Datuk Seri Najib Razak berkata, dua akta baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat akan menyeimbangi antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan keperluan menjaga keamanan awam.
Perdana Menteri berkata, kerajaan percaya melalui pengenalan dua akta baru itu, Malaysia akan berada di antara negara yang mengamalkan demokrasi dan dihormati negara lain.
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong langkah kerajaan membuat pindaan untuk mengukuhkan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang dibentangkan baru-baru ini di Dewan Rakyat bagi menahan seseorang individu tanpa bicara.
"Saya berpendapat undang-undang (pindaan PCA) tersebut baik untuk kepentingan rakyat," kata Dr Mahathir semasa sidang media di Sunway Universiti hari ini.
Najib pada 2011 telah memansuhkan beberapa akta yang menahan seseorang tanpa bicara, antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO).
Menurutnya lagi, undang-undang keras tersebut perlu dilaksanakan di Malaysia memandangkan rakyat masih tidak membangun dan tidak berpendidikan.
"Dalam negara ini kita masih perlukan undang-undang begitu (tahan tanpa bicara), sebaik kita mansuhkan undang-undang tersebut lihatlah apa yang berlaku.
"Orang ramai masih tidak berpendidikan dan membangun untuk menghargai undang-undang sedemikian," terang Dr Mahathir lagi.
Bagaimanapun, Dr Mahathir memberi amaran supaya pemerintah tidak menyalahguna undang-undang tersebut untuk tujuan kepentingan sendiri.
"Jika kamu salah guna undang-undang, kamu perlu menerima padahnya," katanya lagi.
Bacaan pertama pindaaan PCA dibacakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini bertujuan mengukuhkan kedudukan untuk menahan penjenayah tanpa bicara sehingga dua tahun.
Pindaan berkenaan akan menyamai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak memasukkan semakan kehakiman, kecuali melibatkan langkah prosedur.
PCA ketika ini hanya membenarkan tahanan selama 72 hari terhadap individu yang ditahan di bawah akta berkenaan.
Akta itu juga mengkehendaki tahanan dibawa ke mahkamah sebelum ditahan selama 72 hari.
Ia digunakan secara efektif sebelum ISA dikuatkuasakan dan melalui pindaan itu, Putrajaya ingin menggunakan akta berkenaan sekali lagi.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, pihaknya masih terbuka bagi sebarang pindaan berkenaan akta itu di peringkat jawatankuasa Parlimen, seperti yang dituntut ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Rakyat (PR).
"Walaupun ada beberapa klausa yang diminta pembangkang, NGO dan Majlis Peguam, ia akan diteliti. Kami sebenarnya bersikap terbuka dalam meneliti beberapa perkara yang munasabah untuk dilakukan pindaan di peringkat jawatankuasa.
"Memandangkan keperluan terhadap pelaksaan mereka yang ditahan tidak dapat dibawa ke mahkamah disebabkan belum ada pindaan, maka pindaan ini mesti diluluskan," kata Ahmad Zahid.
"Ya, ia sedia ditambah baik," tambah Naib Presiden Umno itu lagi.
Pindaan memasukkan peruntukan penahanan tanpa bicara dan kuasa akta yang turut meliputi Sabah dan Sarawak mendapat bantahan beberapa NGO terhadap pindaan PCA.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menentang pindaan berkenaan yang menurut mereka bercanggah dari aspek hak asasi manusia.
Kumpulan aktivis Gerakan Rakyat Tolak ISA 2.0 menggelarkan akta berkenaan "seiras" dengan ISA kerana memperuntukkan tahanan tanpa bicara terhadap pesalah.
Mereka telah menganjurkan demonstrasi di perkarangan Parlimen hari ini, dengan disertai kira-kira 50 peserta sebelum menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
No comments:
Post a Comment