SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday, 9 July 2013

Pengertian, Tata Cara, dan Macam-Macam Puasa Wajib dan Sunah



Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari dengan niat. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. Maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi. Dan kesemuanya itu diharapkan berlanjutan ke bulan-bulan berikutnya, dan tidak hanya pada bulan puasa.




Puasa dan kesihatan
 
Ramai juga orang di zaman moden ini yang berpuasa atas sebab-sebab kesihatan, sama ada untuk menjalani pemeriksaan/pembedahan atau untuk menyihatkan badan.

Satu contoh yang utama ialah apabila pesakit dikehendaki berpuasa selama beberapa jam sebelum menjalani pembedahan atau prosedur-prosedur yang memerlukan penggunaan ubat bius. Ini kerana makanan di dalam perut boleh mengurangkan keberkesanan ubat bius itu. Satu lagi contoh ialah apabila menjalani sesetengah pemeriksaan kesihatan, biasanya kita akan diminta berpuasa supaya garis dasar (baseline) dapat dikenal pasti.

Ada juga orang yang berpuasa sebagai salah satu cara berdiet. Biasanya mereka perlu berpuasa agak lama, sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia berkesan. Namun, mereka mungkin masih mengambil makanan sihat, seperti jus buah-buahan ataupun sayur-sayuran.

Sebuah kajian yang agak baru ke atas tikus mendapati bahawa berpuasa selang sehari, dan memakan dua kali ganda lebih banyak pada hari-hari tidak berpuasa memberikan kawalan insulinyang lebih baik dan ketahanan neuron daripada kecederaan. Kesan-kesan ini hampir sama dengan tikus-tikus yang diberi diet kalori terhad. Ini mungkin bermakna berpuasa selang sehari merupakan satu alternatif kepada pengehadan kalori untuk hidup yang lebih sihat dan lama.

Ini adalah kerana badan manusia menggunakan lebih kurang satu pertiga keseluruhan tenaga semasa masa jaga. Apabila badan sentiasa menggunakan tenaga tetapi tiada makanan yang diambil, badan manusia akan mencari sumber tenaga yang lain, seperti glukosa daripada simpanan glikogen di dalam limpa, asid lemak daripada lapisan lemak yang disimpan, dan akhirnya daripada tisu-tisu protein yang penting. Badan manusia tidak mempunyai masalah untuk bergantung dengan asid lemak, tetapi otak dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Apabila simpanan glukosa ini telah hampir habis, badan manusia mula menghasilkan ketone bodies (acetoactate, hydroxy-butyrate, and acetone) daripada protein. Kehabisan sumber protein ini boleh menyebabkan kematian. Jadi, para doktor amat menggalakkan pemakanan yang berkhasiat sahaja apabila hendak berpuasa.

Selain itu, terdapat beberapa lagi kebaikan berpuasa untuk kesihatan, seperti:
memberi kerehatan kepada perut untuk meningkatan kecekapan
menghancurkan sisa-sisa racun atau toksik di dalam darah manusia
mengurangkan/menghapuskan ketagihan terhadap arak dan rokok

Hasilnya, kesihatan manusia akan bertambah baik. Berat badan dan risiko-risiko penyakit yang berkaitan dengan kegemukan dapat dikurangkan, dan umur seseorang itu boleh bertambah panjang.

Hari-hari yang dilarang untuk puasa, yaitu :

- saat lebaran Idul Fitri 1 Syawal dan Idul Adha 10 Dzulhijjah
- Hari Tasyriq : 11, 12, dan 13 Zulhijjah

Puasa memiliki fungsi dan manfaat untuk membuat kita menjadi tahan terhadap hawa nafsu, sabar, disiplin, jujur, peduli dengan fakir miskin, selalu bersyukur kepada Allah SWT dan juga untuk membuat tubuh menjadi lebih sehat.

Orang yang diperbolehkan untuk berbuka puasa sebelum waktunya adalah :
- Dalam perjalanan jauh 80,640 km (wajib qada puasa)
- Sedang sakit dan tidak dapat berpuasa (wajib qada puasa)
- Sedang hamil atau menyusui (wajib qada puasa dan membayar fidyah)
- Sudah tua renta atau sakit yang tidak sembuh-sembuh (wajib membayar fidyah 3/4 liter beras atau bahan makanan lain)


A. Puasa Ramadhan

Puasa Ramadhan hukumnya adalah wajib bagi orang yang sihat. Sedangkan bagi yang sakit atau mendapat halangan dapat membayar Puasa Ramadhan di lain hari selain bulan Ramadan. Puasa Ramadhan dilakukan selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan kalender Hijriah / Islam. Puasa Ramadhan diakhiri dengan datangnya bulan Syawal di mana dirayakan dengan lebaran Ied / Idul Fitri.


B. Puasa Isnin Khamis

Puasa Isnin Khamis hukumnya adalah sunah / sunat di mana tidak ada kewajiban dan paksaan untuk menjalankannya. Pelaksanaan puasa Isnin Khamis mirip dengan puasa lainnya hanya saja dilakukannya harus pada hari Isnain dan Khamis saja, tidak boleh di hari lain.


C. Puasa Nazar

Untuk Puasa Nazar hukumnya wajib jika sudah niat akan puasa nazar. Jika puasa nazar tidak dapat dilakukan maka dapat diganti dengan memerdekakan budak / hamba sahaya atau memberi makan / pakaian pada sepuluh orang miskin. Puasa nazar biasanya dilakukan jika ada sebabnya yang telah diniatkan sebelum sebab itu terjadi. Nazar dilakukan jika mendapatkan suatu nikmat / keberhasilan atau terbebas dari musibah / malapetaka. Puasa Nazar dilakukan sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas nikmat dan razeki yang telah diberikan.


D. Puasa Bulan Syaban / Nisfu Sya'ban

Puasa Nisfu Sya'ban adalah puasa yang dilakukan pada awal pertengahan di bulan Syaban. Pelaksanaan puasa Syaban ini mirip dengan puasa lainnya.


E. Puasa Pertengahan Bulan

Puasa pertengahan bulan adalah puasa yang dilakukan pada tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan sesuai tanggalan Hijriah. Pelaksanaan puasa pertengahan bulan mirip dengan puasa lainnya.


F. Puasa Asyura

Puasa asyura adalah puasa yang dilakukan pada tanggal 10 di bulan Muharam / Muharram. Pelaksanaan puasa Assyura mirip dengan puasa lainnya.


G. Puasa Arafah

Puasa arafah adalah puasa yang dilaksanakan pada tanggal 9 di bulan Zulhijah untuk orang-orang yang tidak menjalankan ibadah pergi haji. Pelaksanaan arafah mirip dengan puasa lainnya.


F. Puasa Syawal

Puasa syawal dikerjakan pada 6 hari di bulan Syawal. Puasa Syawal boleh dilakukan pada 6 hari berturut-turut setelah Hari Raya  Aidul Fitri. Pelaksanaan arafah mirip dengan puasa lainnya.

1 comment:

  1. wah..makasih admin...saya suka ini.minta copas ya min..makasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...