Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka telah didirikan oleh Parameswara pada abad ke-15. Kerajaan ini dianggap sebagai sebuah kerajaan yang agung pada zamannya. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka dapat dikenal pasti melalui kemasyhurannya sebagai pusat perdagangan, pusat perkembangan agama Islam,keluasan tanah jajahan, dan mempunyai politik antarabangsa dengan kuasa besar ketika itu seperti negeri China. Pendek kata, Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah empayar yang agung ketika itu. Kekalahan Melaka adalah disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka telah dibocorkan oleh Si Kitol.
Dari bidang teknologi hinggalah ke hiburan segala apa yang kita ada hari ini merupakan simbol pembangunan negara dan kita semua patut berbangga dengan kejayaan yang telah dikecapi ini. Dengan kejayaan yang membanggakan ini, ia juga sudah pasti memberi keuntungan kepada negara. Bidang perniagaan mampu untuk menjadi lebih baik kerana kita mementingkan perkembangan teknologi tidak kira sama ada dalam talian atau sebaliknya. Bidang pertanian dan komoditi utama juga berkembang dengan pesat selain bidang perlancongan serta perdagangan antarabangsa negara yang juga turut meningkat. Apabila ekonomi berada dalam keadaan baik, ia sudah pasti turut memberi impak sosial yang baik.
Tidak kira perbezaan etnik, fahaman agama mahupun bangsa, saya menyeru supaya rakyat Malaysia terus mengekalkan semangat perpaduan. Ini kerana, dengan hanya melalui perpaduan sahajalah seperti semangat 1Malaysia sahaja yang membolehkan negara menjadi semakin baik di masa akan datang. Ingatlah, selama ini kita telah bersama-sama merempuh segala dugaan dan cabaran bersama sejak 57 tahun lalu. Tidak mungkin ada negara lain yang mampu menyatukan rakyatnya dari pelbagai etnik untuk bersama-sama menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton aksi atlit negara di Sukan Komenwealth dan meraikan kejayaan negara seperti mana yang kita boleh lihat di negara ini.
Janganlah di musnahkan oleh si kitol dizaman moden kerana kepentingan peribadi. WALLAHUA'LAM....