SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday, 9 October 2012

Mana satu nak pilih ? Klau pilih kiri anda dijanjikan masuk syurga kerana diwahyu untuk menubuhkan parti tersebut, rasa x puashati boleh demonstransi jalanan bila2 masa, LBGT boleh diamalkan, kekayaan negara sama rata dirasai semua kaum tak kira minoriti atau majoriti, kebajikan untuk rakyat tapi tak pernah ditepati, satu pakatan tapi impian yang berlainan yang satu nak bawa ke bulan, yang satu lagi nk bawa ke syurga, yang satu lagi nak bawa kesamarataan. Klu pilih yang sebelah kanan dasar-dasar akan diteruskan, kemakmuran, keamanan dan perpaduan akan dikecapi, bantuan kebajikan dan subsidi terus diberikan, kepimpinan ini terus di dicontohi dan rujukan kepada negara-negara luar. Pilihlah yang mana satu, nak rasa pedas menyengat atau manis menawan .....fikir-fikirlah!!!!!!!!!!!!!!

Friday, 5 October 2012

YAKIN KE X YAKIN......


Suaram terima RM100 juta dana asing?


Klu yakin mengapa masih ada penyokongnya, sekokol dengannya bermakna kita menyokong apa yang dilakukan. Kalau kita menghalalkan tindakan mereka walaupun untuk menghancurkan akidah orang Islam, memporakperanda negara dan ingin berkuasa apa lagi yang perlu kita buat atau hanya membiarkan mereka merajalela sahaja. Tepuklah dada, tanya selera adakah itu yang kita inginkan ?

Thursday, 4 October 2012

BILA PANAS MASING-MASING MENGULUPOR SANA-SINI, BILA DAH SEJUK BUAT X TAHU AJE!!!!!!!!!!!!


Apabila sesuatu isu didedahkan berbagai pihak meminta agar diambil tindakan terhadapnya isu tersebut. Pelbagai kenyataan keluar di dada akhbar dan dikaca TV menyatakan ketidakpuasaan mengenai perkara tersebut sampai diadakan demonstrasi, memorandum dan pelbagai cara lagi.Timbul pulak isu lain heboh lagi, isu yg kebelakang ditinggalkan tanpa ada penyelesaian. Sampai bila perkara seperti ini harus berlaku, adakah rakyat tidak muak dengan cerita-cerita yang ditonjolkan oleh pihak penjawab. Rakyat udah pandai membuat tafsiran dan penilaian terhadap isu yang ditampilkan apabila tidak ada keputusan yang boleh meyakinkan.....

Friday, 21 September 2012

SUARAMHARAMMANGKUKAYUN

BERJAGA-JAGA KITA SEDANG DIPERHATIKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!

TERLAJAK PERAHU BOLEH BERPATAH BALIK, TERLAJAK KATA BURUK AKIBATNYA.

Diseluruh negara berbagai lapisan peringkat umur dan kefahaman sama-sama menentang penghinaan terhadap NABI MUHAMMAD SAW. Betapa bodohnya apek sitiawan ini hidup didalam negara agama Islam adalah agama rasmi telah menimbulkan kebencian dan rasa tidak puas hati dari setiap penganut agama Islam yang terdiri dari berbagai kaum. Islam x semestinya MELAYU, BN BUKAN HANYA MELAYU. Bangkit lah wahai pejuang-pejuang ISLAM mempertahankankan cara hidupmu, jgn ada sampai yang berani mempermainkan akidahmu. Bersatu, Bersatu, Bersatulah......

Thursday, 20 September 2012

BILA DIKATAKAN BEBAS, BOLEH MENULIS SESUKA HATI KE!!!!!!!

'Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata,"Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.''Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah,''




PENDUDUK Islam Pakistan berarak menuju bangunan konsulat Amerika di Karachi membantah filem anti-Islam, kelmarin. Polis antirusuhan menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - AFPnggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu. - AFP

Wednesday, 19 September 2012

KEBIADAPAN NGEH MENARIK PERHATIAN......

Kebiadapan dua beradik ini satu negara dah tahu, cuma bila sesuatu isu dibangkit mereka pandai mengambil kesempatan untuk menumpang populariti. Kalau ikutkan perkembangan isu sekarang semua orang sedang memperkatakan baik orang muslim atau non-muslim tentang penghinaan NABI MUHAMMAD SAW didalam filem ' INNOCENT OF MUSLIM. Kebangkitan dan kemarahan orang-orang Islam diseluruh dunia terhadap isu ini sudah semestinya berlaku. 

Di Malaysia rakyatnya berbilang kaum sudah semestinya yang bukan beragama Islam menghormati dan menjaga sensiviti kaum yang beragama Islam. Kebiadapan ini berlaku mungkin kerana setiap perkara yang berlaku dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan diambil takutnya luka yang bengkak akan bernanah dan akan mengeluarkan darah yang busuk hinggakan tidak dapat dibendung lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...