SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Monday, 7 April 2014

Masihkah ada lagi harapan ?

Kehilangan MH370 masih lagi menjadi misteri. Petunjuk-petunjuk yang dikatakan menjurus kepada MH370 masih lagi tidak dapat menyatakan ketepatan tempat kehilangan pesawat tersebut. Saban hari seluruh penduduk dunia menanti-menanti akan berita penemuan pesawat tersebut.

Masih adakah harapan bagi keluarga dan waris mangsa-mangsa penumpang MH370 menemui mereka semua dalam keadaan hidup ?

misteri mh370 terkinisenarai petunjuk dan teori misteri kehilangan mh370 pesawat mas

Bagaimana pun setiap petunjuk itu turut dinafikan oleh pihak yang terlibat dan sehingga kini belum ada bukti mahupun petunjuk konkrit yang dapat menentukan dimana kedudukan sebenar MH370 sekali gus kehilangan MH370 itu kekal menjadi “misteri"

Marilah kita sama-sama berdoa keselamatan dan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Berharap semua pihak dapat melakukan yang terbaik dalam waktu-waktu sukar ini.

Ataupun ini adalah dugaan dari Allah kepada rakyat Malaysia ?

Kehilangan MH 370 adalah suatu muhasabah ,pengajaran dan iktibar kepada seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa menegakkan keadilan dan menolak kezaliman serta kemungkaran agar bala bencana
kepada negara dan rakyat dapat dihindari.

Marilah kita bersatu demi keamanan dan kesejahteraan Negara yang kita amat cintai.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...