SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday, 30 April 2013

JANGAN TERPEDAYA DENGAN KATA MANISNYA !!!!!!!!!!!!!!



PUNYA BAIKNYA .......SIMPAN KUKU...




TIADA KATA SECANTIK BAHASA,  UNTUK KU PUJI BANG NOUR....



HA...HA...HA....AKU KAYA HAMPA TAK TAU.....


Saturday, 27 April 2013

ANAK MERDEKA BERUAS




'Kita Berkhidmat dan Tepati Janji, Kita Boleh Diharap, Mudah Dikenali dan Didampingi, Untuk Masa Hadapan Yang Lebih Cerah dan Lebih Terjamin ' Slogan yang dipegang oleh Dato' Chang Ko Youn yang membawa beliau masih dikenali dan disegani oleh pihak lawan. Pengalaman beliau dalam bidang politik amat lama dan berpengalaman. Walaupun telah kalah pada PRU Ke 12 di Parlimen Beruas beliau masih meneruskan khidmatnya pada masyarakat yang bermasalah dan meneruskan pembangunan di Parlimen Beruas selama 5 tahun kebelakangan  ini. Banyak perubahan pembangunan dilakukan seperti berikut :-

1. Sebuah bangunan baru untuk SJKT Ayer Tawar.
2. Lampu Isyarat di Kg Jering
3. Menurap semula jalanraya di Bagan Panchor dan Jalan Sitiawan, Beruas
4. Sebuah bangunan baru untuk SJKC Tit Bin bernilai RM 2 juta
5. Masjid Baru Changkat Cermin bernilai RM 2 juta
6. Dewan Komuniti India bernilai RM 2 juta
7. Membina sebuah klinik kesihatan di Pantai Remis bernilai RM 10 juta, dan
8. Sebuah jambatan untuk penjalan kaki di Jalan Ipoh, dekat dengan Changkat Cermin.

Masyarakat setempat menganggap beliau sebagai saudara mara mereka sendiri dan ini membuatkan  hubungan beliau dengan masyarakat setempat semakin erat dan dapat bergaul dengan lebih mesra. Beliau merasakan bertanggungjawab terhadap masa depan anak-anak di Anak-anak kita adalah masa hadapan kita dan tunjang kepada Negara kita yang tercinta ini. Kita  perlu memastikan masa depan mereka tidak menjadi permainan politik danjanganlah kita ambil risiko keatas masa depan mereka. Saya berjanji akan membawa kestabilan serta keamanan kepada masa depan kanak-kanak dan memastikan masa depan mereka tidak menjadi permainan politik dan janganlah kita ambil risiko keatas masa depan mereka. Saya berjanji akan membawa kestabilan serta keamanan kepada masa depan kanak-kanak. Beliau amat berharap semua penduduk kawasan Parlimen Beruas memberi peluang kepada beliau untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Beruas supaya, beliau mendapat ‘platform’ atau pentas untuk terus berkhidmat kepada penduduk kawasan Parlimen Beruas.

Monday, 15 April 2013

INI BUKAN ULAMA' , INI ULAR DALAM SEMAK...





Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran. 

Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji. Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara. 

Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara. Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati. Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan. 

Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi. Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk. Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya. 

Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.

ADAKAH ORANG MELAYU SEBAGAI SATU ANCAMAN KEPADA MEREKA ?



DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. 

Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. 

Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. 

Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. 

Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. 

Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir. 

Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. 

Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. 

Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus. 

Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri. 

Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. 

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. 

Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. 

Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. 

Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. 

Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? 

Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? 

Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.

Sunday, 14 April 2013

MULUT TEMPAYAN BOLEH DITUTUP, MULUT MANUSIA................





Lim Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAP menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu. Usaha itu dibuat ekoran usaha DAP yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAP diketepikan.

Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?

Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.

Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.

Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.

Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat. 

"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.

Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.

Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.

Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.

Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.

Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai PM.

Saturday, 13 April 2013

MUNGKINKAH DAP AKAN TERSUNGKUR SEBELUM TIBA MASANYA UNTUK BERLEPAS......



DAP mungkin diarahkan diarahkan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) berikutan kegagalan memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut

Timbalan Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendedahkan siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai perkara itu telah selesai dan DAP didapati melanggar perlembagaan parti para 8 klausa 3(A) dalam pemilihan itu. 

Menurut sumber beliau, ROS dipercayai akan membuat pengumuman berhubung keputusan siasatan mereka dalam masa terdekat. 

"Saya tidak akan terkejut sekiranya ROS menghantar surat tunjuk sebab kepada DAP dan mengarahkan mereka untuk membuat pemilihan semula dengan menjemput kembali 753 ahli itu dalam masa terdekat ini. 
"Dalam perkara ini, DAP telah gagal mengeluarkan sebarang notis jemputan bagi cawangan serta ahli yang sah untuk hadir ke pemilihan itu, ini telah melanggar kod etika perlembagaan tersebut. 
"Dalam klausa tersebut, sudah termaktub bahawa setiap cawangan yang mempunyai jumlah ahli yang telah berdaftar dan sah layak hadir ke Kongres Kebangsaan dan mengundi memilih kepimpinan tertinggi pusat,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini, mendedahkan kegagalan parti itu memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC berkenaan pada Kongres Kebangsaan DAP. 
Ramanan turut mendedahkan sikap 'angkuh' Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai tidak langsung memberi sebarang kerjasama bagi membantu ROS menyelesaikan isu tersebut. 


"Bayangkan, ROS sudah beberapa kali menghantar surat jemputan kepada beliau untuk memberi kerjasama dalam siasatan tetapi Guan Eng bersikap sombong dengan menghantar 'orang lain' untuk berhadapan dengan ROS.  "Tuduhan berhubung manipulasi dalam pemilihan parti selain ahli dinafikan hak untuk mengundi adalah sesuatu yang serius namun bagi Guan Eng mungkin ini hanyalah sekadar 'jenaka'," katanya. 

Tambah beliau, hanya Guan Eng harus memikul tanggungjawab andainya ROS bertindak tegas terhadap DAP dan berhenti menyalahkan orang lain selain dirinya. "Saya rasa hanya Guan Eng perlu dipersalahkan, hanya beliau sahaja perlu memikul tanggungjawab ini, jangan letak tanggungjawab terhadap Lim Kit Siang, Karpal Singh atau lain-lain orang dalam parti.  "Jangan memandai menyalahkan ROS atau UMNO dan MIC juga, Guan Eng harus menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sombong dan menganggap dirinya kebal undang-undang," ujarnya. - UtusanAksi sarkas politik kepimpinan DAP ini sudah pasti akan memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti DAP yang selama ini menganggap mereka itu bersih, efisien dan boleh dipercayai.

Yang lebih memalukan ialah Lim Guan Eng DAP bukan sahaja memegang jawatan Ketua Menteri sementara tetapi berdepan dengan jawatan Setiausaha Agung parti yang gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk melaksanakan proses pengundian CEC DAP yang telus.


Kita tunggu keputusan ROS nanti.

Thursday, 11 April 2013

KEKAYAAN, KUASA UNTUK KRONI.........


KRONIIIIII




DAN KEKAYAANNNNNN





Beberapa aset kekayaan yg dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar Ibrahim) yg merupakan seorang rakyat biasa & bukannya bersusur-galur bangsawan mahupun orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatah lagi seorang ahli perniagaan Korporat mahupun keparat.

Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dlm kerajaan yg dikutip oleh Tun Dr. Mahathir drp ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA RAYA MALIANA dlm sekelip mata. Bukan shj Anwar menjadi mewah, malahan bapanya sendiri secara tiba2 mempunyai aset yang berbilion2 apabila Anwar memegang jawatan sbg Menteri Kewangan.

Mari kita semak senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan yg besar mewakili Anwar dgn menjadi Ahli Lembaga Pengarah lebih dari 50 buah syarikat & memegang saham hampir 20 buah syarikat. Antara syarikat tersebut adalah:- Pengkalen Holdings Bhd, Pengkalen Capital Bhd, OI Corporation Bhd, Pan Malaysia Industries Bhd, Nissan Industrial Oxygen Bhd, Zaitun Bhd, Boral Concrete (M) Sdn. Bhd., Ibrus Holdings Sdn. Bhd., MS Pembinaan & Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd,. PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd., Metromix Sdn. Bhd., Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd., PPH Development (M) Sdn. Bhd., PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd., PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Berikut pula merupakan senarai syarikat yg bapa Anwar merupakan pemegang saham yang besar dlm sesebuah syarikat:- Nissan Oksigen Perindustrian Bhd. (3,032,500 saham); Par Con Corporation Bhd. (900,000); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd. (510,000); Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000); Westaflex Sdn. Bhd. (200,000) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000).

Dari mana pula aset kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki??? Dari langit kah??? Adik beradik Anwar juga merupakan rakyat biasa yg bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Kewangan, adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau.

Rani sbg pengarah Azamintensif Sdn. Bhd., Marzuki sbg pengarah lapan syarikat:- Teraju Dinamik Sdn. Bhd., Knight H & D Sdn. Bhd., Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd., Rodatra Sdn. Bhd., Sanjungan Niaga Sdn. Bhd., CSPM Resources Sdn. Bhd., Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd., Lityan Holdings Bhd., dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Senarai aset2 di atas yg dimiliki oleh bapa & adik beradik Anwar mempunyai nilai berbillion2 ringgit yg ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu. Apakah Anwar Ibrahim seorng yg benar2 BERSIH??? Mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia dari mana kekayaan yg ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion ini dlm sekelip mata??? Apakah Anwar dan Keluarganya MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki aset sebegini???

Inilah dia makhluk ANUGERAH TUHAN...


Sumber : Harapan Esok


Tuesday, 9 April 2013

SANGGUP KAU MENGHANCURKAN NEGARA DEMI BANG NOUR.....


Rafizi Ramli yang pernah bertugas di Petronas, sebenarnya diberhentikan ataupun ditendang keluar kerana masalah selalu ponteng dan mencuri-curi masa berkempen untuk pembangkang.

Menurut sahabatnya yang masih berada di Petronas, seorang Lulusan Engineer Petroleum dari Amerika, berkata bahawa Rafizi tidak memberikan teladan yang baik semasa di Petronas. Rafizi dikatakan menjadikan Petronas sebagai hak milik keluarganya sdn. bhd. Bukan setakat kes ponteng kerja tetapi juga melibatkan tuntutan palsu.

Apabila Rafizi Ramli dilantik pula sebagai penasihat ekonomi dalam Kerajaan Selangor, Rafizi gagal membezakan antara kepentingan aset kekal, aset sementara dan aset diapungkan. Sebab itulah Rafizi melihat pelaburan dalam Hartanah sebagai merugikan, walaupun ianya dalam kategori kos melepas mengelak kerugian sementara yang bakal ditanggung syarikat induk, selepas ditolak keuntungan kasar melepasi pemberatan margin nasional. Sebab itulah juga Rafizi memecat dirinya sendiri tempohari!

Oleh kerana Rafizi terikat dengan Teori Adam Smith, sama seperti yang digunakapai bosnya Anwar Ibrahim. Rafizi terpaksa menjual aset-aset rakyat Selangor seperti Bangunan-bangunan milik PKNS, Asrama yayasan Selangor di kampung Pandan, "Bailout" dalam isu Talamhttp://mymassa.blogspot.com/2013/04/penyelesaian-talam-anwar-khalid-kongsi.html

Sebelum diterberhentikan dalam Kerajaan Selangor, Rafizi sempat memperbodohkan rakyat Selangor dengan berusaha menjual aset-aset hartanah seperti padang permainan di Kelana Jaya, aset-aset UNISEL dan yang terbaru turut memperjuangkan Air Selangor untuk poket-poket mereka.

Semua aset-aset di atas ditukar secara cepat dan urusniaga melompat, yakni menghapuskan hutang-hutang sampingan dan digantikan dengan nilai-nilai lebih tinggi daripada paras hutang, untuk mendapat Tunai Segera (Cash). 

Konsep ekonomi marginal dalam mikro ekonomi diketepikan, sebaliknya aspek makro ekonomi dilihat sebagai peluang untuk menambah poket.

Dalam hal ini, Rafizi gagal menghuraikan kenapa Anwar Ibrahim melabur ke atas hartanah bernilai jutaan ringgit yang diduduki keluarganya sekarang. Di atas sebuah bukit tinggi, dikawal oleh puluhan CCTV, bodyguard dan pengawal keselamatan!

Adakah Rafizi mengerah rakyat mempercayai bahawa hartanah peribadi keluarga Anwar itu sedang menyusut nilai dan semakin lama semakin rendah nilainya?

Bagaimana isu Talam di bawah, apakah Rafizi lebih Bijak berbanding Akuntan Bertauliah yang mengaudit Aktiviti Merampok Wang Talam ini. 


Auditor juga detect yang perbezaan baki tertunggak yang direkod dalam buku kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan mengambil kira hutang yang telah dihapus kira oleh SAP sebelum ini. Hutang tersebut adalah dari anak2 syarikat Talam iaitu; Maxisegar Sdn Bhd, Expand Factor Sdn Bhd and ABRA Development Sdn Bhd, yang berjumlah RM15,001,451.90.

Secara ringkasnya, hutang dari Talam ke SAP ialah seperti berikut;

Perkara
Jumlah Hutang (RM)
Hutang Talam Group ke KHSB
178,680,939
Hutang yang tidak Termasuk
48,578,079
Hutang kasar
130,102,860
Hutang oleh Talam Yang Dihapuskira oleh SAP
15,001,452
Hutang bersih Talam ke KHSB
115,101,407

Mengikut perjanjian untuk menyelesaikan hutang bertarikh 3 November 2009 antara KHSB, Permodalan Negeri Selangor (PNSB), Pendidikan Indutri YS Sdn Bhd (PIYSB), TCB dan Kerajaan Negeri Selangor . TCB confirm amount yang tertunggak adalah sebanyak RM391,986,473.00 kepada syarikat berikut;

(i) KHSB - RM115,101,407.00
(ii) PNSB - RM28,208,066.00
(iii) PIYSB - RM248,677,000.00
(Dikenali sebagai "hutang-hutang" pada muka surat seterusnya")

Mengikut perjanjian tersebut, Talam mesti menyelesaikan hutang dalam waktu yang ditetapkan. Kegagalan utk menyelesaikan hutang tersebut menyebabkan Talam dikenakan interest sebanyak 6% per annum terhadap baki yang tertunggak.

Walau bagaimanapun, auditor detect yang interest sebanyak RM58,400,113.79 tidak diambil kira oleh Talam dalam laporan kewangan mereka walaupun hutang tersebut telah dipersetujui oleh pemiutang2 seperti yang dinyatakan di atas. !!! 

Wang ini telahpun masuk ke dalam akaun Khalid Ibrahim dan AnwarIbrahim. Selepas ini Auditer Bertauliah akan buktikan bagaimana Rafizi mendapat persen daripada urusniaga menipu ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...