SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Thursday 21 April 2016

PEGI SARAWAK GUA TATAK UNTONG LA...

 
 
 
Cerita tentang penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasanya yang membabitkan skandal tanah di Pulau Pinang, sudah diketahui secara menyeluruh, termasuklah di ceruk paling pedalaman di Sarawak, walaupun di sebalik tanggapan DAP bahawa masyarakat Sarawak secara keseluruhannya masih ketinggalan dalam maklumat komunikasi.


Dr. Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, isu yang membabitkan pembelian banglo mewah pada harga rendah selain kontroversi tanah Taman Manggis yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Barisan Nasional sebelumnya untuk golongan miskin, telah menggelapkan sebahagian daripada kerjaya politik Lim Guan Eng Eng.


"Disebabkan itulah, saya tidak fikir DAP Sarawak akan menggunakan Lim Guan Eng untuk berkempen membantu mereka dalam pilihanraya kali ini. Sama ada dia bersalah atau sebaliknya, ia tidak akan memberikan banyak beza," kata Dr. Lee, yang terlibat dalam perbincangan meja bulat tentang pilihanraya Sarawak yang dianjurkan oleh Majlis Profesor Negara.

Penganalisa politik, Profesor Bersekutu Dr. Jeniri Amir pula berkata, Ketua Menteri, Adenan Satem tidak sahaja berusaha mengekalkan penguasaan dua pertiga majoriti tetapi turut berusaha untuk memastikan undi kaum Cina kembali kepada Barisan Nasional.

Menurutnya pada Pilihanraya Umum 2013, Barisan Nasional hanya memperolehi 37% undi Cina, merosot 12% daripada undi yang diperolehi dalam Pilihanraya Negeri pada tahun 2011.


Persoalannya kini, adakah Ketua Menteri mampu memenangi undi kaum Cina dan sekaligus mengalihkan sokongan mereka daripada DAP kepada Barisan Nasional?


Dr. Jeniri bagaimanapun meramalkan, akan wujud peningkatan dari segi undi dan sokongan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Negeri kali ini.


Pilihanraya Negeri pada 2011 merupakan kemuncak kepada DAP dan PKR. Bagaimanapun, dalam Pilihanraya Negeri kali ini, DAP dan PKR sendiri kurang keyakinan yang mereka mampu mencapai kejayaan seperti tahun 2011.


"Saya tidak fikir, DAP akan dapat meningkatkan pemilikan kerusi DUN mereka berbanding yang mereka menangi pada PRN lepas. Sehabis baik pun, mereka mungkin mengekalkan jumlah yang telah dimenangi tetapi yang lebih teruk, mereka mungkin akan kehilangan empat DUN," kata Jeniri.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal-Ehwal Antarabangsa, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Barisan mempunyai kelebihan kerana pembangunan masih menjadi isu penting di Sarawak dan Barisan mampu merealisasikannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...