SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday, 1 May 2018

KO JGN KENCING MERATA-RATA AZIZ BARI

Aziz Bari Macai Paling kuat dari DAP kini bertanding di DUN N26 Tebing Tinggi mula kencing Melayu merata-rata dengan kononnya kelemahan UMNO dan BN yg jadikan rakyat Perak kini menderita dan merana terutama dikawasan jajahan DAP yg sengaja ditinggalkan.

Mangkuk nie siap berkempen kononnya kesalahan kemunduran di kawasan DAP nie adalah sebab MB UMNO dan kerajaan negeri bawah pentadboran BN. DAP mengakui tidak mampu membantu atau berbuat apa-apa utk mrmbantu. Mangkuk terus memberi contoh Negeri Selangor dibawah pentadbiran PKR Azmin Ali lebih maju dan makmur kononnya dengan negeri Perak.

Jika dilihat Aziz Bari yg mulut lidah biawak pernah katakan satu ketika dulu bahawa
- dia kata dia tak berminat jadi calon atau YB, hanya utk membantu Pakatan Harapan 2008
- dia terhegeh-hegeh pulak jadi calon DUN dan MB bagi siri NIZAR 2
- dia juga antara yg lantang menentang PKR dan keluar dari PKR kerana menentang penyeleweng dalam PKR, masuk DAP dan kini bertanding atas tiket PKR.
- Dia juga antara yg paling kuat kecam Sultan Selangor tentang kuasa Sultan boleh dicabar
- Dia yg paling kuat menyokong hak Murtad kepada semua selaras dgn perjuangan DAP
- Dia juga menyokong bila pihak DAP membawa kumpulan orang Islam berbuka di Gereja.
- Dia juga merasuk pelajar dalam siri ceramah dan forum menghasut supaya menentang kerajaan dan kempen masuk parti pakatan Harapan sekalipun  di pengajian tinggi. Bagaimanapun ada isu yg viral dilaman blog dan FB bila pelajar yg hadir tak puas hati beliau berceramah psl politik dan buka kaunter ahli baru PBBM.

Kali ini dia bertanding di DUN N26 Tebing tinggi atas tiket DAP menggunakan logo PKR yg dia jelas tentang kononnya punyai pentadbiran sumbang dan berhijrah ke DAP malah segala kenyataan awal doal tidak mahu bertanding sebagai calon dan kini guna semula logo yg dicaci sebelum ini.

Teman nak bagi tau Aziz Bari, engko di Selangor bolehlah kencing merata, dan teman nak bagitau orang Perak Tak sior nak jadi macam Selangor, mandi, minum takda ayor da  MB bengap kata ayor empangan yg berlambak jadah apa nak minum ayor tu, kumer kat sini berlambak lombong tak bulor minum ayor lombong  tak bulor terhrgeh-hegeh buka puasa ihsan digereja, mariler buka posa surau kumer sebulan free la yop, itu pun sebulan sampai tak cukup ada yg terpaksa cari tempat lain utk buat moreh.

Nak bagi tau juga kat miker takat perangai miker yg libreal nyokong murtad, lgbt dan sonsang tu usah la nak pusing bagai, takat sembang kawasan DAP boleh ler miker sembang.

Dah jelas DAP gagal dikawasan, bukan salah kerajaan negeri  chok wak apa DAP jadi wakil rakyat goyang telo da  salahkan kerajaan  ater baik jgn ada YB yg asyik ngasut dan bagi makan ceramah jer kat rakyat.
MIKER TUNGGU LER ORG PERAK AJOR MACAMANA JADI RAKYAT YG SRTIA DAN TOLAK MIKER YG FAHAMAN PARTI KOMUNIH...

#gengPCT

Saturday, 5 November 2016

KENCING KUAT SANGAT RAFIZI NI

4 November 2016

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki
Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) di Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya,
Malaysia.

( melalui Poslaju, faksimili 03-8888 3904 dan email asyraf@asyrafwajdi.com )

TUDUHAN FITNAH TERHADAP TABUNG HAJI

Saya merujuk kepada kemaskini status Saudara di Twitter pada hari ini yang menuduh saya memfitnah Tabung Haji, seperti berikut:

Jawapan Tabung Haji yang diberikan oleh Pengarah Urusannya Dato’ Johan Abdullah semalam adalah lebih berhemah dan berhati-hati, mengambil kira ketepatan angka-angka yang saya bentangkan kerana kesemuanya diambil dari laporan kewangan kumpulan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.

Saya yakin Dato’ Johan Abdullah sendiri memahami bahawa saya hanya menjalankan amanah saya sebagai wakil rakyat untuk memantau prestasi, urus tadbir dan menggalakkan penanda aras (“benchmarking”) kepada perjalanan Tabung Haji, kerana ia milik rakyat. Jutaan rakyat miskin bergantung harap kepada Tabung Haji dan sebahagian besar mereka tidak pun mempunyai apa-apa simpanan. Simpanan mereka di dalam Tabung Haji adalah semata-mata kerana mereka mahu menunaikan ibadah haji, maka mereka sanggup mengikat perut walaupun sebenarnya mereka tergolong di dalam kalangan orang miskin yang tidak layak pun mempunyai apa-apa simpanan wang.

Adalah sangat malang apabila seorang yang terpelajar dan berlatar belakang pendidikan agama seperti Saudara tidak mampu bersimpati kepada keperluan timbang tara (“check and balance”) yang kukuh bagi memastikan Tabung Haji menjadi agensi pelaburan dan amanah yang terulung di dunia. Kecemerlangan pengurusan Tabung Haji akan menjadi dakwah yang baik kepada orang Islam dan bukan Islam. Caca merbanya Tabung Haji mengundang cemuhan dan pandangan sinis terhadap Islam.

Saya lebih berterima kasih dan menghargai sikap ketua Saudara iaitu YB Mejar Jeneral(B) Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang nampaknya lebih profesional dalam menangani pertanyaan-pertanyaan saya di dalam dan luar Parlimen mengenai Tabung Haji. Setakat ini beliau memberi kerjasama sepenuhnya dan memberikan jawapan bertulis yang telus kepada semua soalan yang saya timbulkan mengenai Tabung Haji.

Tuduhan Saudara terhadap saya pada hari ini adalah sangat serius. Saudara menuduh saya dengan sengaja membuat fitnah terhadap Tabung Haji lalu menggambarkan saya berniat jahat dan ingin merosakkan satu institusi Islam. Secara langsung Saudara menuduh saya seorang yang anti-Islam seperti yang turut diulang oleh juak-juak parti Saudara di laman sosial.

Maka, sebagai seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Islam di negara ini, jika Saudara yakin saya telah membuat fitnah terhadap Tabung Haji (seperti yang Saudara tuduh pada hari ini), maka wajiblah Saudara atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri, atau atas kapasiti sebagai seorang pendakwah, atau atas kapasiti seorang pendeposit Tabung Haji, atau sekurang-kurangnya atas kapasiti seorang Islam, memfailkan saman terhadap saya di dalam mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari dari sekarang sebagai langkah melindungi Tabung Haji dari fitnah-fitnah jahat.

Jika Saudara tidak bersedia memfailkan sendiri saman terhadap saya, maka sekurang-kurangnya Saudara, atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Islam di negara ini, bolehlah mengarahkan Tabung Haji untuk memfailkan saman sivil terhadap saya atas tuduhan memfitnah (seperti yang didakwa Saudara pada hari ini) dalam tempoh tujuh (7) hari dari sekarang sebagai langkah melindungi Tabung Haji dari fitnah-fitnah jahat.

Setakat ini Tabung Haji tidak pula memfailkan saman sivil terhadap saya, sebaliknya berselindung di belakang polis untuk menahan dan mendakwa saya atas dakwaan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan yang mengecualikan Tabung Haji dari membentangkan fakta-fakta bagi membela dirinya di dalam mahkamah (berbanding saman sivil yang mana si penyaman perlu membentangkan fakta menunjukkan kenapa yang disaman dituduh memfitnah).

Jika Saudara dan Tabung Haji tidak bersedia untuk berdepan dengan saya di mahkamah, maka sekurang-kurangnya Saudara ada keberanian untuk berdepan dengan saya dalam satu debat di hadapan rakyat jelata agar mereka boleh menghakimi sendiri sama ada saya betul-betul memfitnah Tabung Haji seperti yang Saudara tuduh.

Oleh yang demikian, saya memberi Saudara masa selama tujuh (7) hari untuk mengesahkan kesediaan Saudara berdebat dengan saya mengenai tuduhan Saudara bahawa saya telah memfitnah Tabung Haji kerana saya mengandaikan Saudara tidak akan berani memfailkan saman terhadap saya di mahkamah.

Saya menunggu jawapan dari Saudara dalam tempoh tujuh (7) hari dari sekarang.

Wassalam.

Saya yang menjalankan amanah

RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan

X PAYAH TUNGGU 7 HARI

https://www.bnbbc.my/tidak-perlu-tunggu-7-hari-tabung-haji-sudah-saman-rafizi/

Tuesday, 25 October 2016

LUDAH KE LANGIT KENA BATANG HIDONG

Gila ke ape masa duduk memegang jawatan tk nk pertikaikan. Kuasa yg de nape x digunakan...nampak benonya setia.
Bila udah x de jawatan baru nk meroyan, mempersoalkan perkara yg pernah dinyatakan dengan yakin...ape ni.

Klu nk lawan biarlah bertempat, nak ikut pun biarlah berbaloi ....

Thursday, 21 April 2016

PEGI SARAWAK GUA TATAK UNTONG LA...

 
 
 
Cerita tentang penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasanya yang membabitkan skandal tanah di Pulau Pinang, sudah diketahui secara menyeluruh, termasuklah di ceruk paling pedalaman di Sarawak, walaupun di sebalik tanggapan DAP bahawa masyarakat Sarawak secara keseluruhannya masih ketinggalan dalam maklumat komunikasi.


Dr. Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, isu yang membabitkan pembelian banglo mewah pada harga rendah selain kontroversi tanah Taman Manggis yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Barisan Nasional sebelumnya untuk golongan miskin, telah menggelapkan sebahagian daripada kerjaya politik Lim Guan Eng Eng.


"Disebabkan itulah, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim Guan Eng untuk berkempen membantu mereka dalam pilihanraya kali ini. Sama ada dia bersalah atau sebaliknya, ia tidak akan memberikan banyak beza," kata Dr. Lee, yang terlibat dalam perbincangan meja bulat tentang pilihanraya Sarawak yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara.

Penganalisa politik, Profesor Bersekutu Dr. Jeniri Amir pula berkata, Ketua Menteri, Adenan Satem tidak sahaja berusaha mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti tetapi turut berusaha untuk memastikan undi kaum Cina kembali kepada Barisan Nasional.

Menurutnya pada Pilihanraya Umum 2013, Barisan Nasional hanya memperolehi 37% undi Cina, merosot 12% daripada undi yang diperolehi dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2011.


Persoalannya kini, adakah Ketua Menteri mampu memenangi undi kaum Cina dan sekaligus mengalihkan sokongan mereka daripada DAP kepada Barisan Nasional?


Dr. Jeniri bagaimanapun meramalkan, akan wujud peningkatan dari segi undi dan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri kali ini.


Pilihanraya Negeri pada 2011 merupakan kemuncak kepada DAP dan PKR. Bagaimanapun, dalam Pilihanraya Negeri kali ini, DAP dan PKR sendiri kurang keyakinan yang mereka mampu mencapai kejayaan seperti tahun 2011.


"Saya tidak fikir, DAP akan dapat meningkatkan pemilikan kerusi DUN mereka berbanding yang mereka menangi pada PRN lepas. Sehabis baik pun, mereka mungkin mengekalkan jumlah yang telah dimenangi tetapi yang lebih teruk, mereka mungkin akan kehilangan empat DUN," kata Jeniri.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Barisan mempunyai kelebihan kerana pembangunan masih menjadi isu penting di Sarawak dan Barisan mampu merealisasikannya.

Tuesday, 25 August 2015

UMNO TIADA MELAYU TERBANGSAT


Bukan main lagi sensitif apabila Perdana Menteri menyatakan, tanpa UMNO, Melayu akan menjadi BANGSAT. Ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati berhubung penggunaan perkataan tersebut. Mereka lebih senang menerima perkataan BODOH, RASUAH, PENYELEWENG, RASIS dan sebagainya berbanding BANGSAT.

Malah mereka tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila Melayu dikaitkan dengan lembu atau babi. Tetapi sangat meloncat dan bimbang sekiranya perkataan BANGSAT akan menjadi perkataan trending yang akan menjadi sangat popular.

Hakikatnya, BANGSAT adalah bermaksud 'tiada tempat tinggal' atau 'berkelana' atau 'bertebaran mengembara' dan dalam pengertian masakini, dihalau keluar dari tempat tinggal dan mencari-cari tempat tinggal baru tanpa ketentuan.
Ia samalah seperti era 1930-an apabila ramai masyarakat India dan Cina bangsat ke Tanah Melayu dan sekarang menjadi keturunan yang merupakan sebahagian daripada struktur negara ini.

MELAYU TERBANGSAT tanpa UMNO yang berkuasa terbukti di Batu Feringgi, Pulau Pinang hari ini.
Pemusnahan 66 buah rumah, malah difahamkan melibatkan lebih 1000 keluarga adalah bukti sebenar kepada kenyataan Melayu Terbangsat. Kesemua mereka yang dibangsatkan terdiri daripada orang Melayu. Mereka dipaksa menjadi bangsat apabila rumah dan kediaman mereka dirobohkan tanpa sebarang pampasan, tanpa sebarang bantuan dan tanpa sebarang rumah ganti.

Adalah difahamkan perkampungan tersebut dihuni oleh keturunan pahlawan dan kerana itulah, mereka akan mempertahankan kewujudan kampung mereka sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mereka adalah keturunan daripada perajurit-perajurit yang berkhidmat untuk Sultan Kedah sebelum kedatangan Francis Light di Pulau Pinang. Sultan Kedah pada waktu itu telah membenarkan mereka tinggal di pulau tersebut yang merupakan sebahagian daripada negeri Kedah.
Perkampungan tersebut merupakan perkampungan Melayu terakhri di Batu Feringgi, yang menjadi idaman DAP semenjak mereka berjaya merampas Pulau Pinang daripada Barisan Nasional pada tahun 2008.

Bagi yang tidak faham istilah dan pengertian BANGSAT selain daripada maksud pertama yang popular dan seringkali digunakan, apa yang berlaku di Pulau Pinang hari ini adalah maksud sebenar perkataan BANGSAT yang kerapkali digunakan oleh masyarakat Melayu di sebelah utara Semenanjung ` The FlyingKick

Nak menangis aku baca.. sedih tak terkira bila membayangkan nasib Melayu bila UMNO dah hilang kuasa.. senang-senang saja kena halau..

Thursday, 6 August 2015

#1MDB


SEJARAH PENUBUHAN 1MDB DAN APAKAH 1MDB

Sejak akhir-akhir ini ramai rakyat Malaysia begitu trauma dan paranoid apabila di sebut tentang 1MDB. Tapi tahukah kalian apakah sebenarnya syarikat pembangunan milik kerajaan ini? Adakah ianya seburuk yang di sangka? Apakah itu 1MDB dan luangkan masa anda untuk memahaminya dari terus menerus mendengar pendapat yang salah berkaitan Syarikat Pelaburan milik Kerajaan ini.




Sejarah awal penubuhan 1MDB bermula sekitar Januari 2009, di mana Kerajaan Malaysia telah mengambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan seterusnya menjadikan lembaga itu sebagai sebuah syarikat berhad yang di aspirasikan dari slogan 1 Malaysia dan seterusnya di namakan 1 Malaysia Developement Berhed (1MDB). Pengambil alihan tersebut oleh Kerajaan bertujuan untuk melibatkan diri dalam sektor pelaburan sovereign wealth fund iaitu 1 perniagaan berkaitan pelaburan milik negeri atau negara. Kebiasaannya pelaburan yang dibuat melalui dana negeri atau negara adalah dalam sektor hartanah, saham, bon, tenaga dan sebagainya. Secara amnya, modal niaga untuk sovereign wealth fund ini adalah daripada dana keuntungan hasil komoditi negeri.


Lembaga Pelaburan Terengganu yang telah diambil alih oleh kerajaan pusat dan seterusnya di jadikan sebuah syarikat berhad dengan melibatkan diri dlm aktiviti pelaburan sovereign wealth fund daripada hasil royalti minyak negeri itu. Penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu ketika itu ialah Jho Low. Ketika Lembaga Pelaburan Terengganu diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan di jadikan 1MDB, LPT mempunyai cadangan portfolio dana pelaburan bernilai RM 1 billion dan cagaran nilai RM 6 billion hasil royalti minyak untuk mendapatkan dana pelaburan bernilai RM 5 billion. Secara dasarnya pengambil alihan Lembaga Pelaburan Terenganu oleh kerajaan pusat ini direstui oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda, Yang Di Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga ketika itu adalah Sultan Terengganu.


Siapakah Jho Low


Jho low merupakan penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada tahun 2008 ketika itu di era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jho low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWE Berhad yang terlibat dalam sektor kontraktor engineering. Beliau adalah lepasan pelajar Universiti Amerika Syarikat dan berkawan baik dengan keluarga Di Raja Jordan dan beberapa Negara Arab yang mana hubungan ini terjalin sewaktu mereka belajar di universiti yang sama dengan beliau. Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD $25 juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di Timur Tengah. Di atas faktor ini, Jho Low mendapatkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

ASAS PERNIAGAAN 1MDB

Seperti sedia maklum, asas perniagaan 1MDB terdiri daripada 5 segmen pelaburan iaitu Sektor pelaburan, Sektor tenaga, Sektor hartanah, Sektor pelancongan dan Sektor pertanian. Melalui pelaburan dalam masa singkat, 1MDB telah berjaya dalam beberapa pelaburan di sektor hartanah antaranya :

1.Tun Razak Exchange (TRX)


Tun Razak Exchange (TRX) ialah sebuah projek zon kewangan antarabangsa seperti mana Wall Street di New York, Singapura, Hong Kong, Dubai, Tokyo dan lain-lain lagi. Menerusi TRX, aktiviti perkhidmatan kewangan antarabangsa adalah perniagaan teras di zon ini.

2. Bandar Di Malaysia

Sebuah kawasan 162 hektar yang dahulunya Pengakalan TUDM Sungai Besi akan dibangunkan untuk Pusat Kewangan Islam Antarabangsa dengan rakan niaga utama ialah Qatar Investment Authority yang terdiri daripada Pusat Komersial, Perumahan Mewah dan sebagainya.

3. Pelaburan dalam sektor tenaga IPP dan pelaburan IPP dalam jaringan SCORE di Sarawak.


4. Aktiviti membawa pelaburan asing ke Malaysia dengan perkongsian modal melalui Petrosaudi Limited dan lain-lain lagi.

Bagi memahami teras perniagaan 1MDB, ianya menyediakan sektor pembagunan strategik dimana ianya berasaskan penyedia infrastruktur kepada pelabur yang berminat untuk melabur di Malaysia dalam sektor kewangan, bon saham sukuk dan sebagainya. Keseluruhan tempoh fasa pembangunan 1MDB ialah selama 15 tahun dan ianya adalah 1 aktiviti pelaburan jangka panjang. Inilah yang membuatkan penulis jelas kesal dengan tanggapa negatif yang di lemparkan oleh Pembangkang dan juga Tun Dr Mahathir Mohamed.


Peranan bebas 1MDB dalam pembangunan kepelbagaian infrastruktur ini secara jelas di politikkan oleh sesetengah pihak yang jelas tidak faham perjalanan sesebuah syarikat. 1MDB memerlukan sekurang-kurangnya 15tahun untuk menampakkan hasil. Adalah amat malang bagi sesetengah rakyat Malaysia apabila melihat 1MDB satu lialibiliti tambahan bagi kerajaan tanpa memahami gerak kerja dan perjalanan 1MDB. Jelas sekali orang-orang seperti Khairy Jamaluddin, Rafizi Ramli dan beberapa orang yang sentiasa menjaja fitnah berkaitan 1MDB, tidak memahami impian dan hasrat Perdana Menteri dalam membangunkan serta menambah pendapatan Negara menerusi pelaburan jangka panjang. 

JELAS MENYEDIHKAN APABILA TERDAPAT RAKYAT MALAYSIA BERPENGARUH BEGINI...

#1MDB ADALAH PEMBANGUNAN UNTUK ORANG MELAYU......
#1MDB BERJAYA ADALAH KEKUATAN KEPADA KERAJAAN..
BILA KERAJAAN KUAT DAN KUKUH DARI SEGI KEWANGAN SUSAH UNTUK DISINGKIRKAN....
PERCAYALAH ISU APE YANG BERLAKU SEKARANG UNTUK MEMECAHBELAH ORANG MELAYU .....JALAN TERAKHIR UNTUK MENGUASAI DAN MEMERINTAH MALAYSIA. 
FIKIR2KAN LAHHHHH.

#MH370

Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu akhir terjawab apabila serpihan bangkai pesawat yang ditemui di Pulau La Reunion, Lautan Hindi pada 29 Julai lalu disahkan milik pesawat berkenaan.

Keputusan hasil siasatan mengenai serpihan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 2 pagi, Khamis.

“Selepas 550 hari kehilangan pesawat MAS, dengan rendah hati dimaklumkan pasukan pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan yang ditemui itu milik MH370, kini kita ada bukti kukuh ia berakhir di Lautan Hindi.

“Bagi pihak Malaysia, terima kasih kepada semua yang membantu dalam operasi mencari selama ini dan kepada keluarga serta waris penumpang pesawat, pengesahan ini walaupun ia sesuatu yang tragis dan menyedihkan tetapi tentu dapat memberi kelegaan kepada mereka.

Penantian rakyat Malaysia selama 550 hari telah terjawap dan melegakan semua pihak. Rasa syukur dan muhasabah diri amat dituntut setelah Allah menunjukkan kebenarannya yang selama ini menjadi tanda tanya kepada kita semua.

Bila Allah menunjukkan kebesarannya kita semua perlu percaya, walau sehebat mana manusia pun walau secanggih mana peralatan jika Allah tidak mengizinkan. Allahhuwaalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...