SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Friday 20 June 2014

Malaysia negara Islam atau sekular terus dicanang oleh parti rasis DAP.

Di bawah adalah jawapan bertulis DS Jamil Khir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri kepada isu fundamental ini seperti yang dilaporkan oleh Bernama :

Malaysia bukan merupakan sebuah negara sekular berdasarkan :

1. Fakta sejarah penubuhan negara ini yang berasaskan kepada Kerajaan Islam Kesultanan Melayu dan Raja-Raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.
2. Perkara itu diperkukuhkan melalui Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengatakan agama Islam adalah agama Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan.
3. Kedudukan ini juga dizahirkan dengan adanya peruntukan lain seperti dalam Fasal (4) Perkara 11 berkenaan dengan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan penganut agama Islam oleh undang-undang Negeri dan Persekutuan.
4. Dalam Fasal (2) Perkara 12 tentang hak berkenaan dengan pendidikan, di mana sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan, menyenggarakan, membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi Islam atau membantu untuk mengadakan ajaran dalam agama Islam serta melakukan apa-apa perbelanjaan yang perlu.
5. Dalam Fasal (1A) perkara 121 juga menyebut bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah. 
6. Dalam butiran 1 senarai negeri jadual kesembilan Perlembagaan Persekutuan antaranya termasuk hukum syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam dan mengawal pengembangan doktrin dan kepercayaan dalam kalangan orang yang menganut agama Islam serta ikrar Yang di-Pertuan Agong dalam jadual keempat untuk memelihara agama Islam pada setiap masa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...