SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA

Saturday 13 April 2013

MUNGKINKAH DAP AKAN TERSUNGKUR SEBELUM TIBA MASANYA UNTUK BERLEPAS......



DAP mungkin diarahkan diarahkan mengadakan semula pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) berikutan kegagalan memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut

Timbalan Pengerusi Strategik MIC, Datuk R. Ramanan mendedahkan siasatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengenai perkara itu telah selesai dan DAP didapati melanggar perlembagaan parti para 8 klausa 3(A) dalam pemilihan itu. 

Menurut sumber beliau, ROS dipercayai akan membuat pengumuman berhubung keputusan siasatan mereka dalam masa terdekat. 

"Saya tidak akan terkejut sekiranya ROS menghantar surat tunjuk sebab kepada DAP dan mengarahkan mereka untuk membuat pemilihan semula dengan menjemput kembali 753 ahli itu dalam masa terdekat ini. 
"Dalam perkara ini, DAP telah gagal mengeluarkan sebarang notis jemputan bagi cawangan serta ahli yang sah untuk hadir ke pemilihan itu, ini telah melanggar kod etika perlembagaan tersebut. 
"Dalam klausa tersebut, sudah termaktub bahawa setiap cawangan yang mempunyai jumlah ahli yang telah berdaftar dan sah layak hadir ke Kongres Kebangsaan dan mengundi memilih kepimpinan tertinggi pusat,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sebelum ini, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim baru-baru ini, mendedahkan kegagalan parti itu memaklumkan kepada 753 daripada 2,576 ahlinya untuk menghadiri pemilihan CEC berkenaan pada Kongres Kebangsaan DAP. 
Ramanan turut mendedahkan sikap 'angkuh' Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipercayai tidak langsung memberi sebarang kerjasama bagi membantu ROS menyelesaikan isu tersebut. 


"Bayangkan, ROS sudah beberapa kali menghantar surat jemputan kepada beliau untuk memberi kerjasama dalam siasatan tetapi Guan Eng bersikap sombong dengan menghantar 'orang lain' untuk berhadapan dengan ROS.  "Tuduhan berhubung manipulasi dalam pemilihan parti selain ahli dinafikan hak untuk mengundi adalah sesuatu yang serius namun bagi Guan Eng mungkin ini hanyalah sekadar 'jenaka'," katanya. 

Tambah beliau, hanya Guan Eng harus memikul tanggungjawab andainya ROS bertindak tegas terhadap DAP dan berhenti menyalahkan orang lain selain dirinya. "Saya rasa hanya Guan Eng perlu dipersalahkan, hanya beliau sahaja perlu memikul tanggungjawab ini, jangan letak tanggungjawab terhadap Lim Kit Siang, Karpal Singh atau lain-lain orang dalam parti.  "Jangan memandai menyalahkan ROS atau UMNO dan MIC juga, Guan Eng harus menyalahkan dirinya sendiri kerana terlalu sombong dan menganggap dirinya kebal undang-undang," ujarnya. - UtusanAksi sarkas politik kepimpinan DAP ini sudah pasti akan memalukan ahli-ahli dan penyokong-penyokong parti DAP yang selama ini menganggap mereka itu bersih, efisien dan boleh dipercayai.

Yang lebih memalukan ialah Lim Guan Eng DAP bukan sahaja memegang jawatan Ketua Menteri sementara tetapi berdepan dengan jawatan Setiausaha Agung parti yang gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk melaksanakan proses pengundian CEC DAP yang telus.


Kita tunggu keputusan ROS nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...