pihak mereka.

Ini adalah pandangan saya yang jujur dan saya serahkan kepada pembaca saya untuk membuat penilaian sendiri dan pertimbangan mengenai isu ini.

Terima kasih.

[Terjemahan bebas oleh: Nur Azlina Shaari]

Saturday, 2 May 2015

Jubli emas ke 50th Arak dihidangkan secara terbuka.


Guru-guru, kakitangan serta murid melayu wajib hadir atau di beri surat tunjuk sebab jika tak hadir.

http://sekupangduas.blogspot.com/2015/05/pesta-arak-di-sekolah-kerajaan-smk.html?m=1

Tuesday, 21 April 2015

SURAT TERBUKA KEPADA YB TRONOH

AJI - SURAT TERBUKA KEPADA YB DUN TRONOH

Y.B En. Yong Choo Kiong
ADUN Tronoh 
27-A Persiaran Desa Tronoh Indah
31750 Tronoh 
Perak Darul Ridzwan
duntronoh.bg@gmail.com

21hb April 2015

Salam 1Malaysia.

Y.B Encik Yong Choo Kiong.
Semoga tuhan memberi kesihatan & kewarasan kepada YB dalam menjana minda hebat buat Negeri Perak Darul Ridzwan tercinta.

SEJARAH KEBIADAPAN PEMIMPIN BUKAN MELAYU DALAM SEJARAH MELAYU & SEJARAH MALAYSIA.

Saya amat menghormati Y.B kerana jasa YB yang turut bersama menyumbang dalam membangunkan   kawasan DUN Tronoh. Semoga Tuhan membalas jasa baik YB dengan kesihatan dan kewarasan yang ampuh (Jika YB Masih Percayakan Tuhan)

Saya adalah seorang yang mengkagumi keharmonian masyarakat berbilang kaum, berbilang agama, dengan asas RUKUN NEGARA.

1. Kepercayaan Kepada Tuhan
2. Kesetiaan Kepada Raja & Negara
3. Keluhuran Perlembagaan
4. Kedaulatan Undang Undang
5. Kesopanan & Kesusilaan

Saya pasti, ilmu sejarah yang pada Y.B telah membawa kepada penyokong DAP & Pakatan Rakyat (Masih Belum Berdaftar) untuk menyokong YB sebagai idola dalam menjadikan DAP sebagai wadah perjuangan politik rakyat Malaysia dalam usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai jati diri & kesetiaan kepada negara Malaysia yang tercinta.

Saya sungguh sedih pada ketika awalnya apabila terdengar berita mengenai keceluparan YB yang menghina DYMM Sultan Perak ketika pembukaan sidang DUN Perak pada 31hb Mac 2015.

Fakta  & sejarah peristiwa kebiadapan ADUN Pembangkang yang diketuai oleh YB menjadi rakaman visual yang sungguh menyedihkan.

Ini kerana Y.B sendiri yang melafazkan kata-kata cemuhan dengan jelas dalam keadaan penuh sedar dan amarah ini menjadikan berlakunya pertikaman lidah yang berlarutan hingga keluar Dewan Persidangan.

Namun kesedihan saya ini melonjak menjadi kekhuatiran akan anasir yang saya jangka cuba merosakkan maruah orang Melayu melalui sejarah seperti fakta sejarah Peristiwa Bukit Kepong semasa darurat dahulu yang mana DAP mengatakan Chin Peng sebagai Pejuang?

1. Adakah Pembunuh yang membawa ideologi Komunis yang menolak Tuhan, yang berlawanan dengan Rukun Negara - Kepercayaan Kepada Tuhan menjadi FAHAMAN DAP?

2. Adakah DAP Parti Komunis yang berselindung disebalik parti politik?

3. Adakah YB mahukan kami Rakyat Malaysia mengkaji kesamaan dan tingkah laku Komunis yang di laksanakan oleh DAP?

4. Adakah isu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu  ini satu gurau senda kepada ideologi DAP?

5. Tidakkah ketika YB mengangkat sumpah sebagai ADUN Perak, YB menyatakan sumpah setia kebawah DYMM Sultan Perak?

Sebagai ilmuwan dan pemimpin kepada rakyat Perak, saya yakin YB mempunyai Integrity serta maruah pada amanah yang diberikan oleh pengundi Tronoh yang pastinya dari berbilang bangsa dan lingkungan agama serta tahap sosial yang berbeza.

6. KENAPA YB YONG CHIOO KIONG TIDAK MEMBUAT KENYATAAN MAAF ATAS KECELUPARAN DAN KEBIADAPAN YANG MELAMPAU KETIKA SIDANG DUN PERAK Kali Ke 13 Pada 1hb APRIL 2015 ?

Saya dengan penuh takzim, memohon jasa baik YB agar memperjelaskan isu Pemakaian Baju Warna Hitam Tanda Protes walaupun Arahan Surat Jemputan Jelas Menyatakan Pakaian "No. 1 Dress" bersama pemakaian DARJAH/BINTANG yang pernah dianugerahkan kepada YB.

Sebagai orang Melayu, rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian sesama Rakyat Malaysia,  saya masih percaya TAK HILANG MELAYU DI DUNIA, tapi Melayu juga boleh menghilangkan kredibiliti Cina yang memperlekehkan Sejarah Melayu, Sejarah Malaysia & Kedaulatan Raja Raja MELAYU!!!!!

Yang Tahu DAP Itu Pro Komunis

Azuddin Jud Haji Ismail.
G.A.M.I.T
Pulau Pangkor
Manjong
Perak Darul Ridzwan

#DaulatTuanKu604

Monday, 20 April 2015

Daulat Tuanku....Daulat Tuanku....Daulat Tuanku.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kebiadapan yg dilakukan oleh pembangkang pada Sidang DUN Perak
baru baru ini bukanlah pertama kali....harus kah orang Melayu membiarkan Tuanku Sultan terus di hina dan dicemuh....

#DaulatTuanKu604.....

Thursday, 2 April 2015

HATI TUANKU TERCALAR

Tercalarnya hati Tuanku Sultan. Malah di aibkan baginda oleh DAP, PKR dan PAS menandakan betapa mereka derhaka dan menghina kesultanan yg dijunjung lebih 200 tahun lalu...

Maka penderhakaan yg mereka lakukan utk aibkan bukan sekali tetapi betkali-kali... jadi sudah terbukti mereka memamg mahu memalukan Tuanku Sultan Perak yg  baginda turun merasmikan dewan utk agenda perjuangan utk kehidupan rakyat.

Bermakna peristiwa ini juga sebenarnya DAP PAS dan  PKR memang mencabar rakyat untuk bertindak. Pengkhianatan telah berlaku. Tuanku Di Aibkan. Rakyat dicabar... maka tunggulah kebangkitan Rakyat di bawah duli Tuanku bangkit. Kalau kamu mencabar maka rakyat tidak menolak... Kami tak gentar...

Wednesday, 1 April 2015

Gerakan Menjunjung Kasih Tuanku

Pembangkang dalam DUN Perak dari cina komunis DAP dan melayu yang tolong gosok bontot komunis hari ini telah menghina Sultan Perak apabila berpakaian Hitam (katanya berkabung utk PM S'pura) semasa sesi Perasmian Sidang DUN. Terang-terang dan biadap sungguh mereka menghina Raja dan orang-orang Melayu!
Sultan Perak telah murka maka sesi Perasmian Sidang DUN tiada sesi bergambar, Tuanku juga tidak bersantap dan terus berangkat meninggalkan majlis.

DEMONTRASI MENGECAM DAN MEMBANTAH PENDERHAKA SULTAN telah diadakan pada 1 April 2015 bertempat di Depan Pintu SUK ( pintu belakang hadap bangunan DAP Ipoh ) untuk menyatakan sokongan kepada tuanku Sultan.

#DaulatTuankuSultanPerak
#TolakKomunis
#BangkitDemiIslamMelayuRaja
#BeraniBerubah

Tuesday, 31 March 2015

JANGAN MEROYAN PASAL GST ....

ADUAN SALAH LAKU GST...

JOM BUAT ADUAN ATAS SALAH LAKU DIBAWAH AKTA KAWALAN HARGA DAN ANTIPENCATUTAN 2011...

cara untuk membuat aduan :-

1- SMS

Taip KPDNKK ADUAN <BUTIRAN ADUAN> hantar ke 15888

2- TELEFON

Hotline 1800886800
KPDNKK 0388826245
KASTAM 1300888500

3- EMAIL

e-aduan@kpdnkk.gov.my

4- PORTAL ADUAN

eaduan.kpdnkk.gov.my
aduan.customs.gov.my

Untuk mendapatkan maklumat mengenai harga barangan yang dikenakan atau tidak dikenakan GST, sila layari ebook.kpdnkk.gov.my

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai GST sila layari www.kpdnkk.gov.my @ gst.customs.gov.my

# BN, GST Relevan
# GST Membangun & Maju Bersama

Tuesday, 24 March 2015

HUDUD


1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt. 

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke  36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."


Jadi apakah hukumnya sekiranya orang Islam menentang HUDUD ?

Monday, 16 March 2015

RAFIZI FITNAH TENTANG JET PERIBADI! Jawapan Ringkas oleh Lokman Adam

Selepas YAB Perdana Menteri mengarahkan Ketua Audit Negara dan selepas ini PAC melakukan forensik audit ke atas 1MDB supaya rakyat tahu kebenaran, Rafizi nampaknya menjadi semakin resah dan gundah gulana.

Nampaknya Rafizi sudah mula sedar bahawa tidak lama lagi rakyat akan tahu bahawa segala tohmahan beliau terhadap PM dan keluarganya adalah tidak benar sama sekali.  Menyedari akan hakikat itu, Rafizi hari ini membuat satu tuduhan baru bahawa PM menambah satu lagi "Jet Peribadi" sedangkan PM kononnya sudah mempunyai 5 biji jet peribadi.  Ini sebenarnya untuk mengalih perhatian rakyat daripada pembohongan 1MDB yang mereka lakukan.

Izinkan saya jelaskan disini beberapa perkara:-

1) Pembelian Jet 9H-AWK oleh Kerajaan Malaysia sepertimana dibangkitkan oleh Rafizi adalah bukan "Jet Peribadi", ianya adalah Jet Kerajaan.

2) Jet tersebut dibeli untuk kegunaan Kenamaan Negara bagi menggantikan Jet BBJ yang sudah agak uzur kerana sudah berusia dan kurang sesuai lagi untuk membawa kenamaan Negara.

3)  BBJ biasanya digunakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong, Permaisuri Agong, Sultan-Sultan dan Kenamaan lain yang layak.  PM hanya akan gunakan BBJ jika jet yang selalu beliau gunakan iaitu ACJ 319 rosak atau sedang diselenggara.

4)  Daripada 5 jet yang Kerajaan Malaysia ada, hanya 2 yang masih molek dan berfungsi dengan baik.

Saya rasa Rafizi patut tumpu jawab kepada rakyat macamana demonstrasi Kita Lawan masih diteruskan untuk menafikan Anwar seorang peliwat sedangkan :-

1) Kedua-dua Ketua Peguambela Anwar, Karpal Singh dan Gopal Sri Ram, telahpun mengaku dalam prosiding mahkamah bahawa Anwar memang telah meliwat Saiful secara "Suka Sama Suka".

2)  Peguam Anwar, Sangkaran Nair dalam Prosiding Mahkamah mengakui bahawa Sperma yang dijumpai 4cm dalam rectum Saiful adalah milik Anwar.  Cuma dia kata ianya dimasukkan dalam rectum Saiful menggunakan objek plastik.  Cuba Rafizi jawab, si Luncai mana yang sedut sperma tu dan meniup sperma tersebut ke dalam rectum Saiful itu? Silap sedut mau tertelan.  Kalaupun ada org yang sanggup buat kerja yang menjijikkan itu, macamana kita nak dapat sperma Anwar tanpa kerjasama Anwar?  Mungkin Rafizi ada jawapannya.

3)  Anwar telah menamakan 13 orang saksi sebagai Alibi kerana beliau tidak tahu bahawa CCTV merakam beliau dan Saiful memasuki kondominium tersebut.  Cuba Rafizi jawab kenapa seorangpun tak dipanggil oleh peguambela Anwar sebagai saksi?

4)  Bila dituduh memfitnah Anwar, Saiful telah melafazkan sumpah dengan kalimah Wallahi, Wabillahi, Wattallahi bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.  Cuba Rafizi jawab, hingga kini kenapa Anwar tak berani bersumpah malah tak berani masuk kandang saksi?

Sebenarnya Anwar ada peluang untuk membersihkan dirinya jika dia benar-benar tidak bersalah.  Mudah sahaja, serahkan DNA beliau secara sukarela.  Jika beliau tidak meliwat Saiful, pasti DNA beliau berbeza dengan DNA Lelaki Y.  Tapi malangnya kata-kata Anwar bahawa beliau akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir hanyalah retorik.  Hendak serahkan setitis darahpun dia tak mampu, apatah lagi nak berjuang sampai ke titisan darah terakhir.  Saya yakin rakyat bukan bodoh, rakyat dah lama tahu kenapa Anwar tak berani serah. Rakyat juga tahu yang mana satu pejuang dan yang mana satu petualang.  Baru kena 5 tahun dah mintak ampun....pooodah!  Dulu sistem beraja ini juga yang hendak beliau kuburkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...