Manusia dipegang pada janji. Manusia yang tidak menepati janji adalah manusia munafik. Ulama yang tidak menepati janji dan dengan sengaja menipu semata-mata untuk kepentingan diri dan puaknya, adalah Ulama jahat sepertimana yang diperingatkan oleh AlQuran.
Sedar atau tidak, Nik Aziz dan Hadi Awang adalah antara Ulama munafik yang memungkiri janji. Ingatkah bagaimana Nik Aziz menghentam bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sebagai gila kuasa dan diktator serta mencabar beliau bersara? Kata Nik Aziz ketika itu, jika Tun Mahathir sanggup bersara, maka beliau juga akan bersara.
Sebaik keadaan negara kembali pulih dan berada di landasan yang tepat, maka Tun Mahathir pun bersara. Tetapi, sejurus selepas itu, apabila ditanya kepada Nik Aziz, Nik Aziz pula ‘berikrar’ akan memegang jawatan sampai mati. Malah, sehingga hari ini Menteri Besar Kelantan yang gagal itu tetap bertegas akan terus mempertahankan jawatan.
Begitu juga dengan Presiden PAS si Hadi Awang. Ketika Amanat Hadi kembali menghantui dirinya tahun lepas, beliau juga membuat kenyataan tidak akan bertanding lagi. Kenyataan tersebut berbunyi merendah diri dan tawaduk. Namun, semua itu hanya sementara sahaja rupanya. Apabila orang-orang kelilingnya memberi isyarat seolah-olah beliau masih diperlukan, dengan pantas Hadi menyambutnya daan membuat kenyataan akan terus mempertahankan kerusinya.
Tindakan kedua-dua pemimpin bergelar Ulama ini bukan sahaja menunjukkan kemunafikan yang jelas, tetapi ia turut menjejaskan parti mereka yang mereka ‘anuti’. Jelas, mereka bukan lagi berjuang kerana parti tetapi diri sendiri.
No comments:
Post a Comment