SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Tuesday 5 February 2013



'Isu kalimah Allah kena tanya KDN, bukan PAS'

Che Cite....che cite....
Inilah manusia yang tidak bertamaddun, baling batu sembunyi tangan, mereka yang membuat isu lepas tu spin tau swing isu tersebut salahkan orang lain....masa mengeluarkan fatwa idak pulak rujuk kepada pihak yang berkuasa...main bantai je.

http://www.malaysiakini.com/news/220631

Ahmad Fadli KC
2:01PM Feb 4 2013

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya oleh parti tersebut. Katanya, KDN merupakan pihak yang bertanggungjawab memberikan lesen mencetak kitab itu.
"Sepatutnya soalan ini dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri, kerana hak membenarkan kalimah Allah dalam Bible ini hak Kementerian Dalam Negeri. "Yang menentukan untuk dicetak dan seumpamanya bukannya kami, kami (belum) memerintah lagi (di peringkat persekutuan)," kata Hadi pada sidang media di Shah Alam pagi. Beliau berkata sedemikian sewaktu diminta mengulas berkenaan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS berhubung soal tersebut dalam satu sidang media di Shah Alam pagi tadi.

Hadi berkata, PAS hanya "diheret" ke dalam polemik tersebut, sedangkan kuasa untuk menentukan penggunaannya berada bawah bidang kuasa KDN.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...