SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Wednesday 13 November 2013

Apa itu GST ?



GST adalah cukai penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.

Kadar GST dicadangkan pada 4% iaitu lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.

Mengapa GST perlu dilaksanakan?

Pelaksanaan GST merupakan salah satu langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi menyusun semula sistem percukaian negara supaya ia lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya:-

Cukai terselindung

Kesan: cukai jualan yang dibayar di peringkat pengilangan telah menjadi kos kepada pemborong dan peruncit, maka ianya telah diambilkira di dalam pengiraan margin keuntungan.

Cukai bertindih

Cukai bertindih (double taxation) berlaku di dalam dua keadaan iaitu:-

1. Cukai bertindih di bawah sistem yang sama, iaitu samada di bawah cukai jualan atau di bawah cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai perkhidmatan yang dikenakan merupakan sebahagian daripada kos menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

2. Cukai bertindih di bawah sistem cukai yang berlainan iaitu barang berkaitan dikenakan cukai jualan serta cukai perkhidmatan.

Kesan: Pengguna terpaksa membayar harga yang lebih mahal kerana cukai jualan merupakan sebahagian daripada kos yang akan dimasukkan ke dalam harga jualan dan dikenakan cukai perkhidmatan apabila menyediakan perkhidmatan kepada pengguna.

Apakah barang atau perkhidmatan yang dikenakan GST ?

Semua barang dan perkhidmatan dikenakan pada kadar standard iaitu 4% melainkan barang dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai iaitu pembekalan berkadar sifar dan pembekalan yang dikecualikan.

Apakah barang-barang yang tidak dikenakan GST?

Hampir semua barang makanan asas rakyat Malaysia seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ikan, telur, daging, ayam, gula dan tepung tidak dikenakan GST (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 1.

Selain daripada itu, barang dan perkhidmatan yang dieksport juga tidak dikenakan GST bagi menjadikan eksport negara lebih kompetetif di peringkat antarabangsa.

Apakah perkhidmatan yang tidak dikenakan GST?

Perkhidmatan asas yang digunakan rakyat Malaysia seperti pengangkutan awam, pendidikan, kesihatan, perkhidmatan kewangan dan tol lebuhraya tidak dikenakan GST (pembekalan yang dikecualikan). Selain itu, terdapat juga perkhidmatan terutamanya yang dieksport tidak dikenakan cukai (pembekalan berkadar sifar). Rujuk Jadual 2 dan Jadual 3.

Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh pengguna dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan?

Pengguna juga boleh memainkan peranan di dalam membendung aktiviti pengambilan keuntungan berlebihan ini. Pengguna sepatutnya:-

 membuat perbandingan harga sebelum berbelanja;

 sentiasa merujuk kepada panduan harga pengguna;

 melaporkan apa-apa kenaikan harga yang tidak munasabah kepada pihak yang

berwajib atau persatuan pengguna; dan

 berbelanja secara berhemah.

Pandangan bahawa mereka yang tidak membayar cukai penggunaan pada

masa sekarang terutamanya golongan miskin perlu membayar cukai

penggunaan apabila GST dilaksanakan.

Pada masa sekarang, rakyat tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar

cukai jualan dan cukai perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka.

Namun cukai yang dibayar ini terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam inbois atau

resit kerana ianya terselindung di dalam harga barangan.

Sebagai contoh bagi setiap RM100 yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak

RM2.38 adalah untuk cukai. Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada 4%,

beban cukai yang ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan

penjimatan di dalam perbelanjaan harian mereka.

Kajian yang dijalankan mendapati Indeks Harga Pengguna (IHP) akan mengalami

penurunan sebanyak 0.10%. Berdasarkan kajian tersebut, GST yang dikenakan pada

kadar 4% akan dapat mengurangkan harga bagi lapan (8) komponen IHP iaitu:-

 pelbagai barangan dan perkhidmatan;

 restoran dan hotel;

 komunikasi;

 pengangkutan;

 hiasan, perkakasan & penyelenggaraan;

 perumahan, air, elektrik, gas & bahan api;

 pakaian dan kasut; dan

 minuman alkohol dan tembakau.

Adakah GST akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan naik?

Kategori Deskripsi

Barang Makanan (Foodstuff)

a. Beras & padi – semua jenis beras dan padi termasuk beras pulut, beras perang dan beras hancur

b. Gula – semua jenis gula kecuali gula kastor dan gula ising

c. Tepung – tepung gandum, tepung beras, tepung pulut, tepung attar  tepung ubi dan tepung sagu kecuali tepung jagung dan sepertinya

d. Minyak masak – semua jenis minyak masak kecuali minyak bunga matahari, minyak jagung, minyak bijan, minyak zaitun

e. Garam – garam makan termasuk garam bukit

f. Sayuran – semua jenis sayuran seperti termasuk kentang, tomato, bawang, bawang putih, timun, lobak, keladi, keledek, ubi kayu, jagung dan dal

g. Rempah ratus – termasuk lada hitam, buah pala, kulit kayu manis, halia, asam jawa, serbuk kari

Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST(pembekalan berkadar sifar)

Kategori Deskripsi 

Binatang hidup, daging binatang dan organ dalaman binatang

– seperti lembu, kerbau, khinzir, kambing, ayam dan itik

Ikan dan isi ikan
 – semua jenis ikan kecuali ikan hiasan dan ikan untuk umpan

– semua jenis isi ikan yang diproses (segar, jeruk atau kering)  kecuali sirip yu

Kerang – termasuk udang kara, ketam dan udang

Molluscs – termasuk sotong, siput

Telur burung – ayam dan itik

Lain-lain – anak ayam, anak lembu, anak khinzir and jejari ikan kecuali benih sayur

Bekalan elektrik – bekalan elektrik kepada pengguna domestic untuk 200 KWH yang pertama

Bekalan air – bekalan air kepada pengguna domestic 35 meter padu yang pertama kecuali distilled water, de-ionised water, oxygenised water dan air mineral

Barangan yang dibekal di bawah Skim Pengilang Tol Diluluskan

– barang yang dibekalkan dari pasaran tempatan kepada peserta skim tersebut

Kawasan Yang Ditetapkan

– bekalan barang ke Kawasan Yang Ditetapkan (Langkawi, Labuan dan Tioman)

Eksport – semua barang yang dieksport samada melalui, darat, pelabuhan dan lapangan terbang

Deemed export

– barang yang dibekal dari PCA ke kawasan yang ditentukan termasuk ke kawasan FCZ yang terletak di    luar pelabuhan dan lapangan terbang

– barang yang dibeli oleh peniaga asing tetapi dibekal di dalam negara di bawah skim Skim Pengilang      Tol Diluluskan

Ship stores

– semua jenis barang untuk tujuan ship stores

– semua jenis barang bagi tujuan alat ganti atau perlatan yang digunakan di dalam pelayaran dan   

Jadual 1: Senarai barang yang tidak dikenakan GST (sambungan)

(pembekalan berkadar sifar)

Jadual 2: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST

(pembekalan yang dikecualikan)

Kategori Deskripsi

Pengangkutan penumpang (tempatan)

– pengangkutan awam secara rel (KTM, LRT, ERL, Monorail)

– kapal, bot dan feri

– bus ekspress, bas henti-henti, bas pekerja, bas sekolah dan bas feeder

– teksi dan kereta sewa

- perkhidmatan ambulan

Perkhidmatan kesihatan – perkhidmatan kesihatan oleh hospital dan klinik swasta

Perkhidmatan pendidikan

– aktiviti pendidikan dan latihan oleh insititusi pendidikan swasta

– kantin di sekolah rendah dan menengah

Bekalan tanah dan rumah kediaman

– pelupusan atau pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri

– jual, beli dan sewa rumah kediaman termasuk rumak kos

rendah dan sederhana

– jual, beli dan sewa/pajak tanah bagi kegunaan pertanian

– tanah bagi kegunaan awam seperti untuk bangunan Kerajaan atau tanah kubur

Bekalan emas – Bekalan emas untuk tujuan pelaburan

– Bekalan emas tulen dari refiner kepada pembeli pertama untuk tujuan pelaburan

Perkhidmatan kewangan Bank

– pendapatan faedah dari aktiviti pemberian pinjaman,

pendahuluan, overdraf dan lain-lain kemudahan kredit

– pulangan dari uruseniaga pelaburan seperi dividen kasar

dan keuntungan dari pelupusan asset kewangan

Syarikat insuran

– premium insuran nyawa dan keluarga

Firma Broker Saham

– penjualan semula ‘share buy back programme’

Kategori Deskripsi

Eksport – perkhidmatan yang dilaksanakan di luar Malaysia

– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung yang berkaitan dengan tanah atau apa-apa pembaikan     yang terletak diluar Malaysia

– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dieksport

– perkhidmatan yang dibekalkan secara langsung berkaitan dengan barang yang dimilki oleh orang di      luar Malaysia

– perkhidmatan pembaikan yang dijalankan di kawasan FCZ

Pengangkutan antarabangsa dan ancillary services

– pengangkutan penumpang dengan menggunakan kapal

atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara termasuk peringkat domestik)

– pengangkutan barang dengan menggunakan kapal atau kapal terbang (ke luar atau ke dalam negara    termasuk peringkat domestik)

– ancillary services (termasuk punggah masuk, punggah keluar, insuran, dan freight forwarding

Kawasan Ditetapkan 

– perkhidmatan dibekalkan ke Kawasan Ditetapkan Perkhidmatan pelabuhan dan lapangan terbang

– perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan dan lapangan terbang seperti pilotage, towage, surveying classification, pembaikan dan penyelanggaraan kapal, broking dan perkhidmatan pengurusan

Telekomunikasi 

– perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan di Malaysia kepada kawasan di luar Malaysia

– perkhidmatan roaming antarabangsa

Agen Skim Bayar Balik 

Pelancong

– perkhidmatan yang disediakan oleh agen Skim Bayar Balik 

Pelancong

Perkhidmatan yang di sediakan oleh kelab, persatuan, kesatuan dll

– kemudahan yang dibekalkan oleh kelab, persatuan, kesatuan, persatuan professional kepada ahli mereka

Jadual 3: Senarai perkhidmatan yang tidak dikenakan GST

(pembekalan berkadar sifar)

* Sumber: Kementerian Kewangan (MOF) dan Kastam DiRaja Malaysia (KDRM)

DISEDIAKAN OLEH:

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

JABATAN PERDANA MENTERI

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...