1. Hudud adalah
hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam
al quranil karim. Justeru sebagai
manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai
pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah
swt.
Ingatlah penegasan wahyu
Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا
قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ
أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا
maksudnya :
"dan tidaklah layak
bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan
oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan
yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya.
Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah
sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."
Jadi apakah hukumnya sekiranya orang Islam menentang HUDUD ?
No comments:
Post a Comment